Betul betul berhampiran jambatan lintasan Tol KK mengarah ke Lenggong itu, kami memasuki simpang dibawah, berhampiran kilang roti .
Itu saja yang saya ingat.
Memasuki kedalam kampung ini, terus mencari surau atau masjid, dan saya temui dalam sekelip mata suraunya. Tanpa segan silu, terus menaiki tangga surau. Baru sahaja selesai solatnya Zuhur, atau sememangnya dilewatkan solatnya.
Untung ada yang mahu menghantar saya terus ke pintu rumah orang yang saya cari ini.
Kak Ani. menceriatakan 'keceriaan arwah emak', menyambut anak ke 12 suatu ketika dahulu, bersaing dengan Kak Ani yang menyambut anak kedua.
Kak Ani, isteri Pak cik Kassim, yang merupakan rakan sepejabat Bapak jugak suatu ketika dahulu
Pak Cik Kassim, rakan yang sejawatan dengan arwah Bapak di Pejabat Tanah dan Daerah, Kuala Kangsar
Kami anak anak Hariri memanggil isteri Pakcik Kassim , Kak Ani, sebab beza usia Kak Ani dengan kakak sulong saya , saya anggarkan sekitar 3-4 tahun sahaja. Jadi lebih molek kami anak anak berbahasa kakak sahaja.
Sebenarnya Pakcik Kassim pun bukan jauh jarak usianya, cuma jauh jika dibandingkan dengan Bapak yang sudah angkatan 40an, sedangkan pakcik Kassim angkatan 20an, ketika itu.
Emak kepada Kak Ani
Pemandangan jauh dari hadapan rumah Pakcik Kassim, Nama kampungnya susah untuk saya ingati. Nak kata seakan akan Sauk, bukan sauk, tapi ada Larah dihujungnya.
Ini kenduri kahwin yang kesepuloh kami hadiri. Kak Ani berkisah lagi.....tentang pemergian emak, dimana Kak Ani dan Pakcik Kassim berada di KL juga, cuma bersiap untuk ke Mekah, dan tiada pengangkutan untuk berziarah dihari duka kami itu
Jadi, berkendurilah kami sekali lagi di Kuala Kangsar ini.
Pak Cik Kassim - Mantan Pegawai Penempatan Pejabat Tanah, Kuala Kangsar.
Kak Ani yang tak mahu henti bercerita....memamg mesra sungguh.
Tiada singgahan ke Taiping kerana Auntie Insun Sony sudah maklumkan bahwa beliau dan Tok Osman sudah bergerak ke Lumut meninggalkan Matang. Sedangkan adik saya yang berencana pulang ke Taiping, saya lewakan, kerana sangkaan saya beliau bulang lewat senja.
Tiba di Sungai Petani sekitar 430 petang.
Latiff Hariri
0838 16122012
Eastin PJ
No comments:
Post a Comment