Bergerak secara sederhana laju , yalah, janji dengan NAzir pun sekitar jam 340 petang, tapi, jalanan hari ini aman pulak, tiba di susur keluar Bandar Bharu sekitar 320 petang, dan Nazir hanya tiba disini sekitar 330 petang.
Cuaca amat baik ketika ini, hinggalah memasuki daerah Larut Matang ni......Bandar Hujan.
Cuaca kembali nyaman bila memasuki Kuala Kangsar. Pak Lan dah mula mengirim pesanan ringkas kertanyakan lokasi terkini.
Kami ambil keputusan minum petang di hentian Sungai Perak. Baru pukul 420 petang, awal lagi ni.
Bergerak semula sekitar 445 petang, berhampiran terowong berlaku kesesakkan. Untungny seketika, ada Peronda yang mengawal keadaan kemalangan kecil berhampiran terowong. Sebaik keluar, hujan ribut menyambut kami hingga ke susur keluar Ipoh/Tambun. Ternyata saya beralah untuk mencari saorang rakan saya ini, yang saya mahu jadikan kejutan untuk semua.
Pak lan dah menunggu sekitar 10 minit disini, dan didalam hujan lebat kami berempat berlari lari anak memasuki Restoran Serai Satay Kajang.
Bersalaman 4 sahabat lama ni.
Sedangkan tuan rumah, Roslan Wahab tiba 10 minit kemudian, juga dalam hujan ribut.
Kisah lama dicerita semula
Sedang asyik berbual, dan ada yang berkomunikasi dengan Pak Lan mengesahkan kehadiran mereka, masuk pulak si Nazri ni.
Ya, Nazri memang sedikit perubahan dirinya, masih maintain seperti dahulu.
Tak sampai 10 minit masuk lagi dua rakan ni....
Jamal Nasir dan Khairul Anuar disambut Nazir, dan semua tersenyum tanda kegembiraan.
Ya, saya mengambil masa beberapa saat untuk 'menghafal' wajah Jamal Nasir ini. Ingatan saya agak berbeza dengan apa yang terpacak didepan mata ini. Akhirnya , baru terpapar wajah Jamal Nasir 30 tahun yang lalu, ada irasnya dengan wajah terkini.
Ya, saya mengambil masa beberapa saat untuk 'menghafal' wajah Jamal Nasir ini. Ingatan saya agak berbeza dengan apa yang terpacak didepan mata ini. Akhirnya , baru terpapar wajah Jamal Nasir 30 tahun yang lalu, ada irasnya dengan wajah terkini.
Beza tak wajah Jamal ni?
Nazir dan Nazri menemubual Jamal Nasir. Mungkin seperti saya, mereka hanya baru bertemu semula selepas 30 tahun?
Nazir dan Nazri menemubual Jamal Nasir. Mungkin seperti saya, mereka hanya baru bertemu semula selepas 30 tahun?
Setelah pasti tiada lagi tamu yang akan hadir, baru makanan dipesan, tak banyak pun, sekadar 50 cucuk satay untuk santapan petang.
Tapi, sebenarnya , saya masih berkomunikasi dengan saorang rakan ni, tapi terlupa seketika bila dah mula panas dengan kisah kisah terkini 7 rakan saya ni. Maafkan saya Zairul, saya hanya memberitahu beliau yang saya menanti dibelakang Petronas/McD tanpa memberiatahu lakasi sebenarnya ialah didalam restoran.
Khairul, gerak gaya anda bersembang dengan rakan rakan masih kekal seperti 30 tahun yang lalu.
Semua menikmati santapan petang ini, tanpa memikirkan ada lagi yang akan hadir selepas ini.
Semua menikmati santapan petang ini, tanpa memikirkan ada lagi yang akan hadir selepas ini.
Saya sendiri terlupa bila secara sepontan Zairul bertanya, " Mengapa tak beritahu nak jumpa di Restoran Satay kajang ni?"
La, saya lupa teruslah Sham!! Maafkan saya. Terlalu leka bersembang,
Ini ada lah kejutan untuk Zairul Hisham dan kejutan kepada rakan rakan lain juga, yang saya rahsiakan .
Ramai yang tak mengingati beliau kecuali Nazri, Badrul....mungkin Pak Lan dan Roslan Wahab kebingungan, siapa mamat ni.
Kira gemparlah jugak petang ni. Dalam kami berbual ni, sempat jugak saya dan Pak Lan warwarkan hasrat sebenar tentang pertemuan petang ini. Tanpa mendapat apa apa bantahan, kesemua rakan yanh adir sebulat suara setuju perjumpaan seterusnya ialah pada 1 Mei 2011 di bandar Taiping. Terus dilantik Peneraju dan Pemegang Amanah untuk angkatan ini.
Sedang asyik berbual, masuk lagi yang saorang ini, adinda kepada Pak Lan, Ramlan Abdul Rahman.
Roslan dan Ramlan berpelukan. Mereka berdua adalah roomate semasa belajar di Christchurh tahun 1981 - 1986 dahulu. Ternyata dunia ini kecil. Roslan bersekolah menengah dengan Pak Lan, tapi beruniveristy yang sama dengan adik Pak Lan.
Suasana semakin rancak. Masing masing cuba mendapat kisah dari rakan rakan yang lain, tentang kisah yang tertunda 30 tahun dahulu, yang belum pernah dikisahkan sebelum ini.
Si Zairul ni, pandai pandai menunding jari kepada saya, Roslan Wahab, Khairul, Nazir, yang kami ni 'gemok'. Kurang asam sungguh! Macamlah dia kurus sangat, hahaha. Thanks Sham kerana hadir sama.
Setelah persetujuan dicapai, sekitar 730 senja ni, kami mengundur diri. Itu pun melepasi maghrib baru kami betul betul keluar dari kawasan restoran ini. Seakan masih ada banyak cerita yang mahu dikongsi bersama.
Semuanya 10 kehadiran, dicampur jurukamera Izzuddin, jumlah 11.
Dari Kiri belakang:- Ramlan, Nazir, Pak Lan
Depan:- Jamal Nasir, Roslan Wahab, Latiff Hariri, Khairul Anuar, Badrul Hisham, Zairul Hisham dan Nazri
Tengok, sambung gebang lagi.
Dari Kiri belakang:- Ramlan, Nazir, Pak Lan
Depan:- Jamal Nasir, Roslan Wahab, Latiff Hariri, Khairul Anuar, Badrul Hisham, Zairul Hisham dan Nazri
Tengok, sambung gebang lagi.
Kami bergerak meninggalkan Ipoh sekitar 750 malam, dan tiba di Sungai Perak untuk Maghrib sekitar 810mlm. Dan teruskan perjalanan malam pulang ke Kedah.
Badrul Hisham tegur saya, selalu bawa dengan kelajuan ini ke? Laaa, malam memang mcm ni, hahaha. Baru 130km/jam. Terpaksa saya perlahankan bila diberi ingatan.
Sebenarnya saya pun dah tak larat nak bayar saman ni,hehehe
Kami tiba di susur keluar Bandar Bharu sekitar 855 malam
Terima kasih tidak terhingga kepada Nazir. walaupun sibuk mencari rezki, masih ada kesempatan untuk semua rakan rakan yang lain. Anda kawan sejati Nazir.
Terus bergerak, dan tiba di Seberang Jaya sekita 920 malam. Menanti kehadiran Memnya si Badrul Hisham.
Saya berdua dengan Izzuddin bergerak ke Kepala Batas untuk makan malam berdua. Dan hanyan tiba di Sungai Petani sekitar 1030 malam.
Letih? Tak lah. Sempat upload foto lagi kedalam FB tengah malam buta ni
Latiff Hariri
2130 06032011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment