Bee Gees

Sunday, 9 May 2010

Ayah Long Datang Lagi!(II)

Kununnya nak ke Gunung Jerai ambil angin bersama Ayah Long selepas sesi 'tidur petang' selesai, tetapi lain yang jadi. Saya ghalit depan PC ni, Ayah Long kata, 'Nak ambil angin kat luar .'

Saya hanya mengangguk kepala, tapi selepas 1 jam, Ayah Long tak muncul muncul didepan rumah. Che De dah seperti 'Kucing kehilangan anak' . Keluar masuk rumah, duduk termenung depan tembok pagar rumah. Saya minta Faiqah kayuh basikal masuk kedalam Taman, pun tiada. Saya tak lah risau, lebih kepada kesian tengok Che De dah mengerut muka. Tiba tiba Mokhtar muncul bersama kapcainya, tanpa helmet kami berputar sekitar Taman, Masjid dan Taman Sri Tanjung , pun tak nampak kelibat Ayah Long. Saya mula risau, tapi dalam risau tu terfikir juga ....


*****
' Tat , kita tak pakai helmet ni tak pe ke?' Saya mula menyoal soalan yang tak sepatutnya ditanya.

'Tak pe, dalam area kampung je ni ', Mokhtar meyakinkan saya.

'Parang atau senjata tajam, hang bawak tak dalam raga kapcai ni ', saya masih ragu ragu. Mokhtar pulak merasa pelik, ni soalan apa ni .

Tanpa menunggu jawapan dari Mokhtar, saya terus akhirkan persoalan yang mengganggu fikiran Mokhtar.

' Kat depan trafic light, lampu merah , hang berhenti , aku tak nak kena tembak dari belakang, tembak depan oklah, macam koboi tengah 'draw' , kira beranilah berdepan ',
saya memulakan lawak bodoh PDRM.

'Tak pa bang Latif, depa tembak budak sekolah aje, orang tua mcm abang Latiff tak layak ditembak '. Eh, kesitu pulak jawapan Mokhtar ni, ada ke saya dah tua? Hehehe

Tapi ini bukan main main, memang memalukan dan tiada MALU kepada Ketua Polis Negara. Mokhtar pun kata, 'Kalau saya KPN, saya resign 24 jam, bukan main main ni'
La, budak belia macam Mokhtar pun tahu dimana Maruah KPN.




Remaja lagi Mokhtar ni, kira bujang trang tang tang lah.


Ini buktinya kami tak pakai helmet, tapi, kamera buruk ni sentiasa memfokus ke arah belakang saya, manalah tahu , ada tembakan curi dari belakang.

Keputusan segera saya dan Mokhtar buat, kita merayau ke Taman Jubilee, manalah tahu , kalau kalau Ayah Long dah baca blog ni, dan nak pastikan Taman Jubilee betul betul wujud. Dan ternyata, Ayah Long sedang berjoging sepertimana yang saya sering lakukan.
Dan sah, Ayah long berjoging, ,terus ajak Ayah Long balik, hehehe. Dah menghampiri jam 1830 petang, tak kan nak melepak lagi, kan?


Che De senyum sampai ketelinga bila Ayah Long dah balik.
+++++

Malamnya, macam biasa , acara makan makan di tempat biasa, Gerai Mak Anjang bersama towkaynya adik Mat. Sampai senak perut , komen Che De. Ayah Long puji, sedap katanya.
Saya beritahu Ayah Long, Hatta pun pernah makan kat sini. Ya, dia ingat kat u Hatta.

Jam 2020 kami keluar, ke UiTM ambil Roziah yang baru pulang dari kursus di Perak, dan langsung ke Tanjung Dawai. Makanan mula dihidang jam 915 malam, dan pengunjung di meja bersebelahan mula menjeling. Hmmm, datang kemudian , dapat makanan awal. Jadi, untuk memastikan semuanya terhidang dahulu, kenalah pasang cable dengan towkay kedai ni, order melalui talipon. Tak Salahkan?

Kepada yang bertanya berapa kos makanan ni? Hubungi saya, kami makan 9 orang, dua hidangan untuk dua meja, tak mencecah RM200.00 , belum ditolak discount pelanggan setia/tetap yang saya perolehi dari adik Mat. Kiranya saya umumkan disini, berapa harga yang saya bayar, pasti ada yang akan terkejut 'dog'. (Maaf, bahasanya!!)


Jenahak Bakar cecah air asam


Sotong goreng tepung


Siakap Tiga Rasa, hebat rasanya!! Atas tu hirisan mempelam





Dah tak sabar nak mulakan ni.

Terlupa pulak, Tomyam.

Kami berhenti makan tepat jam 2200, dan perlahan menyusuri jalan Tg Dawai-Sungai Petani yang jaraknya 38km. Dirumah jam 2245, saya tak mengalah, mengadap PC hingga 2330 mlm sebelum tirai dilabuh.

Latiff Hariri
1630 10052010
Sungai Petani

No comments: