Bila badan dah panas, kaki dah tak boleh duduk diam, tetap nak berkayuh, jadi petang ni jam 1803 saya berdua dgn Zul, anak teruna jiran, abang Omar, bergerak ke arah Semeling. Cuaca masih terik, tak sampai 5 minit berkayuh, Ramli talipon. Selalunya saya payah nak jawab panggilan bila berkayuh, tapi kali ni, rasa kena jawab bila terasa hp bergetar dlm saku seluar. Hm, Innallillahhiwaniinnahirojiunn.
Emak Ramli meninggal. Al-Fatihah..........
Berhenti befoto di lokasi tepi jalan ni. Cuba talipon Manan, tak berjawab.
Ini hentian pertama jalan negeri Bedong-Merbok berlatarbelakangkan Gunung Jerai.
Duk kat luar UiTM aje, nak masuk, panjang cerita pulak nanti
Teruskan perjalanan kearah MRSM, dibelakang UiTM. Manan balas panggilan saya, saya maklumkan berita sedih dari Ramli. Saya beritahu Manan, mungkin akan ke Lenggong esok ziarah Ramli sekeluarga, Manan pulak akan ke Kota Bharu Kelantan, atas urusan pejabat. Sambil berkayuh, sambil bercongak rencana untuk esok.
Yang ini dibelakang pagar UiTM,, bersebelahan MRSM, kira kira 15km dr bandar SP
Berlatarbelakangkan MRSM Merbok. MRSM ni bersebelahan dgn Uitm. Kepada rakan rakan yang ada anak atau bakal menghantar anak kesini, sudi sudikan homestay di teratak kami, tak sampai 15 minit dr rumah.
Di belakangi Bendang dan Gunung Jerai, memang nyaman duduk di SP ni
Senja di Jambatan Semeling
Diatas Jambatan Semeling , jam 1900. Jambatan ini memndekkan perjalanan dr SP-Bedong-Merbok-Yan, yang memakan masa dr SP ke Merbok lebih kurang 45 minit, menjadi 20 minit sahaja. Foto ini mengarah ke Sungai Petani.
Kami tiba dirumah jam 1918, maknanya memakan masa 75 minit. Ditolak masa berhenti berfoto dlm 15 minit, purata kelajuan 25km sejam.
Di rumah, saya hubungi Asri di Penang, mungkin juga dia dapat menemani saya esok ke Lenggong. Ramli dah dalam perjalanan ke Lenggong bersama jenazah emaknya, mungkin kini di kawasan Rawang/Tg Malim.
Salam Takziah dan sabar selalu. Saya tahu Ramli anak yang baik terhadap Ibunya.
Salam
Latiff Hariri
2240 07032010
Sungai Petani
1 comment:
Kayuh basikal memang better dari jogging, takde pressure (body weight to the legs as you jogs), boleh pergi jauh pulak tu
Post a Comment