Ini lah sekeping foto hari bersejarah Ramli dan Zaharah yang dalam simpanan saya.
Yes, bila berkawan macam tu lah. Biar kawan kawan hanya mengenali saya setakat 2-3 tahun di Lenggong, tetapi kekal hingga ke akhir hayat.
Saingatan saya, Ramli ni sportman, tinggi lampai, dan kuat berlari.
Dia duduk di Labit, diwaktu petang Pakcik Yahaya akan membawa dia ke pekan Lenggong, dan Ramli akan melambai kearah rumah saya setiap kali melintasi simpang tiga tu. Lepas thn 1972 tak jumpa dah.
Terjumpa dia semula , Azizun dan Roziah di Hari Sukan SR KIng Edward VII-I, jemputan larian antara Sekolah tahun 74 atau 75. Mereka mewakili sekolah, saya masih masuk acara rebut gula-gula di padang antara rumah masa tu, hahaha. Senyap lagi lepas tu.
Jumpa balik si mamat ni kat area LA, Lebuh Ampang la. Memang dia tak berubah. Lepas tu , terus rapat, hingga dia menamatkan alam bujangnya. Saya, Roziah dan Aqilah pun hadir. Tahun berapa saya tak ingat dah, tapi ini buktinya , foto Ramli dan Zaharah.
Berakhirnya tahun 2000, saya pulak menghilangkan diri dari Kuala Lumpur, tapi, untungnya nombor hp Ramli masih aktif, dan adalah sekali sekala berhubung. Tetapi semalam pertemuan selepas 10 tahun tak berjumpa.
Macam biasa , acara penting makan makan. Di Restoran Palestin/Labenon di Jalan Ampang, nikmati Nasi Mandi Kambing.
Satu pinggan nasi di share berdua.
Satu pos kenangan sebelum berpisah selepas hampir 10 tahun tak berjumpa.
Setiap kali turun ke Lenggong, saya jarang nak miss ke rumah Kak Midah di Kg Sira. Kak Midah ni rapat dgn family sejak dr 1970 lg. Ada dua Kak Midah, Satu Kak Midah Putih, sebab dia putih, dan sorang lagi Kak Midah Hitam, sebab dia agak sawo matang la....
Kak Midah Hitam pun duk kat Kg Sira, dia ada adik nama Latib, ada sesiapa tahu dimana Latib sekarang?
Agaknya, apa yang dimenungkan Kak Midah dedepan rumah tu? Foto diambil lepas majlis perkahwinan di rumah Asri.
Abang Man dan Latiff(rupanya abang man ni Khairul punya abang ipar, kan saya dah kata, Lenggong ni rapat)
Kak Midah Putih dan Bie bersembang kisah lama.
Masa semakin suntuk, saya harus kejar sebelum tiba 'masa'nya.
Latiff Hariri
1715 18022010
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment