Bee Gees

Thursday 4 July 2013

Akaun Kebun Jun 2013

Ini lapuran akaun kebun saya untuk bulan kelima 2013. Akaun perniagaan ini mula dibuka pada jualan pisang yang pertama di bulan Februari 2013

Aktiviti saya lebih kepada mengutip buah durian yang mula luruh. Memang saya tak kira berapa yang luruh, puratanya setakat kini sekitar 200 biji lebih dari 3 pokok. Sementara itu ada lagi sebatang pokok yang buahnya tak gugur gugur. Keseronokkan mengutip durian, melupakan seketika akan hasil buah pisang, hingga ada buah pisang yang ranum, sudah dimakan burung!

Ok, hasil jualannnya adalah RM891.50 . Peratus pencapaian 89.15%

Memang saya dah usaha yang terdaya. Saya tahu boleh capai RM1,000.00 , tetapi entah mengapa ada sahaja halangannya. Selain dari kemarau, pokok tumbang. lebihkan jualan tebu dan sebagainya, tetap hasilnya dibawah RM1,000.00.

Nak kata apa? Alhamdullillah.....

Ini cartanya hasil jualan untuk bulan ini.

Jumlah setakat April 2013           Mei         % +_          June      

Berangan                                 RM696.70                   RM443.40  
Nangka                                    RM299.50                   RM162.00
Emas                                        RM    7.20                   RM  88.90   
Awak                                        RM  13.20                   RM  85.70
Tebu                                         RM  17.00                   RM111.50
Serai                                                  

Jumlah                                     RM933.60      95.49     RM891.50

Saya juga membelanjakan RM85.00 untuk baja buah dan racun rumpai kopi-o RM38.00.
Jumlah perbelanjaan RM123.00 . Isteri saya mencadangkan setiap perbelanjaan gunapakai sahaja wang hasil kebun ini. Saya masih belum berminat kerana saya mahukan jumlah penuh tanpa menolak perbelanjaan.


Padi dah mula hijau hijau kuning. Pengalaman kemarau sepanjang Mei dan sebahagian Jun membuat otak saya berputar ligat bagaimana caranya untuk saya atasi supaya bekalan air mencukupi dalam keadaan dana yang kecil. Sudah saya jelaskan, saya tidak akan membeli mesin pam air selagi tiada bangsal dibina dipinggir taliair bersebelahan.

Akhirnya , ini jawapan saya.

Korek lubang kat parit dan masukkan paip pvc.
Jadi pagi Sabtu 22 Jun, si Zul datang sendiri dengan motosikalnya menyerah diri.....

Tanah dikorek untuk laluan paip pvc.

Ini kerja si Zul menggerudi tanah dengan chalk. Memang mengeluh panjang adik yang baru kawin ni, hehe.

Parit saliran untuk bendang yang akan penuh pada musim menanam padi. Parit ini memanjang dihadapan kebun saya sekitar 300m


Nangka....isinya tak seberapa manis, tapi lemak yang lebih.

Upahnya untuk Zul selepas selesai mengorek tanah. Kena panjat sendiri , dan dapat sekitar 8 biji nangka.

Cili burung yang tumbuh meliar. Memang power gila cili ni


Antara pokok pisang yang tumbang.

Kejadian ribut yang melanda utara terutamanya pada hari runtuhnya menara telekomunikasi di Menara Umnu di Pulau Pinang itu, kebun saya juga terkena tempiasnya,

Saya tidak kerugian apa apa. Sekadar 30 pokok pisang tumbang, bukan patah pinggang..
Tak terdaya untuk saya mengangkat semula pokok pokok yang tumbang itu. Dari 30 yang tumbang, 3 sudah berbuah dan hasilnya terus saya jual. 

Musibah ini saya anggap kecil berbanding dengan apa yang orang lain alami.

Sasaran bulan bulan medatang tetap RM1,000.00 . Cuma saya jangkakan tebu akan memberi pulangan yang melebihi RM500.00 kerana bulan Ramadhan. Sedangkan akan berlaku penurunan dari Berangan kerana kemarau yang panjang membantutkan pengeluaran jantung pisang seterusnya penghasilan buah. Saya jangkakan pisang Nangka dan Awak akan memberi sedikit peningkatan. Dari jangkaan ini, saya pasti sasaran RM1,000.00 masih realistik.

Puasa tidak akan menghalang saya dari beraktif di kebun......

Selamat menyambut Ramadhan AlMubarrak.

Latiff Hariri
2008 30062013
Sungai Petani

No comments: