Bee Gees

Monday 25 October 2010

Kunjungan Kasih-Rumah Panjang Serubah Hulu, Daerah Lubuk Antu

221010

Selesai acara sambutan rasmi dan taklimat, kami bergegas 'cek-in' ke bilik masing masing. Sepertimana di Kem Perissen, disini pun , rakan kelamin se-SRJK ditempat kat di banglo mewah, sementara Wak Joe menjadi teman 'tidur' Jeneral kita.

Dari ricky ricky yang diberitakan, Saiful drive sendiri ke Kem Pakit, dan akan tiba sekitar jam 2 ptg.















SiManggang nama dulunya, sekarang Sri Aman. Ini Villa kami untuk hari ini

Saya , Izzuddin , Rashi, Mokhtar dan Zulkifli terus ke Masjid .

Eh, hari raya ke?














Nak bersolat Jumaat pun macam nak beraya, siap berkawad lagi dgn drum berbunyi mengikut hentakkan kaki

Masjid pun didalam kawasan Kem. Sekali pandang dari luar masjid kayu ni, tiada apa apa keistimewaannya, biasa aje, Masjid kayu yang dah agak berusia .














Azan sedang dilaungkan. Saya yang kedua memasukinya, nyaman sebab aircon full blast! Hebat!













Bersalaman dengan Imam Kem Pakit, Hebat anak anak muda ni!!














RSM Kem Pakit yang memang pada awalnya teramatlah garang. Yang berkawad ni anak anak muda semenanjung, dari blok bujang . Saya anggar, rata rata berusia diawal 20an. Muka masih bersih dan senang dilentur. Tahniah anak bangsa, jasa mu dikenang!















Smart kan? Kiri kanan, kiri kanan, pulang ke asrama, tak pun menuju ke dewan makan

Kami dah berada didalam dewan makan Mess 13 RAMD ni jam 1330, jangkaan berlepas ke rumah panjang jam 1400 .

Acara makan bermula jam 1345. Gang bujang ketinggalan sebab selesai solat, dema gi kelik mandi dulu.

Menu tengahari ni daging kurma, ayam masak merah, kuah dalca, nasi tomato.

Waduh, bertambah tambah nasi kami, lauk pun siap bertambah! Sedap sungguh dapat layanan
dan makanan free ni!!














Macam mana nak ekspresi diri, bila melihat hidangan terhidang cantik diatas meja begini? Hotel 5 bintang? 6 bintang?














Jeneral kita diapit Izzuddin dan wak Joe dikanan beliau sedangkan Asri dan Saiful sebelah kiri.

Sementara menunggu rakan rakan yang lain tiba ke Dewan Makan tadi, sempat juga berbual dgn Awi, rupanya tekanan darah tinggi beliau meningkat.

Saya boleh agak gara gara tak cukup tidor dan mood terlalu excited menyambut kehadiran kami dari malam tadi. Selesai sambutan rasmi tadi, terus beliau ke Klinik Kem dan Kapt Doktor Fauzi sahkannnya. Saya agak risau kalau kalau Awi tumbang saje .

Makan dimulakan awal kerana mengikut rencananya, perjalanan akan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Rumah Panjang. Jen














Nurul Ain, Jamilah, Roziah dan Faridah













Dari kiri:- Kapt Firdaus, Kapt Zamri. Bang Yamin, Mokhtar, Rashi, Kapt Azlan dan yang beruniform..........(kena cek nama)
















Gang Bujang sempat bersolek dulu sebaik selesai Solat Jumaat, kira nak pasang badanlah, almaklum nak mengorat gadis gadis Iban di rumah panjang

Selesai makan menghampiri jam 2 ptg, dan kami terus menaiki bas ATM ni. Yang lain lain menaiki kenderaan masing masing.

Seronok bila ada bebudak SRJK/SMDA duduk dalam sebuah bas. Memang ketawa mengilai sepanjang jalan. Baru dapat merasai semangat rombongan Bang Awi ni.

Sedar sedar dah sampai aje ke daerah pendalaman ini.














Kami tunggu Kak Dah yang terlewat gara gara bertambah nasi hingga lupa nak cuci tangan

Bas bergerak jam 1445 petang dengan harap boleh sampai awal dan pulang awal.

Saya berani kata, hampir kesemua anak anak buah Awi , dari Pegawai Kanan hingga ke Prebet, terkejut besar hari ni, dan ada yang mengatakan kepada saya, hari ini merupakan sejarah, Tuan Pegawai Memerintah buat pertamakali menaiki Bas ATM.

Kira Pos Pengawal pun diberi amaran, Tuan ada dalam bas!!

Kira dia dah langgar pantang ni, almaklum, kawan kawan sekampung datang ni.















Inilah Rumah Panjang Serubah Hulu, kena lintas jambatan sungai serta memasuki jalan tanah merah. Kalau kita pandai pandai sendiri kesini, confirm tak sampai.

Saya sering ke Taman Mini Sarawak, tapi rasanya sambutan disini lagi hebat.















Bergambar dulu sebelum berjalan di ruai .Rumah ketua kampung ditengah tengah, tiada sambutan bunga manggar disini, kami pandai pandai jalan sendri.

Itu gambaran awal, tetapi sebaik selesai kami memeriksa sekitar rumah ini, baru kami disambut mesra oleh orang kampungSerubah Hulu dengan jamuan Teh, taklimat dalam bahasa Iban.

Walau pun bahasa berlainan. tetapi kata kata aluan tetap terselit bahasa yang mudah difaham.

Seperti terima kasih kerana sudi bertandang, minta maaf atas segala kekurang dsbnya.

Adat orang Iban ni menyambut tetamu harus dipuji. Awi ada berkata, mereka terlalu ikhlas dan tiada rasa iri hati sesama mereka apatah lagi pada tamu.













Awi, Saiful, bg Yamin, Latiff, Faridah dan Roziah. Wak Joe macam biasalah, selalu menghilang














Jamuan teh sebelum kata kata aluan dari Tuan Rumah serta ucapan balas dari Awie.

Sebenarnya masakan sudah tersedia didapur untuk tetamu, terpaksa ditolak dengan baik. Kami dihidangkan dengan 3 tarian dari Tuan rumah.



Kami dihidangkan teh o suam serta air cendol, pengganti tuak, oklah kan.

Selain itu, Yuan Rumah dah sediakan masakan, yang terpaksa Tuan Awi tolak, gara gara mengejar masa.

Kami dihidangkan dengan 4 tarian Ngajat untuk halwa mata dan terlinga
.

















Huuuu....haaaa..........sebelum nyirup.














Satu untuk kenangan. Waktu ni ceria sahaja


Saya kira, Asri agak kecewa kerana tiada anak anak dara diatas loteng
Fazrin masih tersenyum walaupun kehampaan


Klik dua kali pada foto untuk kepuasan sakan menatap wajah ceria Romeo Romeo dan Juliet Juliet Lenggong.

Kami akhiri lawatan disini menghampiri jam 1600 petang, selapas selesai pemberian tanda hati dari RAMD kepada ketua rumah panjang.

Bas bergerak agak perlahan, mungkin jugak tiada pick-up gara gara penumpang semua XXL .

Berpatah balik menghala ke Kem Pakit dan terus ke bandar Sri Aman.

Pertama kali kami kesini, jadi tak tahu macam mana nak cerita keadaan bandar ini, mungkin lebih kurang , atau besar sedikit dari bandar Kuala Kangsar.

Tiba dipersekitaran Sungai Batang Lupar jam 1700 . Agak redup. Tetapi, mengapa tiada kenderaan yang parkir dipersekitaran tempat letak kereta ni.

Saya jadi pelik, punyalah luas, hanya kereta kami dan bas ATM sahaja yang masuk selamba. Tiada bas pelancung serta pelancung disini.

Ada yang tak kena ni.


Latiff Hariri
2315 291010
Sungai Petani

No comments: