Saya belum pernah sampai kesini.
Dah lagi 2 minggu untuk bertamu ke Kem Pakit, baru saya mencari di mana daerah Sri Aman. Rupanya ke arah timur pendalaman Sarawak.
Selama ini saya beranggapan dekat aje Sri Aman ni dari Kuching.
Saya sudah sering ke Kuching, samaada bersama keluarga, atau bersama rakan rakan.
Sempadan Serikin tu kira biasalah, membawa masuk tikar sarawak dari situ.
View Larger Map
Yang bertanda 'A' itu pusatnya bandar Sri Aman, dan saya anggap yang bernama Pakit itu, arah tuju kami nanti.
Anda boleh besar atau kecilkan peta ini untuk mencari di mana kem Pakit yang menjadi tapak pertemuan 'Perak Man' nanti. Serta, betapa jauhnya Sri Aman dengan bandaraya Kuching.
Siapa yang tak excited menuju ke suatu daerah yang belum pernah kita tujui?
Bila Lt Kol Zawawi Adam mempelawa saya bertandang ke daerah ini, diawal perbualan semula pada penghujung 2009 lalu, jawapan saya senafas aje, pasti!
Saya bukan rakan sedarjah mau pun setingkatan dgn Awi. Roziah pun bukan. Dek kerana kami rajin bertandang ke Lenggong setiap Syawal , maka kami pun berkenalanlah di rumah Shaiful, kalau tak silap tahun 2002 .
Eh, macam dah kenal , tak pun mesra macam pernah sekelas pulak. Dan bila saya memasuki ChatRoom Yahoo, terpampang nick name Awie yang tertulis Landgone atau sesuatu yang menunjukkan beliau orang Perak. Terus saya beri salam, dan spontan beliau menyebut nama saya. Baru saya tahu yang akhirnya Awie mengekori isterinya sambung belajar ke tanah British suatu ketika dahulu.
Dari sinilah mulanya persahabatan saya dan Awie, dan saya mengaku didepan Asri, yang Awie 'lebih lebih mesra' dari rakan rakan SRJK saya.(maaf ya, bukan niat tak baik ya, cuma andaian. Yang kurang mesra tu sebab ramai rakan rakan SRJK yang tertanya, Latiff ni yang mana satu ek? Ruginya, saya tak mempunyai foto bersama tahun 1971-1972) . Jadi, rakan rakan SRJK yang ini hanya mengenali Roziah, isteri Latiff.
Excited! Ya, ada yang dalam rombongan bertanya, kita bermalam dimana? Betul ke ada bas/truck tentera yang menjemput kita di Airport dan membawa kita ke bandar Kuching dan langsung ke Sri Aman? Berapa kami kena bayar untuk semua ini? Kawan Latiff tu OK ke dengan kehadiran kami? Tak menyusahkan ke?
Saya kata, " Korang nak ikut, ikut ajelah, sediakan belanja makan 3 hari 3 malam dan duit belanja untuk shopping serba sedikit, duit nak naik cruise Sg Sarawak, Taman Mini Sarawak memadai, yang lain lain, serahkan kpd saya dan rakan saya Awie"
Saya kenal Awi tak melebihi 10 tahun, tapi tahu hati budi beliau.
Dah berdebar ni menghitung hari. Ya lah, nak tidur dalam Kem tentera untuk pertama kali!!
Terima kasih atas jemputan ini, semoga menjadi kenangan kami bertujuhbelas ini.
Latiff Hariri
2059 16102010
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment