Bee Gees

Friday 30 April 2010

Selamat Hari Pekerja

>

Sepanjang minggu ni, Sungai Petani dilanda hujan dan ribut. Petang Rabu 28042010, dalam perjalanan pulang memasuki bandar Sungai Petani, banyak dahan dan pokok yang tumbang menghalang lalu-lintas. Ternyata Bomba dan MPSPK begitu segera menjalankan tugas masing masing.

Risau juga bila memikir ribut ni, takut tercabut bumbung letak kereta di luar rumah, kerana selang 6 rumah jiran, keretanya ditimpa bumbung sewaktu kejadian hari tersebut. Tapi, kita berserah dan berdoa ajelah. Dugaan semua ni. Yang pasti air semakin banyak di Kedah, tidak seperti di Batu Pahat , Johor yang sering dicatu airnya.



Bunga bunga berguguran. Ya, bunga tu, bukan daun kering. Taman Jubilee berhampiran rumah saya , tak sampai 1km.


Petang Jumaat hujung bulan ni,saya hanya berjoging di Taman Jubilee Sungai Petani, yang mana foto tempohari diambil dengan kamera talipon bimbit sahaja. Harap yang ini memuaskan mata memandang.

Satu pusingan biasa Taman Jubilee ni, saya anggar dalam 900meter, tapi sekiranya mahu lebihan meter, dengan mengelilingi Masjid Muazaffar (Masjid SP) dan Taman, boleh mencecah 1300 meter atau lebih. Saya hanya lakukan 4 pusingan sambil mengambil foto sekitar Taman. Hari ni hari minggu di Negeri Kedah, jadi taman kelihatan ceria dengan tetamu yang beriadah.

Satu satunya kolam buatan, tak ada bijih timah kat sini.

Sesuai untuk riadah keluarga




Di lorong ini track saya berjoging
Aman damai petang ini




Saya tak pasti nama burung burung ni, seakan burng bayan pada saya, tapi yang pasti dari spesis Bangau jugak. Memang ini sarang mereka didalam Taman Jubilee

++++

'Nah, ambil sorang satu' .Abang Nal melakukan pusingan dari meja kemeja sambil menghulur kopi '3 dalam 1' berjenama kepada semua rakan rakan yang sering disakat beliau.

Begitulah abang Nal ni yang hobi utama beliau selain dari memancing di laut, dan bermain golf, suka makan makan tanpa had....hmmm. Sebut aje ceruk mana pasti dia dapat menghidu lokasi gerai/restoran yang enak disekitar Pulau Pinang Ni.

'Eh, tak kan satu aje?' Maz mula bersuara bila Abang Nal meletakkan sepaket kopi diatas meja Maz.

'Ok lah tu, cuba dulu, elok untuk sarapan atau 'lunch', banyak serat tu.' Abang Nal menenyit matanya kepada Zam.

Rupanya saya silap, bukan kopi, tapi nestum 3 dalam 1.

'Tak kan menang Hulu Selangor dapat sepaket ni aje, mana beras dan kain pelekatnya?
Maz dah mulakan.

'Ha ah' serentak yang lain mencelah.

'Macam tu lah depa, bagi sekampit beras dan kain pelekat, tahan 5 tahun. Pilihanraya yang baru, hantar lagi beras dan kain pelekat, tahan 3 tahun....' Maz teruskan usikan.

' Ni sepeket Nestum ni, tahan 3 tahun abang Nal? Zar mencelah.

Yang lain dah mula ketawa. Abang Nal menunjukkan reaksi 'sporting'nya.

"Orang bagi banyak cerita pulak', 'marah' abang Nal.

'Yang ini jenama Ory ke bang? Saya baca dalam 'paper ' , banyak yang tiruan ni.'
Maz masih belum menunjukkan tanda tanda berhenti dari menyakat abang Nal.

'Tolong ya, ni beli kat Pengedar yang sah tau, harga sepeket ni hampir RM2.00 tau'
Abang Nal mula memberi reaksi bila jenama Nestumnya dipersoal.

' Ya la bang, terima kasih, belanja juta juta kat Hulu Selangor, dapat sepekat Nestum aje ek?'

Memang masih hangat isu Pilihanraya di pejabat ni. Saya dah seminggu tak menonton Berita TV, cuma dari perbualan rakan rakan, semuanya masih mempersoal dari mana datangnya majoriti 1700 milik mereka, dan mengapa masyarakat Cina masih menyepi dari mereka.

'Nak undi Cina senang aje' , Ah Seng mencelah. 'Lakukan siasatan telus kematian Teoh Beng Hock'.

Hmmm, senang macam tu ke? Tapi, ini adalah yang benar dari mulut rakan rakan Cina saya. Saya setuju, tapi bukan itu sahaja, banyak isu lain, Kapal Tak Selam, Enjin Kapalterbang tu, dan yang terkini pembelian kapalterbang tanpa enjin . Semua ini tidak boleh disorok dari mata dan hati Rakyat.

Petang Khamis 29042010 saya berkesempatan melawat kawasan bersama abang Nal . Ini yang berjaya kami rakamkan dari atas Mountain View Golf Resort, kelihatan pemandangan Pekan Sungai Bakap.




Mungkinkah ini enjin yang dicari cari tu? Ada anjing jaga lagi tu.!!




Selamat Hari Pekerja!!


Latiff Hariri
1624 01052010
Sungai Petani

No comments: