Bee Gees

Sunday 29 March 2015

Sharing Our Journey 4 - 23 March 2015

Saya tahu saya dah lama tak menulis. Suasana keliling membuat saya tidak begitu gembira untuk menulis dan bercerita aktiviti harian saya.

Ini acara tahunan kami. Nampak mudah, tapi yang tahu dan bersama saya sejak 3 tahun lalu, bukan mudah. Tapi, kalau semua memberi sokongan, yang susah akan jadi senang.

Sabtu 22 March sebaik saya menghantar anak saya pulang ke Sandakan melalui Pulai Pinang, saya terus memecut ke Taiping. Saya tidak begitu teruja kali ini, kerana rakan kembar saya sedang bercuti di New Zealand dan orang yang banyak memberi tenaga iaitu DinSelamat pun belum pasti hadir.

Tiba di Taiping sendirian sekitar jam 3 petang, membawa kereta terus ke Restoran Dolly. Sebaik mula menjamah, Suzaili menalipon meminta saya 'kutip' beliau di Bukit Jana Golf Resort.


Bersama Pengetua dan Guru Guru KE VII

Malam tu sebaik selesai makan malam di KE Corner. kami pulang ke Hotel Legend. Rupanya bukan saya dan Suzaili serta Din Selamat sahaja, ada lagi 2 - 3 bilik bebudak OE81 duk melepak.

Sebaik mengambil Nassir si Professor dari UTM Skudai itu, di stesen bas Kamunting, saya terus ke Restoran Bismillah untuk letakkan Nassir bersama rakan rakan yang lain bergembira pekena roti canai kuan serdak tu.

Saya dan Roslan Abd Rahman terus ke Sekolah untuk persediaan saat saat akhir.

Lengkap kasut merah, kalau suruh saya berjalan diluar, kaki ayam pun saya sanggup.

Acara bermula 840 pagi bila kami berombongan memasuki Dewan Sekolah bersama sama Pengetuan dan Presiden OE Malaysia, Tuah Haji Mohaideen.

Kata kata aluan dari Tuan Pengetua Cikgu Hazawawi, beliau baru masuk hari keempat bertugas  sebagai Pengetua.

Ucapan balas dari OE81 Lt Kol [B] Mustafa Ahmad

Suasana menjadi gamat bila Mustafa memperkenalkan setiap ahli OE81 bermula dari Presidennya, Roslan Abdul Rahman, Professor Khairul Azlin serta lebih 20 yang lain.

Ucapan sepontan beliau yang kami tak jangka siap usik mengusik membuat kami gamat. Munkin anak anak sekolah tidak mengerti tapi bagi kami ia memriahkan suasana.

Cikgu Norhayati pulak memperkenalkan siapa dia Lt Kol [B] Mustafa Ahmad.

Siap beritahu beliau boleh menyanyi lagu Engelbert Humperdinck dan Tom Jones dengan baik. Juara Tilawah LMS tahun 1976......mahu tak riuh kena usik dengan rakan rakan dibawah.

Sebaik selesai , acara bertukar tukar cenderahati bermula dari pehak sekolah memberi hingga akhirnya pehak sekolah menerima dari OE81

Payung Sekolah.

Untuk Guru Guru kepada wakil Guru, Cikgu Siva

Sebaik selesai, Pengacara Cikgu Hayati pun memulakan mukaddimah tentang hasrat kami untuk memulakan sesuatu yang lain dan agak besar untuk SOJ3 ini.

Sebagai permulaan , kami sediakan Mock Cheque tanda bahawa kami sudah berjaya memulakannnya.

RM21,500.00 dari OE81 untuk bangunan Surau baru sekolah!!. Siap ada mercun lagi menggamatkan acara.


Sudah terbukti yang OE81 sekepala dalam hal begini.

Ustazah Faridah dan Cikgu Nurhayaty

Sebaik selesai, kesamua calon SPM dan STPM bergerak ke kelas yang akan diterajui oleh OE81.
Sebelum itu, kesemua pelajar telah dijamu oleh OE81 dengan sarapan pagi, dan pada tengaharinya disediakan makanan tengahari. Ini sebahagian dari kemestian bila kita mengadakan kelas 'kursus' untuk pelajar.


Mustafa Ahmad dan Rashid, keduanya wakil Angkatan Tentera.

Razak dengan Town Planningnya.

Jurutera jurutera OE81

Acara berlangsung melebihi 2jam setengah. Kali ini kami tidak perlu turun naik mengawal selia . Kelas berlangsung di bekas kelas kami tahu 1977 pada Tingkatan 1, jadi mudah sangat.

Makan Siang dengan guru guru.

Kiranya acara tamat sekitar 1230 tengahari lah, siap makan makan

Bersama Pengetua dan GPK

SOJ3 merupakan satu lagi kejayaan kami pada usia 51 tahun ini. Ini antara SOJ yang terbaik pernah kami lakukan

Yang hadir, Mustafa Ahmad, Razak Yusuf, Aman Shah, Khairul Azli , Badli Shah, Rashid, Zainal Abidin, Din Selamat, Anwer, Nazri Noor, Nassir Hanapi,Jawaid, Mie Gelong, A Suzaili, Dr Ismail, Roslan Abd Rahman dan Dr Anuar.

Komen Muhammad Izzuddin Janaton di dalam FB : The oldboys enjoying being boys again. Well done uncles.

Saya tak nak komen dah. Suasana begini memang kami dah lalui masa usia kami 13 tahun hingga 17 tahun, ditapak padang yang sama!!

Latiff Hariri
1238 29032015
Sungai Petani