Belum cukup syarat saya berjalan ni, kiranya tidak memasuki Mall. Mahu juga beli jeans dan Tshirt branded untuk kegunaan sendiri ni.
Terus kami ke...............
Posing memanjang.
Saya suka berbelanja di Pusat membelibelah Matahari. Kalau di tempat kita tarafnya seperti The Store lah. Sebab pakaiannya berkualiti, cantik dan harganya sesuai dengan taraf kemampuan saya.
Adalah sejam didalam Mall ini. Tak nampak pun rakan rakan saya berbelanja disini, kecuali saya.
Melangkah menyeberangi sungai menanti si Zal untk pick up kami.
Kami bergerak sekali lagi ke Pantai Padang untuk bercerita tentang masa hadapan disitu.
Bila makan, laaaaa, masin. Bukan udang bsah, tapi udang kering!!
Kami disekitar pantai ini hingga melepasi Asar dan terus pulang ke Siteba untuk rehat dan mulakan acara terakhir packing barang barang.
Bila dah nak pulang ni baru terasa, laaaa, kenapa cepat sangat berakhirnya cuti ni!
Saya biarkan sahaja rakan rakan ni dengan acara masing masing menyimpan barang barang belian kedalam beg masing masing. Semua dah besar besar, tak kan nak di atur.
Latiff Hariri
2003 10032011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment