Bee Gees

Monday, 25 October 2010

Kunjungan Kasih - Dinner/BBQ dan Karoake(Acara Kemuncak)

221010

กรุงเทพฯพร้อมที่จะพายุ Mess 13 RAMD Kem Pakit












GANG BAJU MERAH BANGKOK MARI, NAK BUAT KECOH KAT KEM PAKIT KUNUNNYA LAH


Bila Awie beritahu melalui Kapt Azlan, yang akan di adakan jamuan makan malam istimewa, saya dan gang bujang pun berpakat, kita pun mesti berpakaian seragam, kira2nya nak mengalahkan pakaian seragam ATM lah.

Jadi malam tu kami pun bertshirt merah lah, mcm kumpulan baju merah anti kerajaan di Thailand tu.

Kami dah mula 'parking' didataran Mess jam 815 mlm, saya Izzuddin dan Rashi berjalan kaki kearah Mess dari rumah tamu, adalah dalam 1000m.

Para para isteri, Pegawai Kanan Awi disatu kelompok bersama Pegawai Kanan Wanita. Yang lain berkelompok kelompok mengikut 'klik' masing masing.
















Kak Dah dan bang Yamin bertemakan warna hitam, dia dah kerinting rambut dia senja tadi, tapi terlupa yang dia pakai tudung. Pegawai pegawai kanan berbual sesama mereka













Para isteri Pegawai dan Pegawai pegawai Kanan Wanita. Siap ada spotlite lagi untuk sambutan malam ini














Baru kenal orangnya, sebelum ini dah tahu melalui Facebook , komunikasi Zawawi, Kak Ainal dengan Daniel ni.

Saya tak kenal langsung, dan tak tahu yang Daniel pernah 'berasrama' di SMDA dulu, kalau tak silap senior kita 5-6 tahun. Dia saorang guru.

Sedang kami berborak kosong, Kapt Azlan menghampiri saya untuk aturcara malam ini, dan saya bersetuju dengan cadangan beliau , dan saorang wakil Leggow dipilih. Yang senangnya, semua setuju sahaja, ya lah , tak ramai pun.

Penari Ngajat dari perkampungan sebelah pun tiba untuk mengiringi kami memasuki
Wisma Perwira 13 RAMD.

Barulah Gang Baju Merah tesenyum , ada 'nak dara' sunti menari sama.

Awi amat memahami kritikan di Rumah Panjang Serubah Hulu siang tadi.
Tak nampak langsung, semua 'mak mak dara' yang menyambut kami siang tadi.

Nak buat macam mana , daerah pendalaman, kesemua anak anak di'asramakan', bayangkan tahu 60-70an. di Daniel pun bersekolah di Semenanjung.














Nampak parang tu!, Tengok aje tau, jgn genyit mata tak tentu hala

Acara bemula kira kira jam 835 malam, kami pun mengiringi Zawawi memasuki Mess.

Bila dah memasuki ruang makan dibelakang Mess ini baru tahu, memang meriah rupanya persedian Zawawi dan anak anak buahnya

RSM dihadapan , kiri kanan kiri kanan GaNg BaJU MERAH















Gang baju merah sekelompok. Kelihatan Awi dibelakang , tak habis habis mengarah anak buahnya itu ini. Nak pastikan perfect . Dia belum tahu kezutan selanjutnya.....hehehe


Sambil menanti acara bermula, kami dihidangkan dengan nyanyian live dari band 13 RAMD ni. Hm boleh tahan jugak suara anak anak muda ATM ni















Band 13 RAMD Kem Pakit

Menu malam ini:-

1) Nasi Goreng
2) Char Koey Teow
3) Ayam Panggang
4) Daging dan kambing Panggang
5) Terubuk Bakar
6) Nasi Putih dan lauk pauknya
7) Laksa Sarawak
8) ABC dari Changlun


Meja Utama milik kami , disebelah kami para isteri kami serta isteri isteri Pegawai Kanan diikuti dibelakang mereka.

Gang bujang dibelakang kami , serta seterusnya meja meja Staf 13 RAMD, saya kira semua ada 10 meja malam ini. Gerai makanan melebihi 8 buah. Memang selain dari melawat Awi, perut kami dijaga sebaiknya.

Ini foto kezutan, nak tau kejutan apa? Tak boleh habag....














Nak minum pun ada yang melayan



Daniel, Asri dan Zulfikri

Roziah diapit Jamilah dan Zu. Zu adalah isteri Pemangku Pegawai Memerintah Kem Pakit.
Suaminya berkursus di Kuala Lumpur.

Selesai nyanyian selagu dua dari band Kem pakit ni, Tuan Pegawai Memerintah di jemput memberi ceramah, hehehe.

Kata kata aluan selamat datang dari Tuan Rumah Kem Pakit kepada rakan rakan sekampung dan seSMDA.

Memang Awi amat berbesar hati dengan kehadiran kami. Habis diungkit kisah zaman persekolahan, tentang kenakalan alam remaja, kepayahan hidup di kampung serta semangat persahabatan dan perjuangan , yang akhirnya membuahkan hasil.

Saya kurang faham sebab tak pernah bersama, kira betul lah apa yang Awi ceritakan , hehehe. Tapi kurang percaya yang dia ni nakai.
Panjang lebar ucapan beliau, tapi ungkapan ini saya tak akan lupakan, " Kalau anda adalah kawan kepada kawan saya, anda adalah kawan saya jugak".

No wonderlah, sekali berkenalan di Hari Raya di tahun 2002, hingga kini saya berkawan dengan Awi. Semuanya sebab saya berkawan dengan Saiful, itu aje.

Selesai ucapan Awi, saorang wakil rakan SMDA diminta memberi ucapan balas. Pada mulanya , Kapten Azlan meminta saya yang berbicara , saya menolak. Kerana saya tak tahu langsung kisah sejarah Awi ni.

Yang paling sesuai , Kak Dah kita, sebab dia mesra dengan semua rakan rakan SMDA.

Syukur Kak Dah menerima permintaan saya.

Ucapan ringkas, kata kata terima kasih atas sambutan yang tak layak diterima, serta serba sedikit kisah Awi waktu sekolah . Ucapan secara spontan, sebab Faridah dipilih mewakili semasa kami sedang menunggu pada jam 2000 malam, sebelum memasuki ruang makan luar Mess RAMD ni.

Kak Dah senyum yang lebih, ucapanya pendek aje, menceritakan insan bernama Awi, kisah remaja di Lenggong. Dan ucapan terima kasih tak terhingga atas layanan istimewa yang 13 RAMD berikan.

Saya memang sudah lama memikirkan, sebaik saya berkata ya kepada Awi yang saya akan datang ke Sri Aman. Pada awalnya hanya saya berdua dengan Asri, diikuti dengan Ridzuan dan Fazrin. maknanya 4 orang sahaja yang akan bertandang.

Saya janji dengan Awi lepas Raya, kira ok agaknya. Agak kecewa kerana tiada rakan rakan SMDA yang memberi respon positif, tapi , bila Faridah dan Abang Yamin kata yes, barulah Roziah dan Jamilah turut serta diikuti rakan rakan seppejabat yang lain serta adik saya.

Saya sukakan berombongan, kerana akan lebih meriah serta kecoh nanti.

Akhirnya ole ole dari Jepara Indonesia ini saya hadiahkan sebagai ingatan kepada Awi.

Sekadar menulis di dalamnya, nama nama rombongan Kak Kiah ni, sebagai ingatan yang kami pernah hadir ke Kem Pakit.

Memang Asri dan Bg Yamin/Faridah ada ingatkan saya tentang tandamata untuk Awi, takut takut saya terlupa. Sedangkan Asri sudah sediakan asam jeruk buah buahan serta kacang parang kegemaran Awi. Sekotak dia beli!!

Kira yang ini surprise untuk Awi, dia pun tak terfikir yang dia akan terima ole ole malam ini














Kertas bungkusan baki baki lebihan pembalut buku serta kad ucapan dari rombongan sebanyak 17 orang.


Membantu Awi membuka kertas balut ole ole, dan terpampang nama beliau serta rakan-rakan SMDA/SRJK yang hadir pada malam ini serta gang baju merah. Disebutnya satu persatu dalam keadaan sebak........ Saya mengundur kebelakang takut termenangis sama dan jadi perhatian tetamu lain.

Sebaik sahaja Awi membaca nama nama rakan persekolahan beliau didalam 'jam datuk mini' ini, beliau mula sebak, kami turut terharu. Alah Awi, tanda ingatan kecil aje tu, nak dibandingkan dengan layanan istimewa yang kami terima.

Panjang jugak kata kata dari Awi ni, terharu begitu sekali.

Bila suasana tenang, dan Awi kembali ceria, kami mulakan acara makan dan dihiburkan selagu dua dari Band 13 RAMD ni.














Yang ini, yang sedia ada dirumah saya, memang beli banyak pun ditahun 2007 bersama gang Edwadian ke Jepara , Jawa Tengah






Acara makan makan disambung semula, sementara itu Awi dah mula sound pada gang baju merah, jangan balik selagi belum nyanyi selagu dua. Wajah adik saya Rashi dah panic, saya tahu dia kaki marhaban, bukan karoeke. Hehehe

Waktu acara ini dimulakan, Wak Joe sudah menghilangkan diri kedalam kamar Tuan Awi, confirm membute ni.

Awi kata, Wak Joe memang begitu, dia senang senang aje menghilangkan diri. Betui ke Joe?
Tapi yang group ini jangan tanyalah, untungnnya mereka terkial kial mencari nombor lagu, sebab selama ini hanya menghafal nombor lagu di kelab Karoeka yang mereka hadiri. Di RAMD ni hanya gunakan Tajuk lagu tau.

Yang merasmikan nyanyian malam ini Zawawi Adam dan Faridah Baharom
Nyanyi duet lagu Broery dan Sharifah Aini

Dan saya yang kedua, ini salah satu lagu kegemaran saya, Belaian Jiwa, kalau tak silap lagu ni popular masa kita di Tingkatan 5 atau masa umur 18 tahun .

No komenlah...

Pernah tak terfikir, masa kita Tingkatan 5 dahulu, pernah berkawan/bergaduh bersama, bila dah 40 an ni, beranak cucu, anak anak kita pulak berduet dengan Uncle Awi ni!!


Nurul Ain dan Uncle Awi mendendangkan lagu .......

Diikuti Noor Hisham, yang terus membuang bungkusan lengan beliau gara gara naik naik kepentas. Saya Agak kecewa keran rakan rakan lain spt Wan dan Fazrin gagal mencari lagu yang sesuai untuk malam itu
Sham dengan persembahannya.....

Tuan Awi kita siap bertanya, "Eh, dia ni yang bahu dia patah tu kan? Kenapa dah ok pulak?"

Saya jawab, "Nak naik pentas tu boss, kenalah ada penampilan diri..."

Kami semeja ketawa. Yang pasti bila tersiarnya foto ini di alam maya, pasti beliau kena mengadap boss beliau di pejabat gara gara 'menipu' MC.

Habislah hang Sham oi, temelang dah pecah.
Sambil menyanyi, pasangan bahagia ni masih boleh melawak dan terima usikan penonton dibawah pentas. Nasib baik ketawa masa lirik belum keluar.

Lagu Ahmad Jais dan Kartina Dahari?

Diikuti pasangan suami isteri ini. Kedua duanya pegawai ATM

Pasangan sejoli, Mejar Rizwan dan Kapten Norehan

Saiful tidak ketinggalan menyanyikan lagu wajib beliau "Widuri" serta 2-3 lagu Inggeris tahun 80an . Hmmmm, sedap pulak suara Saiful ni

Gaya orang dah biasa , mcm ni lah

Ni Pegawai RSM yang garang itu. Boleh ajak berdansa rupanya, orang Penaga, Kepala Batas. Pegawai Waran 1 Imberan

Sebenarnya agak banyak jugak lagu nyanyian Awi, Faridah Bang Yamin dan saya, saya pun dah hilang pengiraan. Memadai saya katakan, bila kami keletihan, air asam jawa pun dah habis, adik adik Pegawai ni, mengambil alih pentas.

Memula tu sekadar 2 adik tentera, kemudian Faridah turut serta, saya pun teruja ikut sama, diikuti bang Yamin dan Awi. Akhirnya penuh pentas kecil ini

Berpeluh peluh semua, tapi ketawa yang lebih, step kaki entah apa apa, allignment lari habis.

Awi dan Saiful cuba ber-online untuk berinteraksi melalui Facebook , tetapi ternyata malam itu 'line' streamix agak mengecewakan. Saya mengusik, mungkin juga bahagian Risik ATM sudah pantau Kem Pakit ni.
Faridah , Nurul Ain di depan, pakcik Latiff dan Pakcik Asri menyorok dibelakang

Bang Yamin yang paling sporting malam ini

Kami cuba on-line, tapi gagal, note book tak boleh, laptop pun sama


Kesemuanya Pegawai Kanan 13 RAMD Kem Pakit

Agaknya apa yang Saiful cuba gayakan kepada anak anak buah Awi dibelakang sana. Mungkin meng'order' mereka menari lagi . Semua ceria dan tersenyum selalu














Awi, yang pasangan ini, masih bujang ke?


Kalau tak kerana nak pulang keesokkan harinya, saya kira kami tak akan berhenti.

Secara berbisik saya memohon dari Awi untuk mengudur diri. Awi kata ok.

Lega, esok jam 730 dah kena turun sarapan, sekarang dah pukul 0130 dinihari. Kelab malam pun tutp pukul 2 pagi, inikan dalam Kem, hehehe.

Rakan rakan gang bujang sudah pulang seawal jam 1230 tadi, mungkin 'boring' tengok aban abang 40an ni menyanyi agaknya.

Saya cadangkan , kami berjalan kaki pulang ke rumah tamu, tapi dihalang Awi, mahu disurunya pemandu yang menghantar kami dengan bas. Jarak hanya sekadar 1000m aje.

Selesai mengucapkan terima kasih kepada semua, kami pun pulang.

Burung pun tau balik sarang Awi oi....hehehe














Dalam bas, Mak budak dan Bapak budak ni baru teringat nak balik dan berehat

Tanya saya, seronok sangat ke? Ya, kalau sekadar berjumpa dan minum minum petang ni, biasalah. Tapi , yang ini, kami diraikan satu Kem Pakit. Tak senang duduk anak anak buah Awi ni melayan kami. Jadi , haruskah kami buat 'muka stone' bila tuan rumah begitu bersungguh melayan kami semua.

Jam 2 pagi baru masuk bilik masing masing. Yang menariknya, pintu rumah dan bilik kami tak berkunci langsung dan kami lena tak sedarkan diri hingga ke jam 630 pagi.

Tidur lewat lagi, jangan kena darah tinggi sudah.

Latiff Hariri
0740pm 02112010
Sungai Petani

No comments: