Bee Gees

Saturday 1 May 2010

Kayuhan Heritage Trail 2010 - Alor Setar 01052010


Ini adalah yang pertama bagi saya. Selalunya sendirian atau bersama rakan dan keluarga. Kali ini lain, sempena sambutan Ulang Tahun pemerintahan Baginda Sultan Kedah. Kami bertolak dari SP jam 640 pagi, dan tiba di Alor Setar 0715 pagi, terus ke tapak permulaan, Menara Alor Setar. Masih tiada tetamu, lebih kepada urus-setia yang bertugas.


VVIP yang hadir



Acara pelepasan bermula jam 0900 pagi, dan kami diberi pensil dan kertas soalan untuk kami lengkapkan kayuhan ini. Ada 20 soalan, dan jawapan dalam bentuk objektif. Memang pada mula agak payah, sebab saya kurang hafal laluan di bandar Alor Setar ni.




Pada awal permulaan, peserta mengekori diantara yang lain, tapi, saya 'split' bila menghampiri Masjid Zahir dan ke Rumah Merdeka. Tapi, tak jumpa Rumah Merdeka, terus ke Galeri Sultan dan persekitaran , bertembung dengan bikers motor lama yang berkonvoi melebihi 80 buah, menarik jugak aktiviti hari ni. Kami terus ke rumah kelahiran Dr M, ada dua soalan yang wajib diselesaikan disini. Nasib baik Dr M tak ada, kalau tak....... Dari sini ke Pekan Rabu cari Restoran Bamboo, jumpa, tapi kerana laluan sehala, kami terpaksa menapak semula kearah Masjid Zahir gara gara mencari Rumah Merdeka sekali lagi. Kami teruskan kayuhan hingga ke Muzium Negeri dimana terdapat dua soalan juga yang harus dijawab. Yang ini agak jauh, dalam 2.5km dari Menara. Rata rata kayuhan hari ini dalam 11km, itu pun lebih kepada merayau menunggu masa tamat jam 1200 tengahari. Kami lengkapkan jawapan tepat jam 1100 pagi, ada 1 jawapan yang 'salah' cetak , terpaksa kami ambil foto bukti untuk menunjukkan jawapan di Replika Istana Bukit Tengah, bukannya Replika Istana Bukit Tinggi.


Di dataran berhadapan Masjid Zahir


Mus, basikal u yang macam ni, warna merah tu, ada lagi tak?
Mustafa Ahmad, sila jawab. Sebut basikal ni saya ingat Mus dan Azwan, mereka ada basikal mini masa di SRJK King Edward VII-I dulu.


Sementara menanti jam 1200 , kami dijamu makanan nasi minyak dan ayam masak merah untuk makan tengahari. Jadi, kenyang teramat sangat sebab dapat 3 bungkus nasi, mungkin juga urusetia beri mengikut size peserta.

Dan tepat jam 1230 pengumuman hadiah dimulakan, memang saya hanya mengharap 'hamper' atau accessory basikal, tidak meletak harapan 6 hadiah utama, basikal MTB, jadi mungkin juga itu ' doa' merendah diri saya, akhirnya, itu jugalah yang dimakbulkan. Amin..........


Izzuddin ke pentas dua kali , pertama menerima topi, kedua, beg kecil untuk kayuhan. Syukur, alhamdullillah, rezki ada jugak hari ni.



Barisan pemenang hadiah.


Bersama salah saorang urus-setia, Azlan, yang juga jiran saya


Kayuhan yang diflag-off oleh Tengku Puteri di Sungai Petani, memasuki bandar Alor Setar jam 1315 petang.


Satu topi dan satu beg untuk kayuhan, jadilah.


Bermula perjalanan pulang , melalui jalan Negeri. Kalau gunakan Tol, kena bayar RM7.20 , jadi jimatlah tol hari ni. Semalam 30 April terkena lagi, heboh di Penang yang harga petrol naik lagi, rupanya kena 'usik' dengan rakan rakan.

Tak mengapa, simpan 20sen seliter tu dihari hari mendatang, kita tengok sampai bila 'dia' dapat bertahan dengan tidak mendapat hasil jualan minyak ke Iran tu, gara gara melobi oleh Apko nahi ho.

Latiff Hariri
2030 01052010
Sungai Petani

No comments: