Bee Gees

Tuesday 25 December 2012

Tasik Bera- Bahau-KL - 14122012

Ternyata lebih dekat sekiranya kita menetap di Negeri Sembilan.

Pertama kali memasuki bandar Bahau, tak lah besar mana bandarnya. Sebenarnya saya mahu mencuba sarapan pagi di Stesen keretapi yang popular itu, tetapi saya tersilap ingatannya, bukan Bahau, tapi Gemas. Di Bahau kami dah jumpa stesen keretapinya, tapi, sudah tidak beroperasi sepenuhnya.

Jadi saya teruskan perjalanan mengarah ke Kuala Kelawang. Saya pernah ke Kuala Kelawang  suatu ketika dahulu. Di pekan kecil ini, didalam sebuah perkampungan, tersemadinya pakcik Kadir, adik bongsu arwah bapak.

Pertama kali tahu dan melihat adanya Istana Serting

Kami bersarapan di sini, berhadapan Istana Serting

Perjalanan kami teruskan ke arah Kuala Kelawang. memang mudah mencari arah jalan sekiranya kita gunaka Google.

Rumah gadang dipersekitaran Kampung Keru, berhampiran Bahau


Seakan akan berada di Bukit Tinggi, Indonesia

Memasuki sempadan Selangor sekitar 1140 pagi. Lega teramat lega, bila saya memasuki daerah Hulu Langat. Terus meluncur laju ke Kajang, dan terus memasuki Kuala Lumpur.

Anak anak mahu ke Sungai Wang Plaza, jadi saya tinggalkan mereka disisi Plaza tersebut, dan saya teruskan dengan aktivit sendirian saya.


Hm, kasut yang mereka cari rupanya

Sg Wang memang banyak kasut yang harganya patut dan banyak pilihan

Kasut lagi

Persekitaran Jalan Ampang ni

 Menara Berkembar

Sementara menanti mereka, saya ber - online sendirian di dalam  kereta di sisi Stadium Merdeka. Di situ tiada gangguan lalulintas.

Bila anak anak menalipon bahawa mereka sudah boring dengan kasut kasut itu, dalam 10 minit saya sudah berada semula di sisi Sungei Wang Plaza.

Nak makan apa? Tengahari dah melepasi pukul 3 petang.

   
Makan Makan di dalam Bangunan Great Eastern Ampang

Udon

Kegemaran saya Kueteow Beef Ginger

Memang dah lama saya tidak menjamu selera di Restoran ini, sejak saya meninggalkan Kuala Lumpur.

Sekitar sebelum Maghrib, dan tersangkut ketika Maghrib didalam kesesakan, untuk kami sampai ke Hotel ini.


Lega bila dah jumpa tempat nak lena

Muatlah untuk satu family

Waktu tengah berita di TV, baru masuk bilik.

Nasib baik ada bungkus Maggi

Saya biarkan aje anak anak bebas beraktiviti didalam hotel ini.

Gym

Kolam masih boleh digunakan hingga pukul 10 malam

Kolam dalam taman

Buat show pulak kat Hotel ni untuk malam ni. Ye lah, buat lepas bayar bill dinner nanti.

Saya tak ambil pusing sangat pukul berapa mereka lena, yang saya pasti sekitar 1030 saya sudah menghilangkan diri.

Latiff Hariri
1648 24122012
Sungai Petani

No comments: