Bee Gees

Thursday 7 January 2010

PADANG-40HARI SALEPAS GEMPA 30 SEPTEMBER 2009

Satelah 40hari gempa, kira kira awal November 2009, saya bersama rakan saya, Wan dan Hafiz berkesempatan menziarahi mangsa gempa dan juga rakan taulan dan sanak saudara. Cerita lawatan kami terpapar dalam Rahmanhariri.blogspot.com, dan tak perlu diulang lagi, cuma mahu direkodkan serba sedikit foto peribadi didalam blog ini.



Ada yang belum pernah makan telur penyu atau tuntung? Telur ini mudah didapati dipasaran gelap di Sabah pada harga 80sen sebiji, 4 tahun lepaslah, sekarang tak tau pulak, sebab dah lama tak ke Sabah. Telur ini dijual secara terbuka disepanjang pantai padang. Harganya mengikut size, yang kecil RP5000, yang besar Rp7000, atau
RM1.80 ke rm2.50 . Wan dan Hafiz gagal menelan bola pingpong ini



Zul, bersama anak sulong kesayangannya. Zul adalah anak kpd Cikgu Yus, kenalan saya sejak dr 1997.


Bersama Kak Yus di Puncak Lawang. Dibawah adalah Danau Maninjau. Kak Yus bekas Guru Besar SD No1, Ambacang, Padang. Mula kenal gara gara menjejak Siti Nurbaya , kisah Novel percintaan Remaja sekitar tahun 30an kalau tak silap, karya Marah Rusli.
Di abad ini, Bila Cinta Bertasbih jadi kegilaan anak anak remaja saya pulak.






Berfoto di lereng gunuang, tempat gempa bumi dimana seluruh kampung serta anak anak yang sedang mengaji Quran berkubur. Alfatihah untuk mereka , moga ditempatkan di Jannah


Pantai Air Maneh , atau Pantai Air Manis, dimana terletaknya batu Kapal milik Malin Kundang aka SiTenggang, yang bulat tu separuh dr kapal yang pecah, dimana si Malin Kundang sujud momohon ampun dr ibunya.


Ini lah akibatnya, bila anak derhaka kepada ibu. Ada yang tak percaya pada kisah dongeng ini, tapi, kalau kita fikirkan, kalaulah kita berada di zaman Si Tenggang, dan kita bercerita pd dia ttg abad ke 21, dimana kita boleh beli kapal selam dr Perancis tu, apakah SI Tenggang akan percaya? Sebab masa tu, kapal dia yang paling gah, tak masuk akal nak beli kapal selam ni.Hehehe, maaf ya, bapak bapak, ibu ibu.

Padang 9/1/2010

Sekarang ni dilobi Hotel Bonda, kira2 200 m dr Hotel Ambacang. Hotel tu dah jadi sejarah, tapaknya dah diratakan. Ada dua cerita menarik nak dicatatkan disini:-
Bertemu dgn Boss VVIP tempat saya bekerja, bersama isteri, mertua , ayah dan ibu beliau
di Hotel Royal Denai. Walaupun dia tak kenal staff yang beribu, tapi sekurangnya saya kenal dan bersapa jugak dgn Bigboss ini. TQ Boss.
Kedua, lapuran berita di TVOne Indonesia ttg tunjuk perasaan di Malaysia.
Begini lebih kurang apa yang dikata pembaca berita jam 6 pagi tu.

'Di Kuala Lumpur terjadinya unjuk rasa oleh umat Islam kerana membantah penggunaan Allah oleh penganut Kristian. Pada awalnya pihak Polisi Malaysia memberi amaran keras kpd Penunjuk Rasa supaya tidak berkumpul, tetapi tiada penangkapan dibuat pada akhirnya unjuk rasa. Menurut Penganalisi Politik Ibu......, (dan ibu itu memberi komen dlm TVOne, lebih kurang begini, " Ramai percaya ini adalah permainan Politik Umno yang mahu meraih simpati dr orang2 Melayu....., berbeza dgn PAS yang lebih terbuka dalam penggunaan perkataan Allah.....)
Penganalisa Politik Wanita ni, walaupun terkenal, tak pernah 'On Air' kat RTM dan TV pun, tapi, kagum dgn keterbukaan media Indonesia


Latiff Hariri
Padang, Sumatera Barat
1740wib,9/1/2010

No comments: