Bee Gees

Friday 30 March 2012

Selamat Tinggal Sabah

Pagi Isnin ni, saya dan Najib dah pandai menapak ke restoran bersebelahan DBKK itu untuk sarapan pagi. Saya teringin mencuba Bakso, tetapi belum siap hidangannya, jadi saya makan ajelah menu semalam, soto.


Soto jugak jadi hidangan pagi ini

Selesai sarapan , kami mencari teksi untuk dihantar ke pejabat Lembaga Industri Getah Sabah.


Naik teksi RM30.00., sekitar 25 minit.

Dalam pejabat LIGS di tingakat 3, Bangunan Wisma Pertanian Negeri Sabah


Untuk kenangan yang kami sudah ke sini.

Sekitar pukul 10 kami melangkah keluar dari Wisma Pertanian. Oklah, penjelasan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai.


Nak jimat duit, kami nak bas sahaja untuk pulang ke hotel. Tambang RM1.20 saorang.


Naik bas penyokong kuat Arsenal

Merayau di bandar sekali lagi, sekitar pukul 12 sebaik selesai berkemas, kami pun cek out dari hotel. Kami yang cek out, tapi beg kami masih tersimpan di hotel, untuk mudahkan pergerakan kami. Terbang ke KL pukul 755 malam.

Jety untuk ke Pulau Gaya dan pulau pulau sekitaran.

Anak anak Kota Kinabalu yang bersekolah di Pulau Gaya, pelik jugak ni.

Lama kami terpacak di jety ini, ralit melihat penumpang bot yang tak henti henti turun naik . banyaknya bot ini seolah olah stesen bas pulak.


Sekitar 1 lebih baru saya bergerak ke pasar basah untuk melihat jualan ikan ikannya.

Ketam Nipah , saya tak makan ketam jenis ini, tapi Najib teruja. Yang paling besar harganya RM10.00/kg, yang termurah RM6/kg

Udang yang menjadi kegilaan saya. Yang besar tu RM75/kg, yang plastik merah RM55/kg, saya beli sekilo untuk dibawa balik ke Semenanjung.

Selisip atau selisih. Kalau saya ada dapur , harus saya gulai lemak cili padikan spesis kepah ini.

Kami makan tengahari ala kadar sahaja ,pulang ke lobi hotel untuk rehat dan menanti hingga ke jam 530 petang, bila saya berkeputusan untuk ke Terminal 2 sahaja. Biar sampai awal supaya tidak kalut.


Jalan sesak rupanya, lama jugak menanti teksi, dan hanya dapat sekitar 615 petang, dan tiba sekitar 7 malam. Sempat makan mihun sepinggan dikongsi berdua.

Cek in seawal pukul 7 malam.

Tapi pesawat hanya terbang sekitar 845 malam, letih dan mengantuk bercampur riang sebab dah nak balik ke rumah sendiri dah.


Perjalanan nyaman, cuma kerusi berdiri tegak tanpa boleh diturunkan menyandar, macam naik bas pencen aje, sebab barisan pintu kecemasan berada dilorong belakang seat kami.


Jangan duduk barisan 11 kalau naik AirAsia, memang menyakitkan.



Ingatkan kami dah terlewat, tapi pesawat yang terlewat.

Sekitar 820 baru kami dipanggil beratur untuk ke pesawat

Dapat aje kerusi, apa lagi , rehat dan lenalah.

Siannya dia...
Betul betul menjejakkan kaki di LCCT sekitar 11 malam.

Sekitar 1120 adik saya si Zali pun sampai bersama Saga saya, kami terus ke rumah beliau, dan tanpa memasuki rumah bujang beliau, kami bersalaman dan saya terus pulang.


Perjalanan dipandu saya sepanjang permulaan dari Salak Tinggi hingga ke Tapah. Kena saorang secawan kopi sekitar setengah jam, dan teraju seterusnya dimulakan oleh Najib. Saya tidur tidur ayam.


Kami tiba di rumah sekitar 430 pagi.


Letih dan mengantuk. Sebab itu saya ambil cuti sehari lagi bagi merehatkan tubuh.

Latiff Hariri
2038 24032012
Sungai Petani

No comments: