Bee Gees

Monday, 15 February 2010

Good Morning Sir! Welcome to A & W

A&W Imbi Plaza 1982

Hassan, Latiff, Aziz, Peter, Sally, Taha, Patrick, XX, Hatta, Diana, Razak dan Ng


Mengapalah, masa exam SPM dulu, saya tak sabar sabar menunggu kertas akhir. Habis aje SPM, rasanya mlm tu atau esoknya, pack baju, terus naik keretapi malam dr Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur. Adalah berbekal dlm Rm20/ dr emak, terus ke Ampang Jaya rumah Mak Cak. Dah janji dgn Hatta masa tu, kita cari kerja sama sama. Dan akhirnya berjaya di interview Mr Bala , dan jadilah kitchen helper di A&W Imbi Plaza.
Best sangat la masa tu, gaji tak boleh kamana pun, tapi, seronoknya , sebab dah terasa memasuki alam dewasa. Dalam tu pun risau jugak, apalah nasib SPM aku ni, hehe.

Kerja dlm 3 bulan byk mengajar saya cara berinteraksi dgn pelanggan dan bersosial dgn rakan rakan sekerja. Baru tahu kehidupan sebenar alam pekerjaan serta tipu muslihatnya. Baru tahu kisah sebenar kehidupan di Kuala Lumpur. Masa tu berjalan kaki dr Lembuh Ampang ke Imbi Plaza kira dekat la. Semuanya nak jimat belanja.
Masa tu baru tahu betapa susahnya Bapak mencari duit untuk ketigabelas anak-anaknya.



Latiff, Hassanuddin, Hatta, Patrick, Sally, Taha dan Peter.
Seingatan saya, Sally, Taha dan Peter, memang ngam sangat sangat dgn lawak mereka yang tak habis habis ketawa bila berjumpa. Dimana anda semua?


Hatta & Taha.
Masa ni Hatta dah behenti kerja, tengah bersiap ke Colorado US untuk sambung belajar selepas cemerlang dlm SPM
Taha saya berjumpa semula dlm 10 tahun lalu, kini bekerja dlm majikan yang sama dgn saya.


Hassanuddin, Patrick, Aziz, Penulis dan kwn baik, Hatta.


Ajax Van Huesen dan Sarimah dihari bahagia mereka.
Kawan baik ni, bernikah malam pun saya hadir, kenduri siang pun saya dtg. Aqilah masa tu baby lagi, pun turut digendong.


Abdul Razak bin Hussein aka Ajax Van Huesen.

Abang Razak ni senior dlm 3 atau 4 tahun. Orang Sri Menanti, Nogori. Kiro kerabat den juo lah. Dia crew leader, dan menjadi abang rapat kpd saya. Saya sering bermalam dibilik sewaan dia dan rakan2 lain di Jalan Ipoh. Orangnya brotherly dan memang sesuai jadi tempat rujukan saya masa saya remaja dulu

Masih berhubung hingga kini, terakhir jumpa di Tol SP Utara jam 12 mlm, selepas dia menghantar anak sulongnya daftar UITM Arau . Kami kirimkan Nasi lemak SP sebagai bekalan perjalanan pulang mrk ke Soromban.



Dalam Dapur, masa tu jawatan Kitchen Helper . Sama tak masa usia sekarang ni?

Adalah dalam 4 bulan saya bekerja di A&W. Oklah, sebagai permulaan mengenali alam pekerjaan, cara berinteraksi dgn pelanggan, berinteraksi dgn rakan kerja. Masa tu berat mulut jugak nak berbahasa Inggeris dgn rakan dan pelanggan, tapi , hentam ajelah Labi.

Thank You Sir, Please come again.


Latiff Hariri
1325 15022010
Sungai Petani

No comments: