Bee Gees

Friday 14 December 2012

Perkahwinan Noor Syazana Noor Azmi & Anis Danial Muhamad Aris

Rancangan awal saya, mahu singgah ke Taiping sebelum bertandang ke Kuala Kangsar untuk majlis Perkahwinan ini.Tapi, dek kerana baterinya kereta saya gagal berfungsi, perjalanan yang sepatutnya bermula sekitar 830 pagi, tertunda ke pukul 1030 pagi.


 Untuk rekod , ini yang kesembilan kami hadirkan diri, ada sesiapa yang boleh tandingi kami sekeluarga?

Abang Azmi yang sudah sedia menanti tetamu sebelum pukul 12 lagi

Kami tiba di Masjid bandar Kuala Kangsar ni pun sekitar 1155 pagi. Sempat saya singgah kerumah lama peninggalan datuk saya di Talang.

Ceria abang Azmi terima kehadiran saya...... Terima kasih katanya.


Saya menandatangani buku kehadiran tanda kenangan , diapit abang Jamill, hehehe.

                   Makan makan makan, meriah sungguh. Nasi bertimbun, cendol, kuih muih, biskut raya, teh tarik, dewan berhawa dingin lagi.


Zaharah yang menerpa Roziah dari belakang

Memang terkenyang! Makanan tiada 'limit'nya, selagi ada kederat, kau makan aje lah

Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

Abang Man Faridah memberi lapuran tentang kegagalan hadir untuk majlis ini, kes terlupa dan pi sign kontrak masakan kenduri jugak, hahaha.

Tak apa abang Man Faridah, janji bisnes bagus.

Setelah pasti yang abang tidak dapat hadir, setepat jam 2 petang, kami pun memohon diri untuk pulang.


Abang Noor Azmi yang teramat bahagia menyambut setiap tetamu yang hadir

Satu untuk kenangan dihari bahagia ini

Masa ni duk cari Awie, kemanalah En Jamil kita ni, hahaha

Jadi, kami pun bergerak pulang.

Sebenarnya saya masih cuba hubungi Auntie Insun Sony di Matang, tetapi tiada jawapan. Sementara menanti jawapan beliau serta adik saya yang dijangka pulang ke Taiping itu, kami terus meluncur laju keluar bandar Kuala Kangsar. 

Hati saya sebenarnya meronta untuk bertemu sesaorang, yang sudah melebihi 28 tahun tidak  saya temui , di Kuala Kangsar ini.

Latiff Hariri
2158 14122012
Eastin PJ

No comments: