Bee Gees

Friday, 21 December 2012

KL - Tasik Bera 13122012

Saya bergerak dengan hati yang berat.

Maafkan saya , saya tidak dapat memberi penghormatan sepenuhnya kepada Abang Yusuf, kerana harus mengikut jadual yang telah saya rancangkan ini.

Pemanduan bermula sekitar 1130 pagi. Kami meninggalkan daerah Ampang. Pemanduan oleh anak saya. Ternyata jalanraya masih sesak di Bandar Ampang, akhirnya, saya cadangkan , dari memasuki Hulu kelang yang sesak ini, kita guna sahaja lebuhraya memasukai KL dan keluar di susur Jalan Sultan Ismail.

Memasuki lebuhraya Duke seketika, sebelum saya arahkan anak memasuki lebuhraya Karak. Waktu ini baru anak anak tahu, destinasinya Pahang, daerahnya belum pasti.

Dari isisi lebuhraya Ampang menghala Kuala Lumpur.

Bila kita memandu di daerah yang jarang jarang kita lalui, perjalanannya adakala membosankan. Sekitar pukul 1 tengahari, saya mengambilalih pemanduan. Mungkin kerana cuaca yang panas, membuatkan anak saya menyerah stering kereta kepada saya.

Kami memasuki susur keluar mengarah Temerloh sekitar 115 petang. Hm, besar jugak bandar ini.
Pertamakali juga saya memasuki bandar Temerloh ini.

Memang saya agak risau, samaada pasti saya akan sampai kedestinasi ini, kerana melihat dari arah Google, ternyata teramat jauh di pedalaman Pahang.


Sungaii Pahang  - disini sudah banyak terjual ikan Patin dan Talapia, tapi, saya tak terfikir untuk membelinya.

Berhenti seketika di Petronas. Selain dari mengisi minyak, saya juga bertanya arah. Ternyata anak anak tempatan pun  gagal memberi jawapan yang tepat masa perjalanan ke Tasik Bera. Ada yang kata setengah jam, ada yang kata 1 jam, akhirnya mereka berbalah, saya ketawa dalam hati sahajalah.


Pintu Gerbang ke Tasik Bera.

Bermakna betullah rakan yang menyanggah itu, perjalanan lebih satu jam. Tapi saya lengkapkan masa dalam 40 minit sahaja. Ya, memang cepat, sebab berlumba dengan Iswara putih.Hahaha.

Kami disini sekitar pukul 210 petang. Dari pintu gerbang untuk sampai ke Tasik, sekitar 4 km lagi.


Dari tapak parkir

Ini Chalet yang kami inapi untuk satu malam.


Sebaik saya mendaftar, pengurusan terus meminta saya memesan makanan tengahari kami. Memang kami kelaparan. Dimintanya tempah setengah jam untuk penyediaan. 

Sebaik selesai memesan makanan, kami juga diminta memesan makanan untuk malamnya juga. Untung adanya saekor ikan patin untuk kami sekeluarga. tetapi, sebelum itu saya menanya berapa harganya saekor yang sudah siap dimasak, kerana saya tak mahu di'sembelih', kerana dari cerita cerita mereka yang pernah mencuba gulai tempoyak ikan patin ni, ada restoran yang sengaja 'menyembelih' di Negeri Pahang ini. Maaflah ye, orang pahang

Pemandangan dari Chalet inapan kami

Jeti Tasik Bera - ruginya kerana tiada pekerja yang boleh melayan kami untuk mengelilingi Tasik ini

Saya dimaklumkan oleh abang yang menyambut kedatangan kami tadi, bahawa hanya beliau berdua bersama isterinya yang mengendali Resort ini, untuk hari ini

Sebaik foto ini dirakam, kami pun memasuki kamar untuk istirehat. dan sekitar jam 3:15 petang, kami pun dijemput untuk makan tengahari.

Memang ok sangat sangat dengan layanan yang kami terima ini.

Tomyan campur, telur dadar dan sayur campur - Makanan tengahari kami

Ok, boleh makan masakan suami isteri ini, panas panas, itu yang menyelerakan.

Bila dah kenyang, ini aktiviti kami sebelum Asar

Merakam suasana dipersekitaran Tasik Bera

Ini Chalet standard untuk dua orang, semuanya berhawa dingin.

Jeti

Tangga untuk ke parkir sampan dan bot


Panjang jugak jeti ni

Pelantar

Pelantar untuk manaiki bot

Ini dari beranda Chalet kami.

Kami hanya sempat berAsar, bila hujan turun mencurah, dan aktiviti kami untuk melihat persekitaran terbantut. Yang mana sempat lena, tidurlah seketika, sedangkan saya, melayan mata dengan TV dan sesekali melihat kearah Tasik Bera yang 'menggerunkan' jugak tu.

Latiff Hariri
2008 17122012
Sungai Petani

No comments: