Bee Gees

Saturday 17 March 2012

Getah di Keningau

Selesai makan tengahari ni, kami bergerak ke persimpangan Bingkor. Jalannya menuju ke Api Api, atau berpatah balik menuju ke Kota Kinabalu. Tak jauh pun, masih didalam daerah Keningau, saya kira sekitar 10km. Saya memandu, ikut aje arahan, dan tak tahu arah tujuan sebenar, nak ke mana? Sekitar 10 minit sudah berada di sini. 


Oh, panasnya mentari, tapi, bukankah ini tujuan sebenar kami ke Sabah?

Pusat Pengumpulan LIGS, Keningau.

Harga pasaran getah ,02/03/2012

Wakil dari Semenanjung , Najib Ahmad ingin mendapat kisah sebenar industri getah di Negeri Sabah, terutamanya Keningau.

Sekitar 20 buah 4X4 yang sarat dengan kepingan getah dan ketulan, menunggu giliran untuk ditimbang.

Kami disini sekitar satu jam, dan bergerak semula mengarah ke bandar sekitat 345 petang.


Kali ini kami mengarah ke Pekan Sook, kira kira 40km dari Keningau.


Ini pun , saya tidak tahu arah tujunya kemana dan siapa yang dicari. Semuanya atas arahan abang Ibrahim Ali ni.


Sekitar 430 petang kami disini,  kira minum petanglah.
  
Minum petang di Restoran Sri Sook.

Kami menanti akan hadirnya biras kepada Abang Ibrahim Ali ni. Ternyata beliau masih berada diluar kota. Sekitar puku 530 petang, kami bergerak pulang ke Keningau.

Jaraknya dari Keningau ini sekitar 45 km. Jalan ini merupakan jalan alternatif untuk yang mahu ke Pantai Timor Sabah, paling tepat ke Tawau. Dari KK - Tawau, perjalanan dengan 4 x4 mengambil masa 8 jam!!

Kalau dengan kereta biasa, sila congak sendiri.

Sekitar 6 petang kami sudah berada di bandar Keningau. Hantar Abang Ibrahim Ali ke stadium, dan kami terus cek-in hotel yang berhampirang simpang Balai Polis itu.

Jalan OKK Sodoman, dimana terletaknya hotel budget kami itu. OKK tu Orang Kaya Kaya

Cuba nak lelap, tapi tak boleh, mandi, menonton berita TV dari TransTV Indonesia , dan kami pun terus bergerak keluar sekitar pukul 730 malam. Keadaannya seperti sudah pukul 830 malam. 


Gerimis di Keningau, kami berlari lari anak menyeberang jalan. Saya hanya mengekori mereka dari belakang, tak tahu pun kemana pun. Yang pasti, kami nak makan malam. Moga moga makan malam ini sesuai dengan selere Semenanjung.


Hm, bersebelahan dengan Public Bank rupanya restoran ini. 


Maaf, saya dah lupa namanya restoran ini.

Menanti akan siapnya makan malam kami ni, memang saya dah lapar ni.

Saya dan Abang Ibrahim pesankan ikan bakar spesis Ikan Sebelah, serta sotong goreng cabai kering, dan sayur kangkung goreng belacan.


Satu yang saya tak tahan dengan makan di Sabah ni, setimbun nasi diletak kedalam setiap pinggan, seakan akan yang memakannya buruh paksa kontrak yang bekerja 24 jam tanpa henti, hahaha.

Sotong goreng cili kering

Ikan Sebelah dibakar.

Memang sedap masakan malam ini. Saya sering juga membeli ikan sebelah ini di Pasar Sungai Petani, tetapi dari spesis yang senipis tapak tangan itu. Saya senang goreng garing dan disambalkan sahaja. Sotong yang spresis  apolo ini pula, selalu sekadar bersambal sahaja, bukan menu cabai kering ini.


Markah penuh 10 saya berikan kepada restoran ini dengan menu menu yang kami makan malam ini.

Memang  peel begini, kalau dah ngantuk, saya tak akan sorok muka yang toye ini

Dah kenyang, mulalah mengantuk. Saya kira malam ini kami lebih ceria dan terbuka berbual dengan Abang Ibrahim Ali. Semua kemusykilan kami ketengahkan. Saya bukanlah faham sangat dengan getah ni, sebab getah 25 batang di kebun itu pun di toreh ikut musim, rasa rasa ada harga,  baru orang kampung minta kebenaran menoreh, saya ambil duit aje.


Jadi, supaya masa mereka tidak terbuang dengan soalan soalan bodoh saya, lebih baik saya saya mohon diri, hahaha. Tanpa segan , saya minta diri, sedangkan mereka sedang rancak berbual.


Berlarian didalam gerimis.


Dikamar saya terlena seketika rasanya, bila sejam kemudian Najib mengetuk pintu, dan saya tersedar dari mamai saya. 


Abang Bacho pulang pukul berapa pun saya dah tak peduli walaupun terdengar suara beliau semasa beliau memasuki bilik.


Bukan apa , sebab malam sebelumnya pun, tidur tidak mencukupi, jadi malam ini saya mahu tumpukan rehat secukupnya, sebab esok, mungkin perjalanan akan lebih jauh, atau terus pulang ke KK sahaja.


Latiff Hariri
1938 13032012
Sungai Petani

No comments: