Bee Gees

Monday 31 May 2010

TALENT TIME 1978

Seingatan saya, saya mula aktif berpetunjukan pentas/drama sekolah ni di tahun 1973.
Waktu tu kami memasuki kumpulan koir sekolah yang mendendangkan lagu Inggeris bersama petikan gitar saorang guru berbangsa Tionhua, yang namanya sudah saya lupa(maafkan saya). Kalau tak silap Mr Ng? Mungkin rakan rakan masih ingat nama guru ni. Nyanyian pertama kami adalah lagu Cat Steven - Morning Has Broken . Lagu ni lagu hit di Gereja masa tu, dan saya mendapat kritikan dari abang kerana menyanyikaln lagu yang berunsurkan "Tuhan" mereka.
Tapi kini dah jadi hit lagu anak teruna saya sebab penyanyinya Yusuf Islam.

Seterusnya darjah 4 hingga 6 , saya dan rakan rakan melakunkan drama yang diambil skripnya dari buku buku Dewan Bahasa yang bertemakan pementasan drama. Guru guru yang aktif masa itu Cikgu Maniam dan Cikgu Suhaimi. Mungkin juga kerana tidak mahu menyanyi lagu lagu gereja, saya mengalihkan aktiviti drama pentas Bahasa Malaysia. Ya lah, nak hafal lagu Inggeris ni bukan senang, hehehe.

Foto dari Rahmanhariri.blogspot.com


Cgu Suhaimi, Cgu Maniam, (Mr Ng ?) Guru koir tu. Lee Tat Choy
Ust Adnan, Cgu kamaruddin, Mrs Wong, Cgu Mat Taridi,GB, Mrs Kuppu,(?)x3, Cgu Siva(Suhakam)

Mungkin ada yang boleh membantu saya dengan nama nama guru guru ni

Sayangnya, dizaman kanak kanak ini, saya tidak pandai menyimpan foto atau majalah sekolah,. jadi tiada bukti yang dapat saya tunjukkan disini.

###

Bermulanya zaman peralihan kanak kanak ke remaja, di tingkatan 1 saya mula berjinak jinak dengan kumpulan Orkestra King Edward VII. Tertarik dengan pakaian seragam abang abang senior, saya pun mendaftar sebagai ahli baru , bersama sama dengan Shaiful (Boy) . Maka bemulalah latihan dimana kami dikenakan bayaran RM1.00 sebulan.
Saya dan Syaiful memulakan latihan biola setiap petang Rabu, kalau tak silap, hanya kami berdua, maka bermulah perkenalan dengan 'tauge tauge' yang menjadi ayat ayat irama biola kami. Guru yang mengajar di import dari luar, dan Sekolah terpaksa membayar Rm40.00 kepada Guru tersebut. Satu kos yang agak mahal . Selain itu, biola harus dibeli sendiri, dan hanya berbekalkan biola kakak saya, saya pun mulakan dengan harapan dapat bersama sama menaikkan imej muzik sekolah nanti.

Semuanya hanya sementara, di akhir tahun 1977, Orkestra King Edward VII dibubarkan, kerana kos yang tinggi. Yang tinggal hanya Kumpulan Pancaragam Sekolah . Jadi setakat itu sajalah persembahan saya.

Sempat juga saya menaiki pentas di Dewan Bahasa dan Pustaka, di akhir tahun 1977 mendendangkan lagu Latiff Ibrahim - Mengenang Dikau Kembali , dibawah kelolaan Pakcik Jamil Kerdil. Ada sesiapa yang ingat kepada Pakcin Jamii ni? Dai Juruhebah RTM yang popular di tahun 70an terutamanya kepada anak anak sekolah.

Semasa memasuki alam sekolah menengah ni, setiap pelajar dimestikan berpesatuan. Setelah Orkestra dibubarkan, saya yang sememang bukan ahli sukan ni, mula memikirkan, dibawah persatuan apa yang saya boleh bernaung. Yang mudah, Persatuan Bahasa Malaysia dan Agama Islam. Jadi bernaunglah saya disitu, bersama aktiviti aktiviti yang disediakan guru , iaitu Puan Azwa . Bermula dengan bahasnya, pantunnya, puisi lah pulak, sajak gurindamnya, saya hanya ikut ikut aje didalam perahu, tak minat sangat, sambil sambil lewa aje mengisi jadual harian.

Tup tup, bila menghampiri hujung tahun aje, setiap persatuan diharuskan memberi persembahan di pentas, hmmm, saya mula menunjukkan minat. Waktu itu yang aktif didalam Persatuan Bahasa Malaysia ni , Badrul Hisham, Yem, Azhar Shaharuddin, tapi, bila diasak naik ke pentas, mereka menolak. Jadi hanya yang beberapa kerat ni aje yang 'daring' untuk keatas.

Bermula dari watak temudaga menjadi pembaca berita, yang dibawa oleh Azhar Shaharuddin , ke lakunan dan nyanyian , semuanya di satu'package'kan. Pada awalnya lagu GoodBye Girl nyanyian David Gates menjadi lagu persembahan saya, tapi dikritik keras oleh rakan rakan. Maka bertukar kepada lagu Bob Tutopoli - Widuri .
Lakunan latar oleh Wizan sebagai Widuri , dan Zairul Hisham sebagai heronya.

Dipermulaan lebih kepada lawak jenaka anak anak yang baru akhil baligh, saya pun dah lupa sketsa apa yang saya dan rakan rakan buat , sepertimana foto ini.
Badrul dengan waak sebagai pembaca berita, Azhar dengan berita sukan dan Kajicuacanya. Skrip kami sendiri reka reka. Dan sepertimana P Ramlee, saya menjadi Hostnya.


Mior Ariffin(asal dr Lenggong jugak ni) , Saya, Zairul Hisham(kini di Ipoh) Mohd Hairani ( di Kuala Lumpur)


Yang saya ingat keistimewaan Zairul Hisham, dia pandai menari gaya John Travolta dan jugak School runner pecutan 100m . Saingan utama beliau masa itu ialah Azizun (junior) yang jugak asalnya dari Lenggong.

Mior Arifin, rasanya masih di Taiping, memang dah tak bertemu melebihi 28 tahun dah. Dia duduk di Simpang , sekampung dengan Marzuki dan Azhar Shahrudin? Marzuki terakhir jumpa di atas gerabak keretapi, menghulur 'ketip tiket' mahu di ketip tiket saya, di tahun 1986- 1987, masa tu saya penumpang setia KTM .

Mohd Hairani bertemu terakhir di Re-union Sesudah 23 Tahun...... Ni pun rakan nakal nakal waktu meningkat remaja dulu.

' Dan dipersilakan Widuri naik ke pentas ' Habih, nak buat macam mana? Mana ada pelajar perempuan di King Edward, yang ada kakak kakak Form Six aje.

Siapa interview siapa ni?

Dewan gamat sebaik saja Widuri menasuki pentas, yang menjerit , bersiul . bersimpang siur. Yang saya tak tahan melihat muka Miss Ong , Puan Azwa kemerahan menahan malu(?) lucu.
Dan abang abang senior esp Raja Pecut Sekolah K Ganesh, yang kami lawakkan nama beliau menjadi K Ganas.

Menyanyi dengan penuh perasaan tanpa 'mike' supaya jelas setiap lirik didengari dan lakunan 'Widuri' dan Zairul seiring dengan lirik. Menjadi gamat bila lirik - 'sateleh kutahu apa yang terjadi ' dan 'bukalah pintu hati untuk ku' . ' Widuri' dengan selamba menggayakan watak dan Zairul sebegai heronya pulak .....aduh, gamat dewan petang tu.

Ke esokkannya, heboh satu sekolah, ada yang memuji dan ada yang 'perli' . Adatlah. Tak kisah, yang penting suasana ceria dipenghujung tahun.

Tapi, saya masih teruja hingga kini bakat bakat senior dua tahun dari kami, yang mempersembahkan tarian dan nyanyian dari filem Grease . Watak utama John Travolta adalah budak asrama yang menari dan menyanyi lagu Grease Lightning sepertimana John Travolta menari diatas arena stadium lagu tersebut, penari penari latar semuanya lelaki dan 'a few' kakak tingkatan 6 yang berpakaian ala 60 an, memang mereka berbakat.

Keaktifan saya berpentas terbawa bawa ke alam pekerjaan saya, cuma dah mula slow bila berpindah ke utara ni.



Rasmadi , Prem , Daud, Riduan ,Zulkifli Bahrain
Saya , Zainal , Radhi

Ini suasana dorm asrama King Edward. Tingkatan 4 . Rasmadi guru di Kelang? Tak pasti. Daud di Kuala Lumpur, Riduan di Kuala Lumpur, Zainal di Shah Alam(Uitm?) Saya dan Radhi di Sungai Petani.

Roslan, Saya, Rosli dan Nazri. Tingkatan 5Sc1

Roslan dimana ek? Terakhir dengar di Uni Tenaga? Rosli masih di Jitra? Nazri kawan ketat masa Tingkatan 4-5, masih di Ipoh.


Saya berkesempatan menginap di asrama dari tingkatan 3-4 . Sekejap, bercampur suka duka, tapi, rata rata saya tidak berminat anak anak saya memasuki asrama di alam persekolahan mereka. Ini foto pelajar asrama tingkatan 4 tahun 1980 . Warden Asrama Cikgu Harun aka John Lord. Memang terkenal dengan watak 'cengei' beliau, tapi, rata rata, kami semua menjadi 'orang'.

Terakhir jumpa Cikgu Harun 2002 di dearah tempat saya bekerja. Makan tengahari bersama beliau dan keluarga beliau, syukur, dapat belanja Cikgu Harun sekeluarga. Saya hanya memberitahu nama saya Latif, dan beliau terdiam memutar memori dikepala beliau.

' Abdul Latiff Janaton Hariri ya? ' itu yang terpancul dari mulut Cikgu Harun .

Apa yang boleh saya katakan lagi?

(?), Hatta, Rasmadi,Hatta,Nazir, Kadir, Jamal,Dollah(?)Solihin,Rosli.,Khairul
Aziz, Roslan,Fathi, Akmar,(?), Bahrul,Radhi,(?)Fadhil,Zawaher, Shamsul,Daud,Hariri, Zainal,McHelm(arwah)
Nazri,Saya, Zul , Ust Wahab, Cikgu Harun, Cikgu(?), Mohd, Shaharudin, Azmi,Megat, Hashim



Saya ditangga bas bersama Amir Hamzah(Amir ni ND Lala ke?} anak Polis Taiping
Khairul, Fathi,Alias, Bad, Aziz(arwah)
Ini kenangan rombongan Kak Kiah ke Kuala Kangsar, pertandingan akhir Negeri, 1979 Ragbi. King Edward vc MCKK . Juara Negeri lagi


Khairul, Zainal, Rasmadi. Roslan, Arumugam, Shamsul Kamal, Singh, Nazri
(?) Jamal, Suhaimi dan saya. Tingkatan 4sc1 1980

Gambar diambil ditahun 1980 dihari akhir saya bertukar ke Clifford untuk sehari .
Kenapa sehari ek? Guru Kanan Clifford 'reject' saya, dengan alasan King Edward lebih baik didikannya untuk saya. Masuk semula ke King Edward di kelas yang sama. Semua ni gara gara banyak bermain yang membuat Bapak marah dengan prestasi saya.

Sebenarnya masih banyak foto kenangan remaja dan dewasa bersama rakan rakan King Edward yang tersimpan. Nantilah, perlahan lahan akan saya 'singkirkan' dari album buruk saya ni kedalam blog . Foto reunion Sesudah 23 Tahun, reunion SRJK(I) Lenggong pun masih banyak tersimpan. Foto SRJK(I) Lenggong bersama guru guru pun ada lagi. Cuma masih mencari dari rakan rakan SMDA foto anda semua meniti zaman remaja anda.

Moga masih ada usia yang tersisa untuk bertemu muka


Latiff Hariri
1327 01062010
Sungai Petani

No comments: