Bee Gees

Sunday 7 February 2010

Terungkaikah Rahsia Lenggong

Sabenar benarnya, memang payah nak cari idea menulis ni, tambahan kalau bukan bidang kita, dan kita pun pemalas. Izzudin yang mengejar saya setiap 2-3 hari. Abah, tulislah dalam blog, dah lama kosong ni. Nak tulis satu hal, masa pun satu hal.
Keluar kerja dah jam 730 pagi, sampai rumah pun 730 mlm, bila masa nak menulis . Dah tu nak muaturun foto pun satu hal. Adakalanya marah pc depan anak anak:- Nak kena lempag pc ni, slow sangat . Dan pandai pulak anak anak menjawab, lempag langsung tak payah tulis dah.

Memang dah rencana nak turun ke Lenggong cuti sekolah Mac mendatang, tetapi rancangan dgn Asri ni kena dahulukan sebab dah janji. Sambil sambil tu cuba curi masa korek rahsia. Kembara berbasikal bulan Mac ni, Lenggong-Chepor-Pulau Chery, Kota Tampan & Lenggong, mungkin jadi kut. Lagi ramai lagi best.

Saya cuba nak huraikan sedikit demi sedikit, melalui apa yang saya dengar dan saya alami sendiri sepanjang kenangan di Lenggong akhir 60an - 72 dahulu.
Mungkin tak semenarik mana, cuma, banyak persoalan yang selalu bermain dikepala saya. Harap apa yang akan saya tulis disini dan di halaman2 yang akan datang, tidak menyentuh peribadi sesiapa, lebih kpd keinginan saya untuk bercerita. Tak ramai yang tahu. Ini kisah hidup yg saya dan Rahman lalui bersama keluarga.




Mak dan Ayah kena tunggu dlm keta, anak anak nak buat kerja sat.


Wakaf ni dah ada sejak akhir 60an. Tempat menunggu bas yang akan buat u-turn di atas tapak banglo mat salleh tu.


Disini Penulis, Rahman dan Bapak , melaungkan pendayung sampan diseberang sana. Nasib baik tak ada pesaing dr Ahmad Nisfu dan kumpulan baju 3line menjadi towkay pemilik sampan


Ini bekas tapak banglo mat salleh yang kena bom time Jepun tu. Tempat Bapak parkir Morris Minor kita


Aman, ingat tak cerun ni?


Adik yang kami tegur dan bertanya ttg kisah menarik di Bukit Pembunuh, serta kisah menarik orang orang dulu yang bermastautin disini. Memang banyak cerita yang pelik dan mistik yang tersimpan disini. Penulis dan Asri tersenyum tidak menafikan cerita cerita beliau.


Di sana, tempat bapak parkir Morris Minornya, dicelah runtuhan banglo Mat Salleh(Tidak kelihatan dlm foto ini) . Di pinggir pasir itu tempat kami menunggu Pendayung Sampan yang akan datang setiap kali Bapak menjerit untuk mendapatkan khidmat beliau. Ada yang tahu siapa pendayung tu? Rumah dia betul betul didepan tempat foto ini di ambil.


Ini jety tempat Penulis, Rahman dan bapak mendarat dr seberang . Kelihatan Jambatan Kota Tampan, dan bukit Pembunuh dr jauh. Jauhnya bapak berbasikal dr sini hingga ke arah Bukit tersebut kerana ia bertentangan dgn rumah yang difotokan dibawah ini


Bukit Pembunuh, dari karangan Surau Kg Pulau Chery. Banyak kisah kekejaman kominis tersimpan di bukit ini. Sesiapa ada cerita untuk di kongsi bersama, sudi sudikan lah.
Di lereng bukit tu, Sungai Perak


Rumah lama ni tempat Penulis , Rahman dan Bapak bermalam di hujung minggu . Rumah di lereng Sungai Perak, mengambil masa 20 minit berbasikal dilorong denai. Disini Bapak menambah Ilmu Agama beliau. Kini sepi ditinggalkan.


Ini rumah tempat menyimpan padi, orang dulu dulu. Dimanakah tempat terdapat banyaknya rumah simpanan padi saperti ini, selain dlm Malaysia. Yes, di Bukit Tinggi dan di istana Pagaruyung.
Saya tak pasti di tempat lain daerah Lenggong ni ada 'kepok' rumah padi ni.
Tapi, pemilik asal rumah ni saya pasti, asalnya dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat.

Asri bercerita tentang cerita yang dia dengar dr orang orang terdahulu, pemilik rumah membuat tangga didasar sungai Perak dengan hanya menyelam sambil bertukang didasar sungai..... Well, saya dan Rahman pernah mandi dan gunakan tangga itu menyelam, dengan mengira sejauh mana kami boleh menjejak anak tangga hingga ke dasar. Tak lebih dr 7 anak tangga , dah tercungap cungap. Tapi saya pasti cukup dalam untuk budak berumur 7 tahun spt saya waktu itu

Ditepi tangga, ada lukah yang terikat , dan pasti ada ikan yg terperangkap untuk didinnerkan oleh pemilik kepada kami malam itu.

Kali terakhir penulis menjejakkan kaki di daerah Pulau Chery ni di akhir 1972, dan satelah hampir 40 tahun saya bertandang semula, dan diakhir pencarian ini, semasa berjalan kaki ke arah kereta, penulis disapa oleh pasangan tua, yang seangkatan umur Emak Bapak penulis jugak.
"Pernah duduk Lenggong dulu ye? Anak SO Hariri kan?

Makin banyak persoalan penulis sekarang ni? Asri pun tumpang bingung termasuk Izzuddin. Mcm mana mrk tahu?


Ini sebahagian cerita yang boleh saya kongsikan. Kemudian kemuidianlah saya sambung lagi. Kalau ada cerita yang nak di kongsi bersama, emailkan kpd saya.

Malam tu. lepas dinner ikan tasik di rumah Asri, kami pun berangkat pulang dalam jam 820mlm , dibekal Asri ikan tasik 3 ekor untuk dibuat gorengan.
Sepanjang jalan bertanya, hebat sungguh orang orang lama di Pulau Chery, sekali air berkocak , dah tahu jantan betina. Tak pun, terkenal sangat ke Bapak aku ni disitu?
Atau, apakah penulis memang mengirasi Bapak? Tapi, mcm mana tekaan mereka tepat?


Latiff Hariri
1638 07/02/2010
Sungai Petani Kedah

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah..terkenang kampong halaman..rumah Lebai Johan..tempat saya (ikut ayah) setiap petang Jumaat..belajar agama..