Bee Gees

Sunday 31 January 2010

DiBelakangTabir Reunion SRJK(I) Lenggong

Ini sedikit catatan tentang sehari dua sebelum Reunion bersejarah tu.
Mungkin juga saperti dikata Rahman, sebahagian dr kebolehan anak anak Hariri ni,
menulis dan berfoto. Tapi saya lebih kepada hangat hangat dot dot aje. Malas yang paling tepat. Tetapi, beritahu aje bila, dimana, masa, insyaallah, kami akan tiba buat cerita dan ambil foto. So far, adik2 saya tak menghampakan, esp Zali dan Fadhil.
Fadhil tu naik 'kapcai' aje dr Penang ke KL semata mata nak dapatkan aksi sebenar yang dlm media kita ni 'takut' nak terbitkan. Tapi, mesti ada limitlah, dalam apa jua yang kita rakamkan.



Keluarga Blogger Hariri
Rasiyuddin Hariri, Rahman Hariri, Latiff Hariri
Fadhil Hariri dan Ghazali Hariri


Bersama waris-waris blogger Hariri.
Izzuddin Latiff, Ariff Kashani Rahman & Akmal Hariri Rahman


Petang tu semua sibuk dgn kerja masing masing, nak pastikan semua berjalan lancar, isteri isteri dan anak anak dikerah bekerja tanpa gaji.


Joe aka Atan, rehersal dgn anak tu, nyanyi lagu Cinta lagi, Sealed with a Kiss, hebat tu.


Apakah yang dibual dua sahabat lama ni, tak jumpa lebih dr 20 tahun.
Niza tiba2 muncul disebelah pagi sebelum reunion. Tanya apa dia boleh bantu? Bagus ada kawan kawan mcm ni


Mungkin masa ni Niza dah mula 'tangkap' yang dia berbual dgn suami Roziah, tak begitu Niza? Hahaha


Izzudin dgn Pakciknya, Ghazali, Jurufoto Rasmi malam Reunion Coolbatch 70-75. Adik No ke 11 penulis. Anak2 buah Jurufoto ni cukup admire pakcik mrk ni, sebab bermotor Superbike dan masih bujang. Tapi penulis tak minat part motosikal ni, basikal suka le.


Beraya di rumah nenek Shaiful. Mak Bie dan Kak Lin ditengah tengah.
Nenek Shaiful ni maintain sejak dr dulu lagi.


Tahun 70 -72 dulu, penulis , Rahman dan bapak, sering ke sini, melaungkan pendayung sampan dr seberang sana, untuk mengambil kami disini, dan upahnya hanya beberapa puloh sen sahaja. Basikal bapak disimpan diseberang sana, dan bapak akan berkayuh sekitar 5 km ke Pulau Chery. Mcm cerita Bujang lapuk tu, penulis duduk atas galang, Rahman dibelakang. Menakutkan sebab lorong denai dan melintasi titian kecil, memerlukan pertimbangan yg mantap dr bapak.


Sungai Perak dr atas Jambatan Kota Tampan. Saya menyimpan byk rahsia disini. Terutama dgn Bapak dan Rahman. Teringin nak rungkai semula kisah lalu dgn berbasikal dgn Izzudin dr sini menuju ke Pulau Chery , saterusnya ke pekan Lenggong, dan akan saya blogkan.


Ini gambar berhari Raya tahun 2009 di rumah Mak Ros, emak kepada Zairul Hisham, di Ipoh , Perak. Sabelum balik ke SP salepas Reunion di Lenggong tu.
Bersama dlm foto tu adik Zairul, Zahalia bersama suami Baco dan anak anak, Hidayat dan Qursyiah.

Letih berhari Raya, tapi puas dpt berjumpa lebih dr 70 org sepanjang Indul Fitri
2009/1430 Hijrah.

Latiff Hariri
1442 31/01/2010
Sungai Petani

1 comment:

Rahman Hariri said...

Cop. Ayah tu sapa? Sounds very much like a different person as we had never called him by that. It is always bapak.

I went to the site where we used to wait for the sampan. Cant seems to find the ruins of a house there. But otherwise I remember it very much.

I don't remember the cycling that much. I thot we would walk our way to Pulau Cheri. But then again, as I have said, I don't remember all. I thot there is a pic of bapak walking there on the way to PCheri.

I would not mind joining you cycling, tho most likely I would jog kut or walk my way down memory lane. I think boleh sampai. How easy it is nowadays that we can just cross using the bridge compare to the old days having to 'call' or 'shout' to call the sampan.