Bee Gees

Sunday 7 February 2010

Kita Pun di Uji jua -Ishak Latfi bin Mohamad(Misi 1)

Beliau dilahirkan pada 5.5.1964, dan dibesarkan di kampung Changkat Berangan. Anak ke tiga dari 6 adik beradik, 3 lelaki dan 3 perempuan. Mula belajar di SMDA Lenggong dalam tingkatan 1 hingga tamat SPM. Beliau ni saperti kata Asri, orang baik baik, tak ada buat hal kat sekolah lah.
Semasa di SMDA, berjawatan Pengawas. Dalam rumah sukan, beliau berumahkan Panglima. Masih mampu ketawa bila disebut kisah alam sekolah kepada beliau.

Mulakan karier dalam bidang ketenteraan pada tahun 1984 di Kem Sungai Buloh, 93 workshop. Nombor Tentera 1064318. Tamat tugas di Regimen 512 Kuala Trengganu, salepas berkhidmat selama 13 tahun dan berpangkat Lans Koperal. Beliau memulakan hidup sebagai orang awam dgn membuka bengkel motokar sabelum musibah datang melanda diri beliau. Kini beliau lumpuh sabelah badan, dan di pelihara oleh ibu , Halijah bt Mat , berusia 74 tahun, yang juga cacat anggota kakinya.

Kepada yang berada di Lenggong sila silakan menjenguk beliau yang masih mengingati semua nama nama rakan persekolahan. Kepada rakan rakan didalam Angkatan Tentera Malaysia, yang boleh membantu beliau melalui Kementah atau
Persatuan Bekas Perajurit, hulurkanlah sedikit masa untuk memanjangkan nota ini kepada pihak yang berkenaan, terutamanya kepada rakan kita, Zawawi, Shaiful Anuar dan Abu .

Latiff Hariri
06022010 1145 mlm

salam bro,

Terima Kasih kerana dgn izin Nya kita dapat menjejak rakan kita ISHAK LUFTI BIN MOHAMAD di kampong Changkat Berangan yang mengalami lumpuh sebelah badan sejak hampir 9 tahun lalu.Bapa beliau bekerja kampong, telah meninggal dunia di awal karier Ishak sebagai seorang Anggota Tentera.

Beliau telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah di Trengganu di bawah jagaan isteri.Ingatan beliau masih kuat,kedukaan hatinya , tersentuh apabila berbicara tentang anak dan isteri,beliau amat berduka, kerana gagal bertemu mereka atas faktor kecacatan yang di alaminya.Kini beliau masih mempunyai seorang ibu yang amat uzur menguruskan kehidupan seharian.

Rakan rakan sekampong beliau Ayam Botak(Azahari),Sukor dan rakan persekolahan di SMDA batch 1977-1981 jika ada keluangan masa,kuasa dan apa saja yang dapat membantu beliau apalah kiranya menghubungi Latif agar kehidupan harian beliau bertambah baik dengan keceriaaan.Amin.

Mohd Asri Hj Mokhtar
Pulau Pinang
07012010 0930 pagi

Ini kisahnya yang sempat Penulis dan Asri berinteraksi lewat Email.




Emak Asri, Hajjah Rokiah Hj Hassan, Kakak Ishak, dan Mak Halijah Mat, emak kepada Ishak. Emak Halijah berusia 74 tahun, kakinya patah, berjalan bertongkatkan kerusi plastik.



Beliau boleh berbicara, tetapi kita kena dengar dengan teliti. Nombor Tentera beliau disebut Shatus enam mpat tga shtu lpan - 1064318


Abang Ramli, Penulis dan Asri
Ishak

Kami terpaksa mengangkat Ishak untuk duduk dikerusi sabelum berfoto.

Kepada yang dekat, jenguk jenguklah rakan kita ni. Akan saya updatekan no akaun bank beliau untuk memudahkan anda semua



Latiff Hariri
1230 Sungai Petani.
07/02/2010

No comments: