Bee Gees

Wednesday 21 March 2012

Malam Minggu di KK

Saya lampirkan disini, peta Sabah untuk panduan , kemana sebenarnya kami sepanjang hujung minggu pertama Mac 2012 ni. Keningau terletak di Timur Selatan Kota Kinabalu.


Timur Selatan?! Hehehe, Dah lupa subject geografi ni

 
Lihat jauhnya Tawau dan Sandakan. Untuk rekod saya sudah sampai ke Sandakan dan Semporna, selain Kudat di utara.

Kami cek in di Hotel D'Borneo. Ternyata harga kamarnya sudah lebih murah dari 5 tahun yang lalu. Dan pemiliknya pasangan Tionghua yang saya kira 10 tahun junior dari saya ini, sudah bergelaran Dato' dan Datin.


Wah, Tahniah!!


Sebaik selesai cek in, saya cadangkan kami semua keluar melihat suasana senja di KK


Yang pertamakali kesini, diwajibkan membeli belah disini.


Yang sudah sering seperti saya ini, saya sudah tahu dimana nak mencari mutiara/kerongsang dan seangkatan dengannya, yang harga nya jauh lebih murah dari Pasar Filipina ini.


Berkuap kalau memasuki pasar ini.

Cincin pertunangan!?

Sebenarnya tiada apa yang kami beli disini, sekadar mencuci mata. Kami keluar melalui pintu belakang mengarah ke pasar malam yang sudah bermula. Saya lebih suka meilhat jualan ikan ikannya.



Sekitar sebelum maghrib.

Satay kepak ayam.

Makan makanan disini, saya kira kurang kebersihananya. tetapi bagi mereka yang bekerja dan mencari rezeki di KK, disnilah makanan termurah yang boleh kita dapati.


Kami bertiga perhati, nasi goreng dan mihun gorengnya, sepinggan, saolah olah boelh dimakan berdua, dan harganya sekitar RM3.00 sahaja.

Saya lebih suka melihat suasana pantai menghampiri senja ini



Kami hanya minum air kelapa muda, tanpa ais, yang ory tanpa ada gula


Dah nak senja ni.

Kami pulang kekamar untuk solat dan mandi sebelum keluar lagi untuk makan malam.

Rumpai laut @ Lato

Makan di pesekitaran hotel sahaja. Saya yang malas sebenarnya untuk keluar berkereta kerana kesesakan jalanraya yang maksimum.


Najib teruja dengan Lato

Ikan bakar dengan sambalnya8

Agar agar laut, juga sejenis ulaman. 

Dah kenyang, kami mengarah ke Pasar Filipina lagi, bukan sekadar pasar Filipina, disepanjang lorong jalan ini tersedia begitu banyak jualan pasar malam tertamanya baju baju bundle dan mutiara Sabah. 


Saja nak habiskan masa kami malam ini sebenarnya.




Sebelum balik ke Hotel, berfoto lagi.

Kami memasuki kamar sekitar pukul 930 malam, melayan TV dan berbual sebelum akhirnya, bila secara perlahan perbualan terhenti dan yang saya tahu, si Najib yang melayan Tv sendirian, dan saya tersedar sekali lagi bila suasana aman dengan TV pun sudah tertutup.


Esok dah Ahad, kemana nak pergi lagi lepas ni?



Latiff Hariri
2048 19032012
Sungai Petani

No comments: