Bee Gees

Monday, 25 October 2010

Kunjungan Kasih - Kenangan Malam Pertama Bersama LT Kol Zawawi Adam

Pesawat AK6506 kami meninggalkan Pulau Pinang Jam 1850 senja, lewat 15 minit dari jadual asal, gara gara kerosakan kecil penghawa dingin.

Saya agak aje lah, mungkin 'Pilot' perlu lakukan 'Contro-Alternate-Delete' kat skrin komputer aircon tu, untuk proses permulaan semula.

Tapi yang menariknya Airasia ni, dia akan 'cover' balik kelewatan dan tiba tepat seperti jadual iaitu 2035 malam.

Saya dan Zulfikri kedepan bersama Izzuddin, gara gara tak mahu mis babak babak menarik nanti. Agak rugi kerana rombongan Kuala Lumpur tiba awal 15 minit dari kami, jadi babak babap menarik tersimpan didalam kamera RAMD dan Rasiyuddin.

Syukur, Tuan Zawawi kita gagal dalam percubaan meng'ambush' kami dari dalam boarding room, kerana saya dapat menghidu ,terus menyapa beliau dan memeluk tanda persahabatan muda ini masih kukuh( Saya baru 8 tahun berkawan dengan beliau, dan tidak pernah duduk sedarjah mahupun setingkatan).

Awie kemudiannya mengaku yang beliau berjaya meng'ambush' Faridah dari belakang didalam boarding room, hingga Kak Dah tak perasan yang beliau melewati Jeneral kita saorang ni.

Diikuti dengan Zul Talha memeluk rakan sekampung beliau ni.














Anda amati rakan SeGelok ini, ada persamaan tang mana?

Saya suka melihat foto foto yang dikandidkan, disaat pertemuan semula ini. Wajah senyuman ceria yang ikhlas, dengan senyum dan hilai ketawa. Kira gempar juga satu Airport Kuching ni.













'Jeneral' dikelilingi tetamu mengarah ke pintu keluar selesai berkenalan didalam boarding room. Semua ceria. Yang pasti , 'gang bujang' rombongan Kak Kiah ni, dah mula terasa segan bila pertamakali bersalaman dgn 'Jeneral' kita.
















Wajah ceria budak nakal SRJK/SMDA/King Edward.
Kelihatan di belakang Kapt Azlan (RAMD Kem Pakit) beserta Mokhtar.













Nurul Ain dan Kak Dah menghulur tangan bersalaman dgn Roziah









Kak Dah, Asri dan Shaiful

















Shaiful bersalaman dengan Gang Bujang. Kelihatan Wan,Mokhtar(membelakangi kamera), Jeneral kita, Zul, Asri, Latif , Kapt Azlan, Kapt Zamri dan Khairul(semua membelakangi kamera)














Delegasi keluar dari kompleks LTAK dengan wajah ceria dan senyum manis. Baru berkenalan tu....

Kami bergerak meninggalkan LTAK jam 2130 mengarah ke Kem Perissen Kuching, kira kira 20 minit pemanduan. Kenderaan terus memasuki Kem menghala ke arah yang kami belum pasti. Kalau hilang kami malam tu, hilang lah.....













Konvoi didahului kenderaan 'Jeneral', Naza Ria, 2 Waja, Xtrail hitam dan Avanza.













TERATAK ISMALISA, KEM PERISSEN.

Disini saya masih menganggap yang kami hanya akan bemakan malam sahaja, dan mungkin akan ke dorm bujang nanti. Di awal perjalanan pun saya hanya bayangkan truck tentera , atau bas tentera yang akam membawa kami. Ternyata kedua anggapan saya tersasar. Kesemua kenderaan dipandu Kapten Kapten kepada Tuan Zawawi kita, dan rumah tamu ini menjadi penginapan kami yang berkelamin. Zulfikri lagi hebat, dapat bermalam bersama Jeneral dan Shaiful lagi. Awal awal saya dah rasa, Zul akan mendapat keistimewaan ini sebab mereka rakan sekampung. Hingga Asri pun 'tinggal-tinggalkan si Jamilah tu.















Delegasi teruja melihat ruang tamu VVIP Teratak Ismalisa













Makan malam masakan Kem Perrissen Kuching













Jamilah, Roziah dan Faridah













Meja Kapten Kapten kita














Shaiful berair mata ketawa, "jeneral' tutup mulut, ada saja bahan ketawa dari kisah lama mereka ni, tetutamanya Zawawi yang tak tahu mengeja "singapore" waktu kelas Cikgu Fauziah, yang akhirnya beliau kena berdiri atas meja.

Begitu juga kisah buku latihan yang tak diserahkan kepada guru India , oleh Sahiful dan Zawawi. Dimana akhirnya mereka lari keluar bilik tingkatan, dan dikejar oleh guru keliling padang.

Bila kepenatan, guru boleh kata, kenapa korang lari?

Dan sambung lagi, " Kalau korang tak lari Cikgu pun tak letih kejar korang"

Mahunya tak mengilai satu meja!!

Selesai makan menghampiri jam 2200mlm, yang datang bujang dihantar ke blok bujang, kira ada 7 rakan dan adik saya si Rashi.

Sedangkan kami sambung bergebang.















Sebaik selesai makan, setiap saorang diberikan buku Cenderahati Aturcara lawatan. Terkejut besar kami!

Yang bujang melepak diruang tamu sebelum dihantar ke dorm mereka.














Budak bertiga ni untung sangat sangat kerana membawa 'perut' mereka ke Kuching













Bila dah kekenyangan , keluar ambil oksigen acara wajib













Roziah, Faridah , Jamilah melayan Shaiful bergebang


Tahu tak, kami bersembang hingga jam 0200 pagi, tak mengantuk langsung, gelak ketawa aje. Walaupun saya hanya sekadar darjah 2 di SRJK(I) , banyak cerita yang saya tak tahu, tapi watak watak penting tetap ada dalam ingatan saya


Akhirnya, kami masuk aje ke bilik bilik yang dah disediakan, tidur, kerana esok pagi harus memulakan perjalanan ke Kem Pakit Seri Aman, Sarawak. Perjalanan menghala ke timur , jauh melebihi 190km, akan mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai. Dan juga, harus berJumaat, jadi agak padat untuk jadual esok.

Saya tidur tidur ayam saja malam ni.

Di ruang dapur adik adik Tentera sedang mengemas meja makan, dan 3 dari mereka menginap di bilik belakang.

Dah ada pengawal di setiap pintu pagar Kem, ada lagi yang bersama kami didalam rumah ini.

Keselamatan terjamin 200%.

Latiff Hariri
1638 251010
Sungai Petani

No comments: