Bee Gees

Monday 17 December 2012

Ancasa Express, PuduRaya

Tiada rancangan yang pasti untuk cuti penghujung tahun 2012 ini.

Saya hanya ikut kata hati. Hampir kesemua sesawang Hotel di Malaysia inin saya terjah, tapi, tak tahu mahu kemana. Hingga ke Karabi Thailand,  pun saya lawat lewat internet, tapi....

Jakarta/Medan tu tak payah ceritalah.

Semua jadi begini kerana menunggu nunggu akan hadirnya surat yang tak kunjung tiba, oleh anak sulong saya. Jadi, kami 'bermain selamat', dengan hanya bercuti didalam Malaysia sahaja

Sekitar 830 pagi, Rabu 12122012 ini, kami bergerak meninggalkan Sungai Petani, mengarah ke selatan. Walaupun saya sudah 'set'kan dimana kami akan bertandang, tetapi anak anak tidak tahu arah tujuan saya.

Berhenti sarapan di Hentian Rehat Tapah, dan terus memasuki Kuala Lumpur sekitar pukul 2 petang.

Saya beralasan kepada anak anak untuk bertemu adik saya di PuduRaya, yang sekarangnya sudah bertukar nama dan wajah.

Pemandangan stesen LRT Plaza Rakyat yang jelek. Projek kroni sejak 15 tahun, tak siap siap

Sebaik saya selesai bertemu adik saya itu (kununyalah, berlakun kat anak anak), baru saya minta anak anak membawa beg masuk ke Hotel Ancasa Express, di lantai 4, Bangunan PuduRaya ini.

Untung anak anak tak kisah dengan kedudukan hotel ini, janji tengah kota.

Sekitar pukul 3 , terus meluncur laju ke Kelang, berpandukan rakan sekolah serta Google, kami tiba ke destinasi ini sekitr 350 petang.


Bentuk bangunannya lain, tapi, didalamnya membuat saya terasa seperti berada di Pasar Baru Bandung.

Towkay/Pekerja , rata rata orang Indonesia !!

Harganya , kalau di bandingkan dengan kompleks membeli belah yang lain teramatlah berpatutan. Saya tak kata murah. Sekiranya ditempat lain, harganya RM150.00, disini sekitar RM90.00  sahaja .

Kalau nak dibandingkan dengan Pasar Baru Bandung pula, tetap tiada tandingnya. Disini dijual dengan harga RM100.00 , di Bandung RP100,000 . Kalau ditukar nilainya, di Bandung harga RM adalah sekitar RM33.00 !!

Jom kita ke Bandung, duit baki RM67.00 dari setiap RM100.00 kita tu, boleh buat bayar tiker AirAsia dan hotelnya!! Hahaha

Saya yang tidak bersarapan di Tapah tadi, mula terasa lapar bila jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.

Untungnya , tiada yang mahu bertawaf disetiap lantai bangunan GM ini, jadi kami terus bergerak laju ke Kuala Lumpur semula.

Lapar lapar.


Bersama adik saya, Akhtaruddin di Al-Rawsha

Pekena sepinggan besar Nasi Mogul dan sepinggan kecil Nasi Mande. Puas!

Dan terus pulang ke hotel sekitar melepasi Maghrib.

Malamnya yang sibuk itu, tidak saya lepaskan peluang untuk memeriksa PuduRaya yang sudah dinaiktarafkan oleh PM1Malaysia kita tu.

Anak anak yang seronok sebab pertamakali melepak di PuduRaya malam begini bersama saya. Kira disini banyak kenangan dimasa bujang saya, diawal perkahwinan saya dan bersama anak sulong saya ketika beliau masih 'baby'. waktu itu saya tidak mempunyai kenderaan sendiri, bas menjadi pengangkutan kami bertiga.

Semua berelektrik, tiada manual lagi, kecuali jejantas dihadapan. 10 malam di PuduRaya.

Gerimis pun mengundang, tapi kami redah juga menuju Petaling Street.

Singgah Subway sekejap, buat supper dalam bilik nanti

Faiqah dan Izzuddin yang teruja, pertama kali masuk ChinaTown. Saya sudah melepak disini pada usia 18 tahun, samaada merayau bersama rakan rakan, mahupun ketika hadir kursus dan menginap di hotel berhampiran.

Dalam gerimis dan remang malam

Inilah PuduRaya terkini, berhawadingin sepenuhnya(?)

Malam ni, kalau tidur awal , silap banyaklah. Bukan senang nak dapat melepak begini di PuduRaya ini. Sesekali turun KL, merayau begini ada keseronokannya, walaupun bagi rakan rakan yang menetap di sini, tak akan 'ada kuasanya' untuk melepak, tapi, bagi saya yang duduk di daerah luar, sesekali begini, memang menarik.

Lepas jam 1 pagi baru boleh lena.

Latiff Hariri
1728 16122012
Sungai Petani



No comments: