Bangun pagi mereka pun melepasi Subuh. Saya terfikir mahu sarapan sendirian sahaja, tapi tiada restoran yang beroperasi di persekitaran Hotel, selain dari sarapan yang disediakan pihak Hotel, yang nilainya melebihi RM40.00 saorang !!
Jadi , saya tahakan aje perut saya menunggu semua bersiap.
Sekitar pukul 10 pagi kami pun cek out, terus ke restoran berdekatan untuk sarapan pagi sebelum pulang.
Kat sini aman, tiada pelanggan selain kami
Saorang sebungkus, makanannya amat mengenyangkan
Siap bungkus lagi buat bekalan dalam kereta.
Ya lah, orang sesekali jumpa stering kereta, sua aje, terus nak memandu.
Boleh la, tapi kurang keyakinan bila memotong
Jauh jugak pemanduannya, dari persekitaran Behrang, hingga ke Kamunting.
Sekitar Tapah
Pengemudian diserahkan semula kepada saya di Kamunting. Hujan sekejap ada, sekejap tak ada.
Kami tiba di Sungai petani sekitar Asar, dan saya sempat seketika menjengok kebun saya, melepaskan rindu.
Esoknya Isnin 17 haribulan, merupakan hari bekerja saya. Tamat sudah percutian untuk tahun 2012 ini. Tiada yang menarik sepanjang tahun 2012 ini, keciali kedukaan kehilangan Emak.
Latiff Hariri
1708 28122012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment