Bee Gees

Tuesday 27 April 2010

Anggur dari Sik, Gula-Gula di Hulu Selangor

Sebahagian dari Pekan Kecil Sik
Gunung Jerai dari arah Sik/Jeniang, yang mahalnya kat sticker KE tu...
Sebut nama Sik, saya akan terkenang Dato' Shahnon Ahmad, mungkin juga bukunya yang terkenal itu seakan akan nama pekan ni. Yang tak tahu Sik dimana, ini petanya. Dari susur keluar lebuhraya Plus Gurun, terus ke pekan Sik , kira kira 45km dari Tol Gurun. Saya ke sini Ahad lepas, kerana jemputan kahwin, anak buah kepada Abang Mat. Di Kedah , resepi utama kenduri kahwin ni, Dging rebus air asamlah, saya pulak kurang berkenan menu ni, tapi bedal ajelah. Tak ada foto yang saya ambil di majlis ni.


View Larger Map


Ya, ini keluaran Daerah Sik, Kedah Darul Sejahtera.
Insyaallah, akan saya lakukan lawatan secara rasmi dan fotokan ladangnya untuk tatapan semua.


'Kami kaya, duit banyak, apa saja yang Rakyat nak kami boleh beri' jelas penyokong kuat saorang ni.

'Tapi bang, itu bukan duit korang , itu duit rakyat', Maz mencelah dan menyambung, 'itu rasuah pilihanraya namanya'

'Siapa kata rasuah? Ini pemberian ikhlas, tak boleh samakan dengan Rasuah.'Abang Nal terus memberi hujahnya.

Yang lain memasang telinga dengan senyum menyampah, ternyata sorang dua aje yang senyum bangga dengan hujah Abang Nal ni. Menyampah bukan kepada Nal, lebih kepada keputusan berat sebelah di Hulu Selangor tu.

'Kita anak Melayu patutnya bersyukur , dengan kerajaan inilah kita dapat bekerja dengan majikan kita ni' Dah lain pulak topik abang Nal ni.

'Tengok dulu, kerajaan tetapkan 30% Melayu mesti bekerja dalam syarikat ni, sekarang mana ada lagi?'

Maz tak nak mengalah, selamba je herdikkannya kepada abang Nal, 'betul tu bang, nasib kita baik dapat kerja dalam syarikat ni, kalau kita kerja dengan syarikat tu, yang dulu nama Bumiputeranya cukup gah, dah lama kita kena VSS, dan kerja bawah adik N++++ yang dot dot dot tu'.
Abang Nal terus kemeja kerjanya, buat buat sibuk tanpa menjawab.

Suasana aman, mungkin sibuk semua agaknya, tapi, bila senyap , suasana jadi tak menarik. Seperti biasa, abang Nal yang terkenal dengan lawak nakalnya datang lagi merapati meja Maz, yang memang menunggu usikan abang Nal sorang ni.

'Korang kena ingat, kita berjaya sekarang ni atas dasar Kerajaan yang sedia ada', abang Nal memulakan topik barunya sambil mengunyah kerepek yang terletak diatas meja Raz.
'Tengok abang Latif kita ni, dah berjaya, masa belajar dapat biasiswa kerajaan, sekarang lupa diri, asyik hentam kerajaan aje dia.'

Eh, aku pulak yang dia tegur, ini sudah lebih.
'Minta maaf bang Nal, saya dari darjah 1 hingga Tingkatan 5 hanya dapat biasiswa FAMA aje tau. Biasiswa kerajaan tak main tau, buku teks pun beli sendiri tau.'

Marah lah ni. Hehehe, dengan abang Nal ni boleh serius dan boleh melawak.
Melihat saya menjawab serius, Maz yang pandai mematikan hujah abang Nal, terus menceriakan suasana yang mana , akhirnya abang Nal pulang ke meja kerjanya tanpa menjawab.
'Abang Nal, yang mamat ni betul dapat biasiswa kerajaan hingga Tingkatan 5', terus Maz menepuk bahu Zar, rakan disebelahnya, dan menyambung.

'Dulu, sekolah, Zar ni pandai, anak orang susah, jadi dia dapat biasiswa, abang Nal, tapi, sebab punca duit biasiswa tu datang dari hasil cukai judi dan arak agaknya, dia gagal SPM, itulah tak berkat, sekarang jadi Tukang Sapu ajelah'

Ketawa satu pejabat mendengar usikan Maz.

Ini yang saya cemburu setiap kali bertembung dengan mereka ni!!

Tak dapat kemana petang Ahad ni gara gara hujan ribut di Sungai Petani.
Tengok langit ajelah......

Latiff Hariri
2142 27042010
Sungai Petani


No comments: