Bee Gees

Saturday, 1 December 2012

Jantung 4 - Durian 0 - Emas 6.5Kg

Ini keputusan pusingan pertama awal pagi Sabtu 1 Disember 2012

Memang mengecewakan.

Saya mengharapkan durian mendahului, ternyata harapan tinggal harapan. Bukan apa, kenalan saya dari Shah Alam itu ada pulang ke Sungai Layar hari Jumaat. Sebelum itu, beliau telah 'kenen'kan saya supaya menyediakan barang sebiji dua durian untuk isan perut beliau, jadi saya pun mendoakanlah agar ada yang sudi luruh, rupanya, tiada.

Harap harap malam ini juga, Malaysia tidak akan dikecewakan oleh Indonesia  sepertimana keputusan buah buahan dari kebun saya ini.

Tengkuknya sudah patah, tapi buah buahnya gebu dan berisi. Dalam samar pagi ini, saya renung dengan tekun, ternyata ada dua biji yang kekuningan.

Lalu saya hunuskan parang panjang saya ini, den terus menetak batang pisang emas ini!!

Hanya ini yang saya sisipkan kepada Abang Shipol kita dari Shah Alam itu.

Ini merupakan pisang emas kami yang pertama, beratnya tepat 6.5 kg. Di pasar tani Sungai Petani, harganya pada RM3.50 sekilo, maknyanya harga nilai buah pertama ini adalah RM22.75 .

Esok Ahad, tak perlu beli pisang lagi, hahaha.

Inilah penyebabnya mengapa dia suka balik Sungai Layar ni. Saya minat memancing, dan tak mahu mulakannya, walaupun sering di'layog' oleh mereka dengan hasil tangkapan bertong tong mereka ni.

Tenggiri ni saya anggarkan sekitar 2.6kg, kalau jual kat saya, saya ambil RM65.00 sekor, hehehe.

Memang kemudahan memancing mudah bagi kami di Sungai Layar. Sungai Semeling sekitar 2 km sahaja dari rumah saya, dan untuk sampai ke Tangjung Dawai melalui jalan sungai, sekitar 30 minit.

Terima kasihlah ya, dapat jugak merasa ikan ikan fresh ni.


Senja sekitar 640 petang Sabtu, minit minit akhir, durian berjaya menyumbang 6 biji, 4 biji rezeki abang Shipol kita ni, bersama terung belanda berpuloh puloh biji.

Keputusan masa penuh,  Jantung 4 - Durian 6 - Terung Belanda tak terkira banyaknya, pisang emas 6.5kg.

Latiff Hariri
1958 01122012
Sungai Petani

No comments: