Berjanji sarapan dengan adik saya sekitar 730 pagi di restoran bersebelahan. Dan saya ceritakan kepada beliau tentang berita duka yang saya terima melalui sms dari rakan sekolah saya, Dr Rosli Wahab.
Hmmmm, Innallillahhiwainnahirojiun....
Saya selalu memberi komen kepada anak anak dan rakan rakan rakan, bahawa satu satunya senior yang agak rapat dan saya hormati semasa alam persekolahan dahulu adalah abang ini. Dia ramah, tak sombong, suka menyakat mengusik junior pada tahap sederhana. Dia aktif bersukan, dia pengawas, dia merendah diri. Saya spernah bercerita sedikit tentang pertemuan 'dinner' bersama beliau. Bertemu semula lewat FaceBook, dan ada beliau menjemput saya kerumah beliau di Subang Jaya, tapi.....
Memang saya terasa, tak patut sangat kalau saya tidak hadirkan diri memberi penghirmatan terakhir, dan menyedekah Alfatihah disisi jenazah beliau. Memang Allah sudah tentukan saya berada di Kuala Lumpur ini, untuk memberi kesempatan terakhir untuk 'bersua' walaupun sudah tiada .....
Melepasi Petaling street sebelah pagi pula.
Destinasi - Ampang.
Dengan laluan Maluri memasuki Pandan Indah, terus meluncur laju ke alamat yang dikirim oleh Dr Rosli itu, dan memang mudah dengan bantuan Google.
Saya b erada disini seawal 11 pagi. Sudah menanti wajah wajah yang sering saya lihat disetiap pertemuan OldBoys.
309 Jalan Ikan Emas, Ampang, Selangor. Ini rumahnya mertua arwah Abang Yusuf.
Tiada perkataan yang boleh saya sampaikan untuk menyatakan rasa duka dihati saya, sesungguhnya Abang Yusuf adalah saorang insan yang penyayang.....(foto HjZul)
Latiff Hariri
1938 17122012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment