Bee Gees

Friday 9 March 2012

Pergi Tengok JATI tapi Tak Dengar

Sebaiknya topik ceramah malam itu ditukar kepada Selamatkan KeIslaman Raja Raja dan Orang Melayu, pasti lebih hangat dalam kedinginan malam itu.


Saya sudah lakukan yang termampu. Saya insan biasa , tiada samseng belaan, untuk menghalang dan mencetus suasana celaru sepertimana Umporno itu!!


Saya menerima kritikan dari ibu bapa , paling tepat PIBG jua menerima tempiasnya. Ya, tak ramai ibu bapa yang tahu pendirian saya. Setiap kritikan yang diberi kepada saya, yang sememangnya sehaluan dengan pemikiran saya ini, mendapat sokongan dari saya, walaupun pada awalnya, ada ibu bapa yang 'berkasar' dengan saya.


Poster dan banner ceramah ini mula naik di persekitaran bandar SP semasa saya sedang berada di Sabah. Maknanya seawal Mac, dan sudah terima kiriman pesanan ringkas yang mempersoalkan PIBG (saya). 


 Jawapan saya, saya sudah tahu seawalnya melalui sekolah, dan akan fikirkan yang terbaik. seumpama menarik rambut didalam tepung itu......

650 petang Khamis 08/03/2012


7 Mac 2012


Saya menghubungi PPD Sungai Petani. Mencari sesaorang yang bernama Pegawai Pendidikan Daerah, tetapi alasan biasa berurusan dengan Jabatan kerajaan ini ialah,


 " Maaf Encik, Pegawai itu mesyuarat..."


Dan bila saya nyatakan ingin bercakap dengan sasaorang pegawai kanan selain dari 'boss' mereka, dan bila saya tidak mahu perkenalkan diri,penyambut talian itu secara pantas bertanya,


"Encik nak komplen ke?"


Eh, macamana mereka tahu setiap panggilan ke PPD tu, komplen, komplen ,komplen...., hehehe.


"Ok Encik bercakap dengan bahagian komplen, Tuan Haji Mansor."


Jawapan Tuan Haji Mansor mudah. " Eh, kami tak benarkan ceramah politik didalam sekolah, acara tu sudah dibatalkan, tak boleh, tak boleh,kami tak benarkan.", itu jawapan positif dari Tuan Haji Mansor.
Lega . Saya berpuas hati. Tidak menyedari bahawa sebenarnya Tuan Haji Mansor  akan bercuti keesokkan harinya, dan jawapan beliau lebih kepada melepaskan 'anjing yang tersepit ' (janji aku lepaskan diri).

Banner besar di persimpangan Kem lapangan Terbang, Sungai Petani 


8 Mac 2012

Masih berkomunikasi dengan Sekolah, ternyata acara tetap akan diteruskan.


Untuk kali kedua saya menghubungi PPD Kota Kuala Muda, dan kali ini saya terus mencari Tuan Haji Mansor.


" Maaf Encik, Tuan Haji cuti hari ni......" , terkena dah saya kali ini.


Bila saya meminta sesaorang pegawai yang boleh membantu, ternyata perbualan mereka boleh didengari saya. Dan Pegawai yang sepatutnya menjawab panggilan saya, Puan Faridah, enggan bercakap, mungkin sudah tahu apa soalan saya, dan dia pun tiada jawapan yang kukuh.


Menanti nanti, akhirnya saorang pegawai lelaki menjawab , dengan alasan, tidak berani nak komen, dan beliau mencadangkan saya berhubung terus dengan talian bimbit Tuan Haji Mohd Roslan. 


Saya ok aje. Biar pegawai nombor satu yang memberi jawapan terbaik untuk saya. Dan alasan 'boss mesyuarat' tidak boleh dipakai bila berurusan dengan pejabat kerajaan ini.


Bertanya kepadaa beliau samaada boleh berbual seketika, dan beliau tidak menolak.Maknanya tiada mesyuarat ni!


Memperkenalkan diri saya, dan sebaik soalan saya kemukakan, jawapannya sepertimana burung kakak tua yang dilatih menghafal ayat ayat mudah kedengaran ditalian bimbit saya.


" Orang ramai tiada hak mempersoalkan keputusan yang Kementerian buat. Ini bukan keputusan saya, saya menerima arahan dari Kuala Lumpur. Saya hanya pegawai , makan gaji saja, mana boleh saya lawan arahan orang atas." 


Yang saya tak tahan tu, ucapan berkali kali beliau bahawa orang ramai tidak boleh persoalkan tindakan PPD/Kementerian menggunakan sekolah untuk acara 'mereka'.


Walaupun perbualan ini boleh menjurus kepada suasana tegang, dek kerana beliau tidak memberi peluang untuk saya berkata kata, dan sebagai insan biasa, saya hanya ketawa dan 'berlakun' seakan akan saya setuju dengan 'statement' yang beliau buat.


Nak kata apa ek?


Dah memang beliau orang kuat Tajul Urus, itu yang paling tepat!! Sebab itu dengan mudah menduduki kerusi itu , walaupun lebih ramai yang senior dan berkelayakan untuk duduk disinggahsana  itu!!


Wek!!.Tak termuntah pun!!

 
Banyak elaun kau dapat malam ni Rela? Sedangkan Polis Trafik duk pekena sorang secawan kopi di gerai berhampiran.


Daripada aku menentang arus kecil yang dibawa mereka, lebih baik aku ikut aje arus tu!!


Jom kita tengok apa yang ada di Majlis beras JATI ini, tak payah kemplen komplen lagi.


Kami memasuki kawasan sekolah sekitar 940 malam, menanti diluar pagar yang lebih. Tiada kedengaran langsung sistem PAnya,  yang hanya boleh didengar sekitar 100meter dari pentas. Keadaan  pentas kelam seolah olah elektrik telah dicatu.


Kehadiran didalam sekolah melebihi 2000 orang, tak malu kau Latiff?!!




Kenapa nak malu, dengan kemudahan diberi, silap silap guna letrik pun free, mereka tak dapat memaksimumkan padang yang saya kira boleh memenuhkan 20000 pengujung dalam satu masa. Dan yang boringnya, ramainya puak PAS/PKR yang mundar mandir sambil tersengih setiap kali berselisih dengan kami. Jawapan mudah mereka, "kami nak perbetulkan akidah Hasan Ali"


Dan saya tak nampak pun gang DAP  dan MCA hadir bersama, ya lah, akidah mereka lain.....


Orang pi ceramah, depa dengar Youtube memancing, diatas padang

Katanya bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, saya tak kenal pun.

Ustaz Hafiz merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang di'turun'kan takhtha kerana berperangai sepertimana beras Jati tu.


Ucapan beliau lebih kepada 'tepuk air didulang'.


Dia kata dah 54 tahun merdeka, tapi, hanya saaorang Melayu yang terlist didalam Top 10 Rakyat terkaya di Malaysia.


Dia duk ungkit kisah murtadnya Melayu di Pulau Pinang dan Selangor. Sekarang korang dah ada JATI dan seangkatan dengan Umporno itu, apa yang korang boleh buat?


Dia kata Melayu harus bersatu dibawah satu kalimah, jangan berpecah belah, tetap didalam Islam, tetapi Umporno tolak hukum Allah, wajibkah kami memihak kepada korang?!


Aghhhh! Boringnya...

 Saya nak neli beras jati, bukan Tshirt dan VCD

Bergerak pulang,   rupanya lagi ramai yang bertenggek diluar sekolah dari memasuki. Semuanya gang lebai, tang songkok tinggi tak ada pulak.


Maggi 2 pinggang!!

Menanti nanti hingga 1045 malam, akhirnya kami buat keputusan, jom balik!


Hasan Ali hanya memasuki Sekolah sekitar pukul 11 malam, berkonvoi dengan kereta Camry putih beliau yang disusut nilai dari RM100,000.00 ke RM70,000.00 itu .


Janji Akidah murah, eh Camry murah, dan boleh dibeli dengan wang Syabas !!


Maafkan saya , terutamanya Pengetua, Penolong Penolong Kanan, Guru Guru, dan IbuBapa, serta Tuan YDP Tuan Haji Shabudin. 


Apa yang saya lakukan ini adalah atas peribadi sendiri  sebagai insan yang memberontak atas ketidak adilan yang dibawa mereka sejak 1957 lagi, sebelum saya dilahirkan lagi, tetapi kisahnya tetap sama sepertimana yang dibawa oleh datuk moyang saya yang  terdahulu......................


Latiff hariri
0648 09032012
Sungai Petani

No comments: