Bee Gees

Saturday 13 March 2010

Le Tour De Lenggong

(Atikel yang sama boleh dibaca di Cycling Down Memory Lane di www.rahmanhariri.blogspot.com)




Kami bertolak dari SP pada petang Jumaat 1751 12032010, tengok Tol Selatan penuh, saya buat keputusan guna jalan negeri ajelah.
SP-Pinang Tunggal-Padang Serai-Lunas-Kulim-Serdang-Selama-Redang Panjang-Gunung Kelian-Sumpitan-Lenggong. Tiba di Lenggong jam 2025. Rahman dan Rasyi dah menunggu dibilik. Tiba tiba ada panggilan masuk, Faizal dah hidu yang saya dah berada di Lenggong, mungkin dia nampak kereta saya agaknya.

Selasai mandi, kami ke Labit Tengah rumah Faizal untuk beri salam . Sebelum tu cuba masuk ke kampung di belakang Masjid Lenggong tu, tapi , jambatannya dah rosak. Nak cari rumah abang Fauzi, remaja Tingkatan 5 atau 6 yang saya sebut didalam tulisan terdahulu tu.

Selesai dirumah Faizal, kami 'dinner' dan tidur dalam jam 2300 mlm, kena rehat, esok dah nak berkayuh.


Memang tak lena tidur, mungkin juga dah 'excited' dan juga bertukar tempat tidur. 0430 saya dah bangun, sembil perhati keluar bilik. Ini lah hasilnya. Mungkin ada yang kaki melepak kat stesen bas ni dulu. Manalah tau tunggu marka tu mai sekolah, tak pun temankan dia balik sekolah.

Kami mula bersiap sebelum azan subuh, selesai semua dalam jam 645, turun ke bawah sarapan roti canai dan nasi lemak, semua makan sedikit sebab tak nak ganggu sistem badan bila dah mula mengayuh nanti. Selesai sarapan, saya dan Izzudin ke setesen bas, peniaga pasar Sabtu dah mula aturkan gerai mereka, saya cari sekitar pasar orang yang saya dah tak jumpa lebih 38 tahun, katanya dia menjadi pembantu kedai kelapa parut di pasar Lenggong. Setelah menyapa 2 kedai, akhirnya kedai ketiga berhasil. Agak lama jugak saya nak tegur, sebab pakcik ni dah putih kening matanya, tapi, iras senyuman masih saya ingat. Sellesai beliau melayan pengunjung kedai yang terakhir, saya pun memberi salam......



Saya terus memeluk Pakcik Sidek, selepas dia mengiyakan pertanyaan saya, yang ini Pakcik Sidek ke? Tergamam Pakcik Sidek . Saya kata, Boy anak Hariri Lenggong kat kedai Pakcik Lasah tu.

Hmmm, apa yang pasti lepas tu, tergenang air di kelopak mata Pakcik Sidek. Pakcik Sidek dah 72 tahun umurnya, mempunyai dua anak, duduk di Kg Sira, dibelakang sekolah Bukit Balai .

Masa darjah 1 dan 2 , Pakcik Sidek adalah pembantu kedai Arwah Pakcik Lasah. Saya suka membantu beliau di kedai dgn menyusun barang jualan, buat kertas bungkusan, dulu kalau ada yang ingat, beras dan gula ditimbang didalam kertas surat khabar lama, yang digam menggunakan gam kanji. Pernah sedang asyik membuat kerja, tiba tiba cikgu Ainon singgah nak beli barang, kelam kabut saya menyorok dibelakang kedai, takut wei.



Di kedai Faizal, sedang bersiap untuk memulakan kayuhan, tiba tiba Ramli sampai, dan sempatlah kami berpelukan mesra sebelum memulakan kayuhan. Katanya Piee dah tunggu kat jety


Dulu, suatu masa dahulu, saya bersama Rahman pernah berfoto bersama disini, serta adik adik yang lain. Masa tu cukup tak bermasaalah, hanya tahu makan tidur, baca buku, mengaji, curi curi mandi sungai. Di rumah ini jugak saya mula belajar berkayuh basikal milik kakak saya yang dihadiahkan oleh Pakcik Ya, adik kepada Bapak. Masa tu kami cukup suka kalau pakcik2 yang bujang datang bertandang, dapat RM dan janji janji hadiah jika belajar pandai. Dan disini jugak Pakcik Ya hadiahkan saya dan Rahman basikal mini yang boleh di lipat dua. Masa tu 'gah' sangat, sebab hanya kami dua beradik yang punya basikal tu .

Dan hasilnya , hingga kini saya suka berbasikal. Dengan basikal itu jugak saya menunjukkan skill saya didepan Roziah, Zaleha(anak Pengawai Forest tu, yang putih melepak tu) di depan simpang bukit Raja dan masjid Lenggong, dengan membuat 'corner' baring didepan mereka, dan terus cium tanah...ish ish ish, kena ketawa pulak tu dgn mereka, nak kena budak berdua ni.


Ini bilik tidur kami


Ini bilik stor dibelakang, kalau ikut plan rumah ni, macam bilik orang gaji/tukang masak. Dulu ada pangkin disini tempat emak, kak midah putih dan kak midah hitam bersidai, melipat kain jemuran sambil mendengar radio. Saya ingat pernah abang abang tentera parkir 'truck' dan landrover mereka, dan tak semena mena ada gangguan di radio, yang abang tentera tu menyakat Kak Midah berdua, ya lah, mereka anak dara trang tang tang masa tu.......


Ini bilik DO emak.DO tu Dapur Officer lah


Kalau SRJK(I) Lenngong masih menyimpan buku rekod sekolah saya, ini alamatnya untuk di periksa, betul tak? PWD 130L Lenggong Perak. Sepanjang ingatan, tiada surat yang saya terima setakat darjah 2 ni.

Kami mula bergerak meninggalkan simpang Pokok Jerai tepas jam 8. itupun ada pakcik yang menegur, tayar basikal kurang angin. Sayangnya saya tak ambil foto berempat sebelum bergerak dgn kamera saya, lebih kepada Rahman dan Rasyi




Kat kampung Teluk Batu



Bersama pemilik Bot, Rafiee, Ramli kata panggil Piee aje.


Masing masing nak cari sudut menarik bila ti di kaki Sungai Perak ni. Kali terakhir , rasanya saya naik sampan disini masa umur 8 tahun, sedangkan Rahman dan anak anaknya ditahun 1999, sebelum SRJKI Lenggong dirobohkan.



Hantar basikal dulu ke Chepor


Dari Labit menyeberang ke Chepor


Sayup jugak nak sampai seberang Chepor ni


Dah lama tak naik boat ni, berdebar jugak.


Mendarat di Chepor


Kena tolak basikal bila bukit agak curam




Basikal Twincycle ni memang manja, atau lebih tepatnya bawa barangan lebih muatan. Basikal ni bukan untuk Off Road , lebih kepada bersiar siar di taman perumahan atau dalam bandar aje.



Off Road ladang kelapa sawit.


Kami jumpa jalan bertar selepas lebih 4 km off-road, melewati ladang getah dan kelapa sawit. Ada sebuah stor , sebelum memasuki Pulau Chery, dan disambut anak anak yang sedang sibuk meramaikan majlis perkahwinan yang dijangka pada 14032010 . Ternyata mereka gembira bila kami berhenti, sambil mereka teruja melihat basikal dua, kata mereka. Kami dah sediakan dengan Chupa-Chup, gula gula , bertambah suka budak budak ni, langsung mengiringi kami sepanjang laluan dengan basikal mereka. Seronokn tengok muka muka ceria anak anak bila mendapat gula gula.


Ini pangkin tempat orang orang kampung membuat bekam tahun 70an dulu. Yang pakar berbekamnya, Pak Saad dr Chepor(sumber Pak Hasan). Saya ingat ramai yang bertanduk kerbau masa berbekam tu, tapi, Rahman lebih tepat diatas pangkin ni lah.

Persoalan saya biar saya yang simpan. Setelah bertemu dengan Pakcik tempohari yang terus 'tembak' saya dengan menanyakan saya anak SO Hariri ke? Saya terus bertandang kerumah pakcik tu. Namanya pakcik Hasan, orang Semanggol, dan isterinya Jamiah orang Gelok. Katanya dia tahu tiada anak anak lain yang akan mencari semula kediaman Lebai Johan selain dari anak anak SO Hariri, sebabnya, sebulan sekali, atau dua kali, SO Hariri akan datang berlajar ilmu Akhirat disini, bersama 2 orang anak lelaki. Masa tu mereka berdua tu kecil lagi. Pakcik Hasan pulak penoreh getah pokok2 Lebai Johan, dan dia tahu sangat.

Pakcik Hassan ada menyebut yang orang orang kampung belajar bersilat masa tu dengan Pak Sheih Man Jabok, ada sesiapa yang kenal atau ingat kisah lagenda(?) ini?


Jadi, ini saja yang dapat saya ceritakan, yang lain lain tu saya simpan dulu.



Dengar sini Sudin, Ajis dan Ramlee. Eh macam Adegan Pendekar Mustar daa....

Selasai dijamu teh o dan biskut kering, kami teruskan perjalanan, yang pasti ada next story yang saya akan cungkil dr Pakcik Hassan ni. Tunggu ajelah.
Kami terus ke arah Luat, dan kampung Beng, tapi, basikal saya meragam lagi, nasib baik ada kedai motor, minta mereka cek apa yang patut. Selesai pekena 2 gelas air limau, kami teruskan kayuhan diatas jambatan Kota Tampan tu, menuju ke arah Raban.


Kami tiba di Lubuk Kawah, bersebelahan Jambatan Bailey tu dlm jam 1250 tengahari. Rehat di perhentian bas, saya mahu masuk ke dalam kampung berhampiran Tasik ni, tapi Rahman dah keletihan. Menanya kepada anak muda di situ, ternyata rumah rakit tu masih ada, tetapi pakcik tu dah meninggal, ya lah, dia angkatan arwah bapak jugak. Anaknya menetap di Lenggong, rumah dah ditinggalkan.

Saya ingat kesini bersama keluarga, kenalan bapak, mungkin melalui kerja bapak yang sering diminta orang orang kampung untuk mengukur/sukat tanah mereka , dan akhirnya menjadi kawan. Kami makan tengahari hingga ke petang di atas rakit berlaukkan ikan ikan Tasik Raban. Seronoknya bermain air dan memberi anak anak ikan makan dari atas rakit tu.


Tasik Raban berhampiran Jambatan Bailey , jambatan satu lorong tu


Jalan lama selepas melepasi simpang 4 lampu isyarat , yang ada jambatan baru Kota Tampan tu. Jalan ni u all familiarkan dgn berlatarbelakangkan gunung didepan tu.
Bas merah kuning ni nastolgia sungguh


Lata Kg Chain, berhampiran rumah Bro Lokman Saidin.


Hm macam kenallah lereng bukit ni...byk kenangan kat sini


Saya lebih mngenali SMDA dari SMKDA, walaupun K dimerahkan. Kalau kami tak pindah Taiping, sekolah ni jadi Sekolah kami jugak rasanya.


Haa, ni jalan Utama memasuki SMDA dahulu, saya ingat, tapi, kini dah ditutup dan agak suram, tinggal kenangan sahaja, saya pasti didepan ni Pengawas punya check-point, yang datang lambat, awas ya!!



Rumah kuarters kerajaan didepan Balai Polis, rumah ni kami menginap sekejap masa tahun 70, sebelum saya memasuki darjah 1.


Dah siap nak balik ke KL dan SP.

Hujan menyambut kami bila sampai di Simpang Pokok Jerai, cadangnya spt biasa ke rumah Kak Midah, tapi mrk tiada, terus ke Masjid Lenggong, mandi & Solat. Terus ke kedai Faizal, berbual sekejap.



Makan petang. Memang rezeki kami bersama Jie dan anaknya. Jie sampai Lenggong jam 1720, kami terus keluar dr rumah Shaiful selepas berbual dgn Mak Umi dan Mak B. Dua kali kerumah Shaiful, mula mula cycle, Mak Umi dah terkejut, bila saya kata nak balik SP petang ni, haaa! Kayuh basikal!?
Dak, basikal naik keta.
Roziah dan Faiqah tiba dr Chemor petangnya, dan sekali lagi bertandang rumah Shaiful.Itu yang jadi 2 kali tu.

Roziah bersama Faiqah ke rumah mertua Jie, tapi saya lepak dgn dia di Restoran Budiman.


Ini hasil kerja Izzuddin, saya hanya guna Compact Olympus, memang dlm perangcangan untuk beli kamera terkini , samaada Nikon atau Canon, untuk lengkap kembara berbasikal saya dimasa hadapan


Pelangi petang menyambut kami pulang, dari arah Kubu Gajah ke Selama

Sepanjang jalan hujan lebat, dan Roziah mengekori dibelakang. Kami tiba SP jam 2115 malam, terus beli burger untuk dinner malam tu, ngantuk , tak letih, sempat upload dalam 5 foto sebelum tidur. Rasanya ada sambungan cerita lepas ni, sebab masih banyak foto2 dari Rahman dan Rasyi yang saya belum terima esp anak anak kampung yang ceria mengekori kami serta foto foto yang saya dan Izzudin terlepas pandang.

Masa 7 setengah jam, jarak 30km, kelajuan mcm jalan kaki ajelah..... Letih, panas terik, bergelen air diminum, tapi lega sangat sangat.

Latiff Hariri
1820 14032010
Sungai Petani

2 comments:

Ronnie Ng Kok Yoon said...

Very good experience to go home to visit Lenggong. Lenggong will always be a place we will always love. Ronnie NG Kok Yoon rng@vol.net

Unknown said...

TQ Ronnie Ng !