Bee Gees

Sunday 11 March 2012

Malam Pertama di Kota Kinabalu

Istana Negara 01032012.

Kami berdua tiba di Bandar Salak Tinggi ini sekitar Maghrib. Yang memandunya Najib, kerana saya tidak berapa sihat sepanjang hari. Terus ke rumah adik saya Zali untuk mandi dan meminta beliau menghantar kami berdua ke LCCT.

Tiba di LCCT sekitar 715 petang, terus ke kaunter AirAsia untuk pembetulan tiket penerbangan kami yang akan datang , kerana tersilap isi semasa pembeliannya. BerMaghrib di surau LCCT sambil berFB .


Sebelum Maghrib

Sempat ke kaunter bantuan AirAsis untuk pembetulan tiket kami pada 1 Mei mendatang.

Sekitar 815 malam sudah memasuki 'boarding room'. Terbang pukul 925 malam.


Boring ke Najib?

Penerbangan kami sekitar 925 malam, dan dijangka tiba di Kota Kinabalu sekitar 1155 malam.

Memang 'boring' menanti untuk berlepas dan perjalanan yang memakan masa hampir dua setengah jam. 'Dinner' kami malam ini  -  nasi lemak.

Boleh lah buat lapik perut.

Kami tidur tidur ayam sepanjang perjalanan ini, tiada gangguan cuaca, sekadar hentakan kecil bila berlaku hujan. dan setepat yang dijanjikan, kami tiba di Terminal 2 ini.

Kaunter Imigresen, warga semenanjung menjadi anak tiri disini.

Memandangkan masih awal, saya terus berkeputusan untuk tidur di hotel sahaja. Pada awalnya saya dan Najib tidak mahu bermalam dihotel, dengan hanya menanti subuh di Terminal 2.

Ambil teksi terus ke persekitaran Kampung Air . Disini terdapat banyak 'budget hotel' untuk menjimatkan perbelanjaan. Ya lah, dah melepasi pukul 1 pagi, mengapa harus membazir.

Sempatlah juga berposing di hadapan Jalan Kg Air 2 ini sebagai ingatan yang Najib sudah sampai ke KK pada 2012 ni.

Merayau sekitarnya ditengah malam butanya, ternyata, kawasan ini seakan akan Chow Kit........

Masih ada peniaga gerai Yong tau Fu berniaga malam, serta urutan kaki refleksologi jalanan sepanjang lorong ini.

Saya kira, kami lena melepasi pukul 2 pagi, sedar sedar sudah melepasi Subuh sekitar 7 pagi. Subuh disini sekitar 515 pagi......

Latiff Hariri
1948 06032012
Sungai Petani

No comments: