Bee Gees

Thursday, 27 December 2012

Semangat Parang Sandakan

Seawal pagi Ahad , 23122012, saya sudah menerpa ke kebun.

Kena 'qada' yang tertinggal pada minggu sebelumnya, kerana bercuti ke Kuala Lumpur dan Pahang.

Dah tu, sebaik tiba sahaja di rumah Mak Ros di Ipoh tu, saya dihadiahkan sebilah parang bersisip untuk kegunaan mencantas daun , oleh Abang Bacho . 

Tak nak menghampakan parang tersebut, hari kedua menjadi milik saya ini, saya kerjakan daun daun kering pokok pokok pisang yang melebihi 300 batang pokok ni. Nak periksa , betul ke dakwaan Abang Bacho bahawa parang ini licik bila  ditarikan .

Have parang will berkebun

Eh eh, betul la, senafas sahaja pagi ini.

Bangga melihat meriahnya pokok pokok pisang berangan ini, yang sudah berbuah melebihi 20 tandan. Terasa berbaloi masa dan ringgit yang saya taburkan.

Percaya tak, durian dan pisang emas ini beratnya sama, iaitu 6.1kg. Ini hasil pagi Ahad 23122012.


Ini hasil pagi 25122012 , sebiji cempedak dan jantung berangan

Memang sejak mejak ini, saya rajin ke kebun. Pantang ada masa terluang. Walaupun sekadar satu setengah jam untuk paginya, dan sekitar satu setengah jam lagi pada petangnya, tapi, kepuasan berpeluh begini memang  menyihatkan.

Anak anak saudara dipersekitaran kebun ini pun sudah memberi komen dan nasihat tentang apa yang harus pakcik mereka buat bila meilhat akan hasilnya dari pokok pokok pisang ini. Anak anak pun teruja melihatnya, ini kan pula saya , tukang kebun ini.

Terima Kasih semua.

Latiff Hariri
1018 25122012
Sungai Petani

No comments: