Hari ini hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Abdul Halim Mua'adzam
Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang ke 82.
Daulat Tuanku. Moga dirahmati dan diberkati sepanjang Usia Baginda.
Tiada berdecek langsung sepanjang Kedah Sejahtera ini, cuba cuba juga cari kelemahan pentadbiran kerajaan Negeri melalui golongan Dulu Kini dan Selamanya, tapi yang didengar hanya, mereka rasa lebih selesa dgn apa yang dibawa oleh Datuk Azizan. Kalau ada yang tak setuju dgn apa yang saya katakan ini, sila silalah kemaskini cerita sebenar sepanjang pentadbiran Kedah Sejahtera ini, kepada saya. Kalau ada pun, isu sampah di taman taman perumhan Sungai Petani ni, yang agak sedikit penambahbaikan kualiti kerjanya.
Yang menjadi topik saya sepanjang 15 hari 2010 ni, tak lain tak bukan , hadiah dr kerajaan Persekutuan sempena sambutan tahun baru ini. Kenaikan Harga Gula . Maka Kementerian Kesihatan pun mencanangkan peratusan pengidap penyakit yang berkaitan dgn gula. Maka rakyat pun terima ajelah apa jua momokkan kerajaan.
Berita The Star hari ini - Fuel Cap .Mcm berjangkit dari gula, maka kajian pun dibuat, setakat mana kemampuan rakyat berbelanja untuk pembelian minyak petrol.Ini tanda tandalah ni, dalam masa terdekat ini 'tak akan' ada kenaikan harga petrol.
Sememang dah terdengar sepanjang setengah bulan pertama ini, harga petrol akan dinaikkan lagi pada Mac 2010 . Hmm, dulu masa gula berkurangan, mati matian kerajaan nafikan yang harga gula akan dinaikkan dlm masa terdekat, rupanya dekat 2010 baru dinaikkan.Mengapa harus bandingkan harga petrol kita dgn Indonesia, Singapura dan Thailand. Kita ada lah pengeluar minyak sendiri, kita sepatutnya menikmati hasil dari bumi kita.
Dan yang dikongsikan untuk hari ini, adalah isu rakan rakan sekolah, yang dizaman persekolahan mereka sudah terserlah 'kepimpinan' mereka untuk menjadi pemimpin.
Tiada yang dibangga oleh saorang guru, apabila anak muridnya berada di pentas hadapaan pentadbiran kerajaan mahupun swasta, pasti dia akan memberitahu rakan rakan di keliling, yang pemimpin tersebut adalah anak didik beliau. Dan tak kurang juga yang zaman persekolahan terkenal dgn keahlian bersukan, terus kearah itu dan menjadi tokoh sukan negara.
Tetapi, apa yang hendak saya ketengahkan disini, adalah rakan rakan yang masa sekolahnya sudah terkenal sifat membuli atau suka mencari kesalahan rakan rakan lain, terutama yang lebih 'junior' dari mereka
Saorang rakan yang memang suka membuli pelajar, bila berjaya dlm kariernya , terus mambuli rakyat disebabkan berjawatan Penguasa. Masa di sekolah, murid murid junior akan membelok kearah lain jika bertembung dgn beliau disebabkan jawatan Pengawas beliau. Tak kurang yang kena penampar percuma, gara gara melawan beliau. Akhirnya beliau berjaya menjadi Penguasa yang berkuasa terhadap orang awam. Maka sikapnya terbawa ke alam dewasa beliau, dan terjadilah kes rakyat didera hingga membawa maut.
Hmmm, dengar cerita kes ini diselesaikan diluar, dan dia serta anak anak buah yang terbabit di minta berundur secara baik. Kiranya kena buang kerjalah. Tetapi sepanjang
tempoh rehat beliau, masih mampu berkeretakan BMW dan Superbikie kesana sini, serta tak pernah miss bayar ansuran bulanan kenderaan mewah beliau.
Satelah kes tersebut agak reda, beliau kembali menyandang jawatan yang tak kurang juga kuasanya , dalam sebuah jabatan kerajaan. Moga beliau insaf.
Dan yang terkini, bila mereka yang berkenaan dengan Undang Undang, dengan sewenang wenangnya menghina golongan Orang Kurang Upaya, disebabkan dia bertaraf Pegawai Undang Undang Kanan , dengan sewenangnya menggunakan Kuasa serta telunjuk Pemerintah yang kejam, gara gara sudah berstatus dan berkuasa.Amat memalukan . Apakah Guru2 beliau sekarang ini, masih mencanang, itulah anak didik saya!!
Hmmm, saya agak sentimental dgn alam persekolahan saya, tak kira zaman kanak kanak, mahupun zaman remaja. Sekarang baru terasa, mengapa ada rakan rakan sekolah yang tidak mahu hadir disetiap perjumpaan tahunan bekas pelajar sekolah.Jenuh saya pujuk dan umpan dgn nama nama mereka yang rapat akan turut hadir, taubat, tak pernah dia datang.
Dengan ini juga saya memutuskan untuk tidak lagi menjadi ahli kepada Presiden Bekas Pelajar Asrama King Edward VII, kerana malu dipimpin beliau.
Dan yang saya masih kagum , pada rakan rakan yang berjawatan guru, pegawai2 pentadbir , mahupun kerajaan atau swasta, walau pun berkelulusan tinggi, masih merendah diri dan tiada keangkuhan sepanjang saya bersama dengan mereka . Tabik dan salam hormat yang tidak terhingga dari saya.
Mungkin kenyataan ini agak emosi, tapi, berubahlah demi kebaikan agama dan bangsa.
Tunggu kehadiran foto foto Reunion Sesudah 23 Tahun, batch 77-81, SM King Edward VII Taiping nanti. Kita kritik rakan rakan dan pemimpin sebab kita sayang, kalau kita buat hal sendiri dan tak mahu bersuara, makna, kita dah meluat, agaknya begitulah yang dirasa oleh rakan rakan saya yang tak pernah hadir setiap kali diadakan perjumpaan tahunan.
Latiff Hariri
1025 pagi,17 Januari 2010
Sungai Petani, Kedah.
No comments:
Post a Comment