Bee Gees

Sunday, 13 March 2011

Pokok Petai Menangis Malam

Jalan masuk ke kampung ini dah lah kecil, jadi bila ada kenduri kendara, kereta tetamu harus diparkir agak jauh dari rumah pengantin.

Ini semua biasalah, nama pun kampung, tak kan nak ada lebuhraya pulak.

Tapi saya pelik jugak, mengapalah kereta kereta kaum Tionghua ni banyak pulak memasuki kampung ni?

"Depa pi tengok Pokok Petai menangis, sebab tu ramai". Wan memberi penjelasan.

La, saya tak tahu pun kisah ini. Katanya , dah kuar kat Metro dan surat khabar lain. Saya ketinggalan dalam hal ini. Walaupun ada mendengar secara sedar atau tidak, rakan rakan berkisah tentang pokok menangis, tetapi saya tak ambil pusing langsung.

Kampungnya Lembah Raja, berdekatan sempadan Padang Serai Kedah, tetapi didalam Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang. Kira kira 10 km dari sempadan Sungai Petani.

Tuan rumah yang memiliki pokok ini.

Pokoknya biasa sahaja, tapi, bila malam air akan menitik dari pokok ini saolah hujan

Tak boleh jemur kain, tapi, malam nak jemur apa?

Ok, jangan main main dengan alamsemulajadi ya. Dah kehendak pokok itu begitu, mengapa pulak nak dipuja dan disembah!!




Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, cepat bertindak dengan melekatkan poster ini disekitar pokok dan rumah berdekatan



Tiada niat saya untuk membesarkan isu ini, sekadar, saya dah tersampai ke dalam kampung Lembah Raja ini, saya warwarkan ajelah.

Hari ini sahaja ada 2 kenduri kahwin. Dua dua saya hadirkan diri.

Latiff Hariri
2025 13032011
Sungai Petani

No comments: