Bee Gees

Monday 17 May 2010

Saya dan Anak Anak Polis

Dialam kanak kanak , bila kita telebih nakal, kita sering diugut, atau disakat, ' Polis, ambik budak ni, nakal sangat '. Dan kita pun terhenti seketika dari kenakalan kita. Tapi, lama kelamaan kita menjadi lali. Bila kita mencecah angka 12, dan memiliki kad penganalan, kita mula terasa dewasa, dan bersedia, jika ditahan Polis, kad pengenalan akan menjadi bukti kita warga negara. Tetapi waktu itu mana reti pakai dompet, selalunya, kad pengenalan tertinggal kat rumah aje.

Semasa di Taiping dan Batu Gajah, kuarters kerajaan tempat kami menginap terletak di satu kawasan khas untuk kakitangan kerajaan, begitu jugak, sewaktu di Lenggong. Kami cuma berkesempatan menginap kuarters yang betul betul mengadap Balai Polis Lenggong selama setahun. Dan sekali lagi bila Bapak berpindah ke Taiping, kami berkesempatan menginap di kuarters kerajaan di dalam kawasan Balai Polis, iaitu Balai Polis Aulong. Waktu itu saya sering disalah anggap sebagai anak Inspektor Polis. Ya lah, rumah banglo batu, sebuah sahaja, sedangkan kuarters kayu Polis serta rumah Sarjan(Ketua Balai) masih rumah kayu. Kami disini dari tahun 1974 - 1978 .

Persahabat agak perlahan pada mulanya, tapi bila semakin remaja, saya mula ber'klik' dengan anak anak Polis disitu. Setiap petang permainan bola sepak adalah kemestian ,hinggakan kami mempunya 'team' Balai Polis Aulong .

Pertangahan tahun 1980, sekali lagi Bapak mendapat kuarters kerajaan, kali ini banglo untuk Penolong Pegawai Daerah, yang mana mempelawa Bapak menginap, kerana beliau tidak mahu rumah tersebut, mungkin terlalu besar untuk keluarga muda beliau. Yang ini pun sama, di atas Bukit Kerajaan(Resident) Kuala Kangsar. Rumah kami berdepan dengan banglo KPD Kuala Kangsar serta Pengetua MCKK . Dan lebih ceria bila Tuan KPD pun 'saudara jauh' kepada bapak yang kami panggil Pak Su Yusof.

Ini kisah kuarters yang kami duduk di awal remaja kami, belum lagi kisah kisah rakan rakan sekolah , khasnya anak anak Polis yang berkawan rapat dengan saya. Saya akui kenakalan mereka adakalanya melebihi dari anak anak yang lain. Mungkin juga, bila dah ramai anggota Polis di sesuatu tempat, maka berbagai kerenah dan kelakuanlah. Tapi, yang saya pasti, ada dua kelompok anak anak Polis ni. Satu yang pelajarannya amat dikagumi, satu lagi yang terlebih nakal, serta pelajaran agak ketinggalan . Tapi, rata rata, kawan kawan yang lain pun ada yang diatas , dan ada dibawah, tapi hakikatnya, anak Polis ni terlalu ramai jika nak dibandingkan dengan anak anak dari Pejabat Tanah.

Saya tetap kagum dan hormat dengan rakan rakan dari kelahiran PDRM ni, tanpa ada rasa prejudis terhadap mereka dan ibu bapa mereka. Dan saya akui , anak anak saya pun berdatukkan Polis jugak! Sekiranya, tulisan saya terdahulu serta yang akan datang
agak ' beremosi ' terhadap Polis, percayalah, saya hanya tujukan kepada KPN dan mereka mereka yang didalam PDRM yang menyalahguna kuasa mereka serta masih bertindak 'zalim era jahilliah' Segelintir mungkin, tapi pasti , majoriti yang cintakan keadilan ramai di dalam PDRM

" Tiada rasa Prejudis terhadap sanak saudara, sepupu, ipar duai, rakan rakan yang berkerjaya Polis, kenalan kenalan saya melalui urusan kerja saya yang banyak berinteraksi dengan Polis . Saya menghormati anda, tiada niat lain selain dari memperbetul apa yang saya kira salah dari kacamata saya" .

Isteri saya pun anak Polis jugak!!


Latiff Hariri
1925 19052010
Sungai Petani

Pastikan menonton malam ini di TV3, samaada KPN bercakap dalam nada berbudi bahasa mesra Rakyat, atau masih angkuh dan sombong bila menegakkan benang beliau yang sememangnya sentiasa basah itu.

No comments: