Bee Gees

Saturday, 15 May 2010

KESIHATAN NORARRFAH RAMLI

Seperti yang dirancang, kami bergerak meninggalkan SP pagi Jumaat, dan in kali pertama kami meninggalkan Izzuddin sendirian dirumah. Semuanya gara gara Hari Guru 16 Mei 2010, bersempana dengan hari kelahiran Izzuddin jugak.

Hati ini bedolak dalik, mahu segera sampai ke PPUM, tetapi duk bercongak jugak, Jumaat ni , sempat ke tiba di KL sebelum Jumaat, atau singgah Chemor rumah Faridah. Faridah dah pelawa bertandang dan makan tengahari dirumahnya. Selepas menyusuri terowong Ipoh, baru saya buat keputusan , kerumah Faridah dahulu. Tepat jam 11 kami sudah di simpang restoran Nazmir di Taman Kelebang Restu. Hmm, rupanya dekat dengan rumah Noormah Ghali jugak ni.

Selesai menjamah mi goreng air tangan anakdara Faridah, tepat jam 1230 kami bergerak ke KL.
Berada di lokasi PPUM tepat jam 3, ternyata pembedahan ditunda, dan anak Nora pun tidak menjawab panggilan talipon saya. Kami pulang ke kamar dahulu untuk mandi dan makan malam di restoran Al Rawsha, biasalah, rindu kat nasi Arab ni.

Sambil ber'sms' dengan anak teruna Nora, tepat jam 1930mlm, Nora sudah berada diluar bilik bedah dan kini didalam ICU pulak. Tiba tepat jam 2000 mlm, bergegas ke tingkat 5, dan syukur,mungkin rezeki orang jauh. Kami dibenarkan masuk .Nora dah sedar, tapi lesu. Dia mahu berbual, tapi perlahan (Terfikir jugak, tak sepatutnya kami masuk dan berbual)
Lama jugak saya terpacak disisi katil. Roziah duduk mengusap ngusap tangan Nora. Hidungnya masih berdarah, dan katanya sakit.....
Walaupun pembedahan moden terkini, tiada bedahan terbuka yang besar, tapi tetap berdarah. Saya agak, mungkin sebahagian kecil hidung di bedah, dimasukkan tiub berkamera serta alat tertentu yang akan menyedut/memotong ketumbuhan dibelakang mata berhampiran otak beliau. Ngilu nak bayangkan.

Kami berbual panjang dengan emak Nora, Yong Rahmah di ruang menunggu, rupanya Nora ni ada 'bau bau bacang' dengan Hatta Ghazali. Ya lah, mak Nora ni pun duduk di Padang Rengas.
Berita ini akan saya sampaikan kepada Hatta petang nanti.

Tiada foto, sebab tak sampai hati nak rakamkan keadaanNora di wad ICU. Tapi, untuk rekod. Saya puji budibicara PPUM, masih benarkan kami menziarah diluar waktu melawat, tidak seperti yang terjadi di Hospital Umum lain, yang mana Pengawal Keselamatan 'membelasah' pelawat yang berkeras mahu memasuki/ atau tak mahu keluar bila tamat tempoh melawat.

Berita sedih saya terima dari Normah, bapak Rozita(SRJK(I) Lgg 1970-1975), Cikgu Razman, telah kembali ke Rahmatullah di Ipoh, dan akan dikebumikan selapas solat asar petang ini.

Salam Takziah buat kak Tata dan keluarga dari saya dan Roziah.


Latiff Hariri
1611 15 Mei 2010
Nilai , Negeri Sembilan .

No comments: