Bee Gees

Tuesday 6 March 2012

Beras JATI Nak Masuk SMKSL Pulok!

Seawal 25 Februari saya sudah menghidu acara ini. Tapi, apakan daya saya?


Yang haram bagi mereka hanya puak Pakatan Rakyat memasuki Sekolah dan IPTA, tetapi bagi mereka, yang haram itu halal.


Inilah kisahnya bila kita berkawan baik dengan mereka mereka yang berkepentingan peribadi. Bertopengkan wang ringgit yang ditabur di Sekolah SMKSL, akhirnya, pehak Sekolah kena bayar dengan program ini. Apakah pihak sekolah mendapat sewa kegunaan dewan/padang dan letrik? Kiranya ada, oklah tu, duit haram dari Syabas Selangor tu. Guna duit rakyat Selangor untuk tabur fitnah dambu domba kepada rakyat Kedah.


Saya sebagai NYDP Sekolah ini hanya boleh tengok aje lah, kerana Pengetua pun tiada kuasa. Arahan dari Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kuala Muda, yang merupakan kroni Tajul Urus, yang hanya melabur RM5,000.00 pada mesyuarat PIBG ke-15 ,2011 yang lalu. Selain dari menagih simpati ibu bapa supaya memangkah beliau pada PRU13 nanti, ini satu lagi 'paksaan' yang pehak Sekolah kena terima!

Kunun, Akidah Islam dan Raja Raja Melayu. Siapa penggadai sebenar Raja Raja Melayu?

Poster hanya terpasang di tiang tiang TNB sekitar Masjid Taman Ria, tidak di Masjid Masjid lain, kerana pejabat PPD berlokasi di Taman Ria? Atau sememangnga ramai puak UMNgOk di Taman Ria? Kawan kawan di Taman Ria tolong jawab ya.


Masjid Al-Amin dan Masjid Sungai Layar Hujung, tak ada pun poster ini.


Inilah yang Sekolah kami kena bayar bila menerima kehadiran ahli politik sebagai Tetamu Kehormat untuk menabur janji dan nafsu serakah mereka. Terima kasihlah Syabas Selangor kerana menaja jutaan ringgit kepada beras JATI untuk memecah dan belah, minda orang orang Melayu.


Lawan Tetap lawan! Latiff Hariri 1458 06032012 Sungai Petani

No comments: