Bee Gees

Saturday, 29 January 2011

Tiada Sambutan

Ini kisahnya.(20012011)

Petang itu memang betul PM datang ke Sungai Petani, tetapi tidak diwarwarkan dengan sebaiknya oleh media atau papan papan iklan yang besar meraikan kedatangan beliau.
Kalau dibertahu awal, mahu jugak saya membatalkan acara menziarhi rakan saya tu, hehehe, bukan apa, nak tengok sehebat mana sambutan yang diberikan.

Sebelum tu ,saya ingin memohon maaf, kerana tidak mendapat info sebenar tentang kehadiran PM ke Sungai Petani ni. Rakan rakan seperjuangan hebahkan yang PM mahu ke kuil di Pekan Lama untuk acara Thaipusam. Sebenarnya tiada kena mengena langsung. Tak kan baru lepas ke Batu Caves disebelah paginya, petang pun nak berj----- di kuil Pekan Lama tu pulak. Sebenarnya beliau ke Taman Sri Pinang, Tikam Batu, Sungai Petani.

Kehadiran tak melebihi 5000 orang, dan yang ramai datang adalah yang diangkut dengan bas dari Baling, Kuala Ketil dan persekitaran.

PM membawa slogan baru ;- BN Menang, Kedah Senang. Orang ramai acuh tak acuh bila PM bertanya samaada kerajaan Negeri sudah menunai janji janji pilihanraya. Yang menjawab pemimpin2 yang syok sendiri di atas pentas.


Lihatlah banner yang bersahaja menyambut kehadiran saorang PM
Ini fotonya PM bersama MB menanti PRU13, angan angan wei......



Bayangkan kemana perginya hasil balak Negeri, yang kini meningkat 562% , berbanding ditahun 2007. Siapa yang kaya, siapa yang terperdaya. Rakyat sering ditipu oleh mereka dan media masa tidak pernah berkisah yang benar. Untung juga Kerajaan Negeri tidak melapurkan kepada SPRM kemana perginya hasil Negeri . Tapi, mengadu atau tidak, sama sahaja, SPRM tu badut mereka.Nak buat wayang bangsawan Melayu ke, Opera Cina dan Epik Sri Rama ke, semua mereka boleh sediakan skrip.


Salam Perubahan


Latiff Hariri
0709 29012011
Sungai Petani

No comments: