Bee Gees

Tuesday 16 February 2010

Kuala Lumpur 13-14022010 -Edith Sumampo(1932-2000)

Bila usia meningkat baru saya faham mengapa diperingkat umur ini, Bapak suka serahkan kunci kereta kpd saya untuk menjadi Supir kereta Bapak. Saya mula mendapat lesen memandu pada usia 18tahun, belajar di sekolah memandu di Jln Jelatek. Saya hanya berbasikal setiap hujung minggu dr Ampang Jaya ke sempadan Keramat, kawan kawan saya sebut Jelatek Height. Masa tu tahun 1982, kawasan setinggan , penuh dgn warga Indonesia.

Kini lebih senang bersantai dibelakang sambil Aqilah dan Faiqah mengemudi dihadapan, Bertolak jam 930 pg selepas sarapan di Pinang Tunggal dgn Wan.



Kami tiba di KL jam 120ptg, terus makan tengahari di Kampung Baru, paling tepat Jalan Raja Muda Musa. Seterusnya kerumah Rahman untuk rehat sebelum acara seterusnya dimalam hari.


Kearah selatan boleh berlumba, sedangkan ke utara macet teruk. Saya kurang faham dgn PLUS yang perlahan bertindak membuka lorong berlawanan arus setiap kali musim perayaan

Edith Sumampo(1932-2000)

Beliau kelahiran Menado, Sulawesi Utara. Mengikuti rombongan Bangsawan Melayu bersama ayah beliau ke Singapura. Selepas Perang Dunia Kedua, berhijrah ke Pulau Pinang, dan filem pertama beliau ialah Seniyati. Beliau dikenali sebagai Edith Sumampo, namun kurang dikenali, Pak AR Tompel mengkomersial nama beliau kpd
NORMADIAH



Kami menikmati lagu lagu beliau yang didendangkan oleh Azlina Aziz, Liza Aziz dan Musly Ramly. Suara Azlina mirip suara Normadiah sementara Liza agak brlainan tapi, tetap ada ada keistimewaan tertentu. Gandingan Musly Ramly tidak menghampakan dengan gaya suara P Ramlee .

Normadiah mempunya 3 album kompilasi dan 1 solo, sementara Azlina 11 Album dan Liza Aziz , 2 . Antara nyanyiam malam itu,Jangan Merajuk, Dewa Dewi, Penggodaan,Mengapa Riang Ria, dan banyak lagi lagu yang didendangkan. Saya agak upset kerana Seri Dewi Malam hanya di orkestrakan sahaja.

Walaupun berlaku sedikit kesilapan dari Liza Aziz dan Musly Ramli, yang terlupa lirik dan terdahulu dr muzik, hmm, pada saya, adatlah, bila dah excited dan darah gemuruh , teruja dgn kehadiran dewan yang penuh.


Arif, Aqilah dan Izzuddin


Makan malam segera di BurgerKIng. Emak ,Aqilah dan Faiqah.


Ibu posing depan poster


Aqilah & Faiqah


Musly Ramli bersama Izzuddin


Izzuddin bersama Konduktor 'Imbauan 2 Sdr Ahmad Muriz Che rose, Rahman Hariri dan Ariff

Seingataan saya, anak anak semuda usia 4 tahun , pasti akan ketawa terkekeh bila menonton tiga Lagenda ini berlakun, P Ramlee, S Samsudin dan Aziz Sattar.
Izzudin juga tidak terkecuali dimasa usia itu, hingga kini......


Izzuddin bersama Datuk Aziz Sattar yang sudah menjangkau usia 84, tetap ceria sepertimana dalam filem filem beliau. Terima Kasih Datuk!! Andalah Lagenda.



Osman tak pernah menghampakan saya, setiap kali saya menonton, tiket extra mesti dibeli untuk dia. Terema Kasih Osman!



Nikmatilah Dari Lagenda Normadiah -Seri Dewi Malam (1932-2000)



Persembahan tamat dalam jam 2200, tiada acara fotografi dan Otograf. Hanya ambil gambar sendiri sendiri aje.


Latiff Hariri
1105 16022010
Sungai Petani

No comments: