Pak Long ni , setiap kali berhari raya pasti akan pulang ke Kuala Kangsar kampong halamannya. Dan sudah tentu rumah adik ketiganya iaitu bapak , akan dikunjungi beliau, samaada di Lenggong, Taiping mahupun Kuala Kangsar. Setiap Eid Fitri Pak Long pasti datang. Saya rasa, saya memang gagal dalam hal ini.........
Masa tu tahun 1971, saya darjah 1, mana nak reti semua ini. Jadi , bila duit syiling baru ini diberi sebagai duit raya kami anak anak buah Pak Long, pasti emak yang akan menyimpannya bagi pihak kami adik beradik.
Hey!! RM1.00 duit raya tahun 1971 , besar tu!! Seolah RM10.00 sekarang?
Tapi, begitulah peelnya Pak Long dengan kami anak anak buahnya yang teramai dari keluarga Bab. Dan disekitar 1971, kami sudah lapan beradik ketika itu.
Alfatihah untuk Pak Long Zainuddin Bab.
Jadi , sudah sekian lama jugak, saya tak ambil kisah tentang koleksi peribadi emak ini, jadi baru baru ini , saya ditunjukkan semula, untuk tatapan mata saya, betapa sentimentalnya jiwa emak ini.
Ini duit darjah 1 ni!!
Simpanan emak termasuk setiap negara luar yang emak lawati.
Saya tak pernah nak bersenitimental begini. Apa saja syiling yang ada dalam poket, saya pastikan saya habiskan berbelanja hingga ketitisan syiling terakhir.
Hehehe, desakan hidup.
Kisah yang sama ini boleh dibaca di RahmanHariri
Latiff Hariri
1218 28102012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment