Bee Gees

Tuesday 30 July 2013

Jumaat 12 Julai di Sandakan

Jumaat ni, pagi pagi kami dah masuk pasar besar. Hari ni harap harap ada terjual ikan ikan yang berlainan dari hari semalam. Kelmarin dulu saya dah beli Cencaru, Udang , kerapu dan ikan merah. Hari ni harap ada jenis yang lain masuk kedalam jaring kami .

                           
Pari gergasi....terlupa nak tanya harga (maaf foto terbalik)

Udang RM16.00/kg

Rumpai laut - RM1.00

...yang telah dikeringkan, RM8.00

Malam ni berbuka dua keluarga

Saya sukakan acara berbuka puasa ini. Tak terfikir pada usia begini dapat berpuasa di Sandakan dan dapat berbuka puasa dengan abang Baco sekeluarga. 

Gembira dalam sedih, sebab esoknya dah nak balik.

Abang Bacho sekeluarga tiba sebaik selesai azan Maghrib. Kira saya dah pekena bubur lambuk semangkuklah sebagai pelapik perut.

Doa selamat dan kesyukuran dimulakan oleh Wak, jiran abang Baco ni.


Minum air dahulu.....

                            
Baru nak menjamah nasi.

Hm, saya tak pasti samaada tetamu malam ini , makan laju atau perlahan. Yang pasti memang dah niat untuk diberi lebihan masakan ini untuk dibawa pulang.

Dalam seronok berbicara ini, tiba tiba kami dikejutkan oleh hiruk pikik di luar rumah. Saya dan Abang Baco keluar untuk mengetahui apa penyebabnya.

Dalam kelam maghrib menghampiri Isya' ni, rupanya ada kebakaran. Kelihatan asap putih meyelubungi kelam malam.

Kami agak aje, sekitar 5-6 blok dari rumah kami ni.

Saya kerahkan Izzuddin menyiasat.


Rupanya ....hanya 2 blok bersebelahan.

Bomba tiba sejurus kemudian.

Api dapat dikawal setengah jam sebaik Bomba tiba.

Diberitakan rumah kedua dari lot hujung ini tiada orang didalamnya. Begitu jua dengan rumah hujung yang dimiliki warga Cina, sedangkan yang terbakar itu adalah milik orang Melayu. Bila jiran Cina tersebut mengganggu kerja kerja Bomba dengan mengarah pihak Bomba memancut air kerumah beliau sama, akhirnya air pancutan itu diarahkan kepada warga Cina tersebut.

Terkedu kau!!

Kesimpulannya, jangan ganggu kerja kerja Ahli Bomba.

Sebaik selesai kerja kerja memadam api, saya kira sekitar pukul 10 malam, dikhabarkan berita duka, saorang ditemui mati dirumah tengah itu. 

Saya tiada bertanyakan lagi tentang kisah selanjutnya hingga kini.

Tiada tenaga elektrik untuk seketika. Jadi, kami bergelaplah.

Dalam gelap rumah ini pun, sempat satu kejutan dilakukan untuk saya  sempena ulangtahun saya yang ke 49 , dilakukan oleh anak anak saya.

                             
Berfoto dalam gelap.

Kek dah mula cair dek kepanasan malam....

Malam ni, kami berborak sahingga pukul 1230malam. Bercerita tentang masa hadapan dan hala tuju anak anak.

Tidur lewat jam 1 pagi, bayangkan sahur pukul 4, subuh pukul 445 . Dah tu pukul 7 pagi Sabtu 13haribulan Julai ini, kami sekeluarga nak bergerak semula ke Kota Kinabalu.

Harap saya dapat memandu dengan cermat esok pagi.

Latiff Hariri
1808 29072013
Sungai Petani

No comments: