Bee Gees

Sunday, 21 March 2010

RISIKO MENCARI KAWAN/AZWAN MAT TARIDI

Adat berkawan ni, ada pasang surutnya. Ada kawan yang boleh dibawa kemati, ada kawan sekadar didunia aje, ada kawan yang kedua duanya, ada yang sat kawan, sat lawan. Pendekatalah, Hang Tuah dan Hang Jebat pun berkawan, tapi, akhirnya siapa jadi lawan, dan siapa kawan sehidup semati, fikirkan sendirilah. Kat Kedah ni ramai jugak yang macam Hang Tuah dan Hang Jebat, tapi saya duk panggil mereka Hang, pada kawan kawan disinilah.

Ini pengalaman saya sepanjang mencari hang hang di King Edward dan sedikit pengalaman di SRJK(I) LGG, (sebab tak ramai pun yg saya dapat dr Lenggong ni).
Mencari King Edward - 7 kelas, sedangkan SRJK(i) cari 1 kelas tahun 71-72 aje.

Memang seronok/bengkak bila mencari kawan kawan lama ni. Tambahan pulak kalau kita tak popular atau selalu buat kontroversi, hahaha. Jadi saya nak kategorikan kawan kawan ni seperti berikut bila kita buat pertamakali menalipon mrk:-

1) Buat Buat Lupa- Ni yang paling mencabar
2) Teramat Sibuk - ni kita kena kata,ok bye
3) Ingat Ingat Lupa- tapi, akhirnya jerit nama saya selepangkapnya, selalunya kawan2
ingat nama Hariri dibelakang (ini yang paling best)
4) Lupa terus - ada yang jujur lupa terus kita, tapi, sekurangnya nada suara tu ikhlas

Ini pengalaman saya, tentang kawan kawan yang sengaja buat buat lupa, atau masa kita call mereka teramat sibuk memikirkan masaalah negara, jadi saya lupakan mereka terus. Kepada rakan rakan yang sedang mencari di SRJK/SMDA/King Edward ni, adatlah,
kita cari aje mereka yang mahu bersama kita sahaja, yang sengaja mengelak tu, mungkin mereka ada masaalah tersendiri, yang kita pun tak dapat nak membantu, kita letakkan ketepi sekejap. Salurkan kepada rakan rakan kita yang lain, yang lebih ariff dengan 'peel' kawan kita ni. Dan jangan ambil hati.

Saya dah berjumpa dengan saorang rakan yang berpisah lepas darjah 6 iaitu saudara Azwan Mat Taridi, dia menetap di US , dan yang lagi saorang ni, Azman Abdul Wahab Fenner, dah dapat berborak dengan beliau .Nanti saya akan 'terjah' pejabat dia dalam masa terdekat. Ternyata mereka berdua sebut nama saya lengkap dgn nama Bapa saya sekali. Tak ada yang lebih membara rasa persahabatan bila rakan rakan dapat menyebut nama penuh kita!!!

Untungnya dgn Azwan ni, Cikgu Mat Taridi memainkan peranan aktif, saya sanjung sangat kemesraaan yang ditunjukkan. Bila Saya terima panggilan dari Cikgu mengatakan yang Azwan akan balik ke Malaysia dlm masa 2 minggu, saya pun aturkan perjalanan ke KL. Dan syukur, saya disambut oleh Cikgu, emak Azwan, adik Azwan, anak anaknya. Mcm kawan lama yang baru berjumpa, tak rasa kekok atau segan segan langsung.Apa yang saya ingat Azwan dulu menetap di depan Masjid Aulong(masa tu suraulah) , dan selalu bertandang kerumahnya, masa tu saya pun menetap di Aulong jugak. Dan emak Azwan pun mengajar di SRK Convent Kota, jadi Roziah pun pernah terjumpa emaknya sebab masa tu Roziah di Tingkatan 1 SM Convent, dan sekolahnya bersebelahan.

Kami berpelukan mesra tanda persahabatan masih utuh. Azwan meninggalkan King Edward lepas tamat Darjah 6, dan beliau menyambung pelajaran ke MRSM rasanya. Dia punya 3 permata hati sekarang ni. Beliau juga boleh ditemui di FB. Ada menyebut nama nama spt Raja Sukarno.....

BiLa tengok wajah dua sahabat ni, yang pakai baju merah tu awet muda rasanya, hahaha, Azwan macam diawal 30an aje. Mungkin banyak makan ulam kat US tu


Saya masih belum bertemu Mahathir , walaupun dah berbual melalui talipon, masih mencari Badrul Hisham Dahlan, Nor Azrin Ramli, dan ramai lagi. Kalau ada info tentang mereka beritahulah, atau mereka saja yang hubungi saya jika terbaca tulisan ini.

Jadi, tak ada yang saya ambil hati kepada rakan rakan yang buat buat lupa, cuma saya serahkan kepadaNya untuk menilai hati budi saorang kawan didalam persahabatan yang teramat pendek ini.

Salam Hormat buat semua sahabat!


Latiff Hariri
1320 21032010
Sungai Petani

No comments: