Bee Gees

Sunday 18 April 2010

KAKI GUNUNG JERAI

Bila dah mula mengayuh petang Jumaat semalam, pagi Sabtu ni saya rehat . Dah kira hampir Asar, baru buat keputusan. Naikkan basikal , terus ke kaki Gunung Jerai. Selepas Asar, baru mulakan kayuhan. Seronok masuk kampung kampung ni, bendang, tali air, rumah kampung, anak anak berlumba basikal, aman dan nyaman. Mula jam 1705 , cuaca elok terang.Mula di Jalan Negeri K159, dlm peta tulis Guar Chempedak, sebenar pusat pekan Guar Chempedak terletak di simpang empat yang ada tulis Taman Yan Jalan Negeri 1 tu. Disini kami panggil pekan Guak aje. Jalan Kampung tidak terdapat dalam peta, tapi nama kampung Titi Teras jelas , sekiranya anda 'klik' ZOOM IN + peta ni.


View Larger Map
Dari hadapan surau, ke kiri jalan Negeri 1 menuju ke Guar Chempedak. Disini banyak jagung manis taiwan.


Surau Kampung Kepala Bukit





Pejabat kecil Hotel Regency Gunung Jerai, harga bilik bermula dari RM200++ hingga RM500+++..... lain kali ajelah....hehehe.


Taman Perumahan dibelakang surau Kampung Kepala Bukit, berpemandangan Gunung Jerai. 8km untuk sampai ke puncak.


Masjid Kampung Titi Teras, Guar Chempedak, daerah Yan.


Melintasi perkampungan Titi Teras menuju ke Kampung Teroi


Masjid Pekan Teroi, Jalan Negeri K146.


Pemandangan dekat Kubota sedang bekerja


Dihadapan Gunung Jerai mengarah ke pekan Guar Chempedak. Hantar repot sekejap.


Bendang yang sudah diairi serta sedang dibajak.


Saya ingat masa 'kecik kecik' dulu, di Lenggong masih digunakan Kerbau untuk membajak, tapi bila ada yang guna mesin ni, ingat sampai sekarang, orang kampung panggil Kubota masa tu. Kalau di Bukit Tinggi , Sumatera serta Jawa, tak akan jumpa kubota ni, sebab akan merosakkan sistem ekonomi yang mana, lebih mengutamakan kederat Sapi atau Kerbau.


Di simpang empat, tengah tengah pekan Guar Chempedak. Pekan kecil, seronoknya di Kedah ni ramai anak bangsa yang berniaga di sepanjang pekan minggu di persimpangan ini.

Jarak perjalanan sekitar 10km sahaja, masa 55 minit, kira melepaskan lelahlah.
Setiba di kaki Gunung Jerai, ada 3 brothers chinese tengah pack basikal MTB mereka masuk ke dalam pacuan 4 roda. Seperti biasa saya menegur mereka yang 'kaki kayuh' ni.
Mereka baru turun dari Gunung Jerai, jarak dalam 8 km, kalau tak silap lah, masa kayuhan hingga kepuncak 1 jam 30 min!! Oh Mak! Nasib baik saya buat keptusan kayuh disekitar kaki Gunung, kalau tidak harus, 2 jam 30 minin dengan basikal ni!

Pulang ke Sungai Petani dalam jarak 30 km, perjalanan ditemani hujan dan angin. Rupanya, malam di berita TV, sudah tersiar kisah bumbung berterbangan di Baling gara gara ribut kuat. Di Kedah ni, kalau angin ribut, memang menakutkan, termasuk disekitar perumahan saya ni.

Latiff Hariri
1850 18042010
Sungai Petani

2 comments:

Rashi Hariri said...

so bila kita nak plan kayuh sama-sama ke gunung jerai?

Unknown said...

cuti penggal bulan jun ni pun cantik