Bee Gees

Sunday 28 March 2010

Sepanjang Minggu Yang Berlalu

Sudah seminggu persekolahan bermula, maknanya semua aktiviti kembali keasalnya. Saya pun kurang berkayuh, lebih kepada tumpuan ditempat kerja. Seperti yang dijanjikan , ini serba sedikit foto Le Tour De Lenggong yang saya terima dari Rasyi, yang tiada dalam simpanan saya.

Faizal , kira senior 3 tahun dari saya, anak kepada Pakcik Lasah, jiran kedai/rumah kami di Simpang Pokok Jerai dulu. Selain dari beliau adik adiknya yang saya ingat Akbar dan Basirah, yang lain lain tu dah ingat ingat lupa. Yang pasti ingat, Abu Bakar, sebab nama adik Faizal ni arwah Bapak yang beri, sebabnya Pakcik Lasah beria ria sangat hendak Bapak yang namakan anak yang saorang ini.



Bertandang disebelah malamnya di rumah Faizal



Ramli sempat datang Flag-Off kami


Kalau yang kaki Superbike terasa bebas dijalanraya, begitulah perasaannya bila bebas berkayuh ke arah Labit


Wajah ceria anak anak di Pulau Chery


Pak Hassan dan Makcik Jamiah




Tahun 1972 , jambatan kecil ini masih berkayu dan hanya selorong, dan berbunyi bising bila basikal melepasinya, apakan lagi motosikal, tapi, kini kereta dah boleh lalui. Ini laluannya yang saya , Rahman dan arwah Bapak guna setiap kali ke Pulau Chery.


20032010 . Petangnya, seperti biasa, aktiviti berkayuh, jaraknya pulang-alik hampir 30km. Sungai Layar-Merbok-Sungai Layar. Tiada foto yang saya ambil , sekadar catatan.
Merbok ni pekan kecil, mcm Lenggong tahun 60anlah.


Gunung Jerai


Selalunya , hmm, kadang kadang paling sesuai, saya jengok jengok jugak hutan simpanan kami ni, adalah setandan dua pisang Awak, jantung pisang, kira jimatlah belanja dapur , makan pisang berulamkan jantung setiap hari.



Nangka adalah sebiji dua buat tangan bergetah bila nak makan. Tangan aje, body tak bergetah pun!



Cempedak ni saya jenguk tiap tiap hari, sebab tepi parkir kereta kat rumah aje.

28032010
Hari minggu adakalanya membosankan. Rutinnya sama, ke pasar, gebang dengan peniaga Pasar Tani yang isunya tak lain tak bukan, politik. Saya jadi tukang perangat(kira mcm curah minyak kat api lah). Seronok kalau ada sorang yang atas pagar jadi tukang jolok mana yang tak kena, dan yang berparti ni, akan melenting, tapi pada dasarnya, menghentam puak puak DK & S lah apa lagi. Kadang kadang pengetahuan mereka tak boleh dipandang rendah, saya sendiri adakalanya tak sampai ketahap itu.

Selesai, baca Suratkhabar, hingga jam 11 pagi, then on-line lah , apa lagi. Adakalanya lupa nak makan tengahari.

Petang ni, Si Wan datang bertandang, ajak saya bersiar ke arah Tanjung Dawai/Yan. Dan terjumpa Jambatan Misteri ni. Hmmm, Jambatan ni yang mereka kata nak buat melintasi Selat Melaka ke Sumatera agaknya, baru siap sedikit, tapi, mcm terbengkalai aje. Tengok kat kotak GPRS Viva Wan ni, betul, saya berada di Yan, bukan Melaka, dan bukan sempadan. Siam Nantilah saya cek dengan Pejabat Daerah Yan, mereka lebih arif tentang Jambatan ini


Sayup dari jauh, mcm dah sampai ke Pulau tu, hm, itu pulau Indonesiakah?


Haaa, ada pagar berkawat lagi. Sah! supaya tiada warga Indonesia yang menyelinap masuk ke Malaysia


Hmm, ada pintu pagar lagi. Tapi, dimana saya nak cop Paspot saya ni, mana Pegawai SPRM, eh, silap, Imigresen ni?


Jangan jangan itu Pulau Phuket


Sawah yang dah di airi(betul ke Bahasa aku ni?)

Nelayan yang mencari kerangan/siput di laut cetek sepanjang pantai Yan

Sebenarnya banyak yang menarik untuk saya selusuri sepanjang pantai negeri Kedah, tunggu ajelah minggu minggu mendatang, akan saya ketengahkan keindahan Kedah dan kerakusan 'kita' dalam mengejar pembangunan dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai wakil yang dipilih menerajui Negeri Kedah ni.

Sabar aje la...., bukan sabar kena tunggu tulisan saya, lebih kepada 'penyelewengan' yang berlaku.......


Latiff Hariri
2020 28032010
Sungai Petani

No comments: