Bee Gees

Saturday, 6 March 2010

TOUR DE' BUTTERWORTH

Saya tak merancang untuk berbasikal malam, dan tak berapa gemar pun, sebab agak bahaya , tapi bila saya diajak oleh rakan sepejabat saya untuk berkayuh ke Butterworth, hmm, why not. Dah selalu di SP, tukar tukar angin, apa salahnya.

Kami tiba di Taman Ara Indah, Sungai Dua, kira dalam area Permatang Pauh jugak le, dalam pukul 2100, kami yang pertama sampai, sebab kami bertiga dari Sp, sedangkan yang lagi 10 rakan rakan Zam, orang Taman Ara Indah serta perkampungan sekitarnya.
Mula bergerak dalam 2140 malam, memang seronok, sebab ramai. Kelajuan sekitar 25km sejam pada awalnya, menaiki jambatan dalam 16 km sejam, menuruni dalam 32km sejam, tapi yang berbasikal solo lagi laju drpd kami berdua. Tiba di Tol dalam jam 1012 mlm, dan terus ke arah Jambatan Sungai Perai yang mirip Jambatan Pulau Pinang tu.

Sebaik tiba, tayar basikal saya pancit, kenalah ganti. tapi semua dah pakar, sekejap aje dah siap, dan kami membuat U-turn pulang . Tiba di R&R bersebelahan tol dalam 2340 malam. Ada 2-3 group basikal seperti kami, tapi sekadar 2-3 orang, sedangkan kami 13 orang. Selesai minum, kami terus ke arah Taman Ara Indah, Sungai Dua.

Jumlah kilometer, adalah dlm 30km




Dah bersedia untuk memulakan kembara malam.


Dari view mata saya melalui jalan di Sungai Dua, dekat dgn Mee Udang yang famous tu.
Famous aje, tapi, tak lah berapa sedap sangat.


Di persimpangan lampu isyarat Sungai Dua, di bawah Hiway Plus. 2155 mlm


Berhenti rehat di tepi tol, sebelum ke arah Jambatan Sungai Perai.


Banyaknya tayar spare...


Otai Zam sedang memberi arahan kepada 12 pengikut malam ni.


Lagi sikit lagi nak sampai ke puncak jambatan Perai tu



Otai Taman Ara Indah, Zam dgn gang Taman serta tetamu dari Sungai Petani.
Kami dari Sungai Petani berjaya tawan jambatan ni jam 2310 malam 05032010.


Basikal twincycle saya berjaya sampai ke puncak jambatan Hiway baru Sungai Perai, sebaik berhenti, terus, tayar pancit. Nasib baik ada yang bawa extra tiub dan peralatan .


Zam sempat beri ceramah kepada gang Masjid, tentang kebaikan berkayuh malam.



Tiba di R&R untuk rehat dan isi power



Wajah wajah keletihan



Mana air ni, dahaga dah ni




Selepas sesi makan minum , kami pun berangkat pulang, adalah dlm 11 km nak sampit ke Taman Ara Indah ni. Pertengahan jalan , kedua dua kaki Izzudin kekejangan, dan terpaksa balik dengan menunggang motorsikal pengiring yang kebetulan bertembung dgn kami di R&R tadi.

Kami tiba di Taman Ara Indah jan 140 pagi, dan terus pack basikal untuk pulang ke SP.
Setiba di SP, dinner dulu sebelum pulang kerumah. Ini pengalaman pertama saya berkayuh malam, letih tapi menyeronokkan.

Rasanya dah bersedia untuk berbasikal di Lenggong pada 13032010 ni.


Latiff Hariri
0400 06032010
Sungai Petani

1 comment:

Rashi Hariri said...

welcome to the club. Lepaih ni boleh join kayuh dengan geng basikal shah alam