Bee Gees

Wednesday 28 March 2012

Malam Akhir di KK

Kami bergerak pulang ke bandaraya KK. Seakan akan hendak hujan, tapi, saya arahkan teksi berhenti di hadapan Hotel Promenade supaya Najib dapat nikmati keindahan sepanjang laluan ke Hotel penginanapan kami nanti.



Berangin petang ini.

Kiranya seakan akan Dataran Merdekalah disini, tanpa padang hijaunya

Pulau Gaya
Bersebelahan dengan tapak pasar malam dan Pasar Filipina itu

Suasana senja di pasar malam yang beroperasi setiap malam.

Najib teruja untuk mencuba.

Kami pulang sekitar pukul 645 malam, sudah agak gelap. Mertabak dan kepak kepak ayam yang disataykan, menjadi makanan kami di kamar malam ini.


Sekitar pukul 9, kami keluar lagi, kali ini mencuci mata dengan butik butik mutiara dan keronsang ini. Harganya adakalanya murah 100% dari yang dijual di Pasar Filipina itu!

Yang ini , kalau pandai menawar, sekitar RM5.00 sahaja, di luar sana RM10 atau lebih

Cincin emas celup RM5-8 sahaja, diluar RM10 - 20 mengikut ukuran jari.

Selesai membeli di butik persekitaran hotel penginanpan kami, kami bergerak ke Kg Air sekali lagi, untuk melihat lihat pasar malamnya di situ pulak.


Sama sahaja.


'Key chain' yang agak unik dan pelbagai, tapi.....made in Thailand yang banyak, dari Sabahnya kurang.

Pengalaman makan tak tentu hala ini mula Najib alami, itulah, saya tak galakkan anda mencuba makanan di Pasar Malam bersebelahan Pasar Filipina itu. kalau nasib baik, tiada masaalah, tapi, kalau kena yang tak sesuai dengan perut kita, masaalah jadinya.


Saya sambung makan malam sendirian tanpa Najib di restoran berhampiran.


Kira malam ini bebas dengan acara sendirian.


Latiff Hariri
0638 21032012
Sungai Petani

No comments: