I'LL DO WHAT IT TAKES TILL I TOUCH THE SKY TAKE RISKS, MAKE CHANGES,AND BREAKAWAY. (BIAR BUDI SETITIK, NAMUN DIDALAMNYA ADA LANGIT DAN BUMI.......)
Bee Gees
Tuesday 9 February 2010
Konsert Black Dog Bone
Pada 8 Mei 2009, penulis ke KL lagi bersama anak anak, tapi kali ni ada jugak mengajak Raja Anuar di Selama, dan beritahu Din, manalah tahu, kalau kalau mereka mahu turut serta.Tapi yang tak menghampakan jugak, si Osman, dia tetap akan cuba joint setiap kali penulis menonton apa apa konsert di sekitar KL.
Saingatan penulis , kumpulan BDB ni mula berhantu masa tahun 1977-80. Masa tu, menjadi siulan kami di sekolah, terutama kpd rakan rakan yg pandai memetik gitar dan bermain drum. Ada peluang aje Pancaragam sekolah berhenti latihan, maka group yang diluar ni pun, tumpang berdendang bersama , sebab pancaragam tak ada gitar.
Penulis pernah jugak belajar muzik biola didalam Orkestra King Edward, tetapi separuh jalan kerana dibubarkan. Mungkin biayanya agak tinggi dari kumpulan Pancaragam. Masa tu Tingkatan 1, hanya berdua dengan Shaiful Boy, yang lain lain abang abang senior.
Pertunjukan mlm tu dimulakan oleh Jay Jay, yang mendendangkan lagu Rindu Bayangan,
Permaisuriku,Dendangan Laguku. Walaupun Jay Jay sebahagian dari proses pembesaran penulis waktu remaja dulu, tapi agak 'boring' sebab punyalah lama persembahan beliau, sebab penulis lebih 'eager' nak tgk BDB satelah 30 tahun mrk dlm arena muzik. Disambut pulak oleh Rahim Othman dgn tiupan Klarenetnya.
Malam tu jugak baru tahu apa makna Black Dog Bone.
Black = untuk pemegang blackbelt - kira mrk ni pakar lah
Dog = untuk 'setiakawan' sapertimana adanya pd saekor 'Dog'
Bone = untuk tulang. Ya dikenang sahingga mati, tinggal tulang pun irama mrk akan
dihayati
Tak lupa kpd orkestra pengiring, dan dibantu oleh S Atan. Memang muziknya Superb kalau disentuh Pak S Atan yang terkenal dgn irama kemelayuannya.
Tapi, yang terkedu dan tergelak, bila makna sebenar BDB di pecahrahsiakan,
Band Dari Boyan
Depan poster pun jadilah.
BDB in action. Sayup je nampak, lg pun tak boleh ada flash, kena marah nanti.
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsAI3KJ31jAaCb0e3HtmzAd7IgQjM0BTSXBvmnei5-hN6I3Qu3kX2uCe0nL2JDXHMoy3cO7A7fARQ6rmtCuwLZ2O00Zc-YFHyP9Oj8uyVmIAsNbrEBrr5uBcMa1tcnugU03oVI_ZSQ1i0U/s1600-h/P5083903.JPG">
Cuba curi curi ambil foto dgn Izzuddin menjengok disisi foto.
Lepas tu baru, Qilah,Eka dan Ibu berani berfoto, itu pun kena tegur, tapi buat selamba ajelah
Sesi Otograf BDB dan Jayjay. Penulis tak kuasa nak beratur untuk otograf, memadailah curi curi fotograf dr jauh.
Rata rata, terhibur dgn persembahan mrk, dah lebih 30 tahun BDB bersama, rasanya tak ada Band terkini yang setaraf mereka. Lagu Khayalan, walaupun saduran, tetapi alunan orkestra membuat membuat Penulis ikut sama menyanyi dan terkenang kepada rakan rakan di King Edward terutamanya Suhaimi, Nor Kamal Azmi, Raja Anuar, Raja Sukarno and a few others yang tak lekang dengan gitar mereka bernyanyi di pinggir padang sekolah, tak pun di rumah Kamal ditepian Taman Tasik Taiping. Khayalan, Nani Adikku Sayang, Sayang, Anekaragam, akan terus menghidupkan kenangan remaja saya di Taiping.
Dah tak dapat berfoto dgn BDB, sesama anak beranak pun jadilah
Latiff Hariri
2205 10022010
Sungai Petani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment